Tuesday, November 29, 2016

Sampai bila nak merungut?




KISAH PENJUAL SURATKHABAR.
Pagi itu penjual surat khabar itu berteduh di tepi kedai. Sejak subuh hujan turun lebat sekali, seakan tidak membenarkannya melakukan aktiviti jualan akhbarnya seperti biasa.
Terbayang di fikiranku, tidak ada satu sen pun wang yang akan penjual itu perolehi seandainya hujan tidak berhenti. Namun, kegagalan yang kurasakan ternyata tidak nampak sedikitpun di wajah Penjual Surat Khabar itu.
Hujan masih terus turun. Si penjual surat khabar masih tetap duduk di tepi kedai itu sambil tangannya memegang sesuatu. Nampaknya seperti sebuah buku.
Kuperhatikan dari jauh, lembar demi lembar dia baca. Awalnya aku tidak tahu apa yang sedang dibacanya. Namun perlahan-lahanku dekatinya, ternyata Kitab Suci Al-Quran yang dibacanya.
Lalu salam diberi; “Assalamu ‘alaikum”
Penjual surat khabar: “Waalaikum salam”
“Bagaimana jualan surat khabarnya tuan?”
Penjual surat khabar: “Alhamdulillah, sudah terjual satu.”
“Wah susah juga ya kalau hujan begini” …
Penjual surat khabar: “Insya Allah adalah rezekinya.”
“Terus, kalau hujannya sampai lewat petang?”
Penjual surat khabar: “Itu maksudnya rezeki saya bukan jualan surat khabar, tapi boleh banyak berdoa.”
“Kenapa?”
Penjual surat khabar: “Bukankah Rasulullah SAW pernah besabda, ketika hujan adalah waktu mustajab untuk berdoa. Maka, kesempatan berdoa itu dipanggil rezeki juga.”
“Jadi, kalau tidak dapat wang, bagaimana?”
Penjual surat khabar: “Bererti, rezeki saya adalah bersabar”
“Kalau tidak ada yang boleh dimakan”? …..
Penjual surat khabar: “Bererti rezeki saya berpuasa”
“Kenapa tuan boleh berfikir seperti itu?”
Penjual surat khabar: “Allah Subhanahuwa Ta’ala yang memberi rezeki. Apa saja rezeki yang diberikan-Nya saya syukuri. Walaupun jualan surat khabar tidak laku, dan harus berpuasa, Alhamdulilah, saya tidak pernah kelaparan” – katanya sangat ikhlas menutup bicara kata…

Hujan pun reda. Si penjual surat khabar bersiap-siap untuk terus melakukan aktiviti jualannya. Ia pun pergi sambil memasukkan Al-Quran ke dalam begnya.
Aku termenung… tanpa kusedari cermin mataku menjadi gelap kerana bercucuran air mataku. Aku tersedar dan terpukul dengan kata-kata penjual surat khabar jalanan.
Ada penyesalan di dalam hatiku. Kenapa kalau hujan aku masih resah-gelisah. Adakah aku khuatir tidak mendapat wang?, Risau baju di sidaian basah? Atau merungut dalam jem disebabkan hujan? Ataupun keluh kesah tidak boleh dapat pelanggan yang mahu membeli barang jualan?
Aku tertunduk malu. Seperti Allah mahu sampaikan teguran buatku, bahawa rezeki bukan wang semata-mata. Tatkala kita mampu bersyukur saat di uji adalah satu nikmat yang besar. Kita belajar untuk mengatakan:
“Ya Allah aku bersyukur dengan setiap langkahku, hatta dengan ujian yang Engkau datangkan, kerana aku ingin membalas-Mu dengan kata-kata tuturku yang membuatkan Engkau senang dan Redha denganku”
Sahabat-sahabat kesayangan…
Bila kita mampu bersyukur saat di uji, adalah jauh lebih bermakna dan tatkala itu Allah dengan kasih-Nya menaburkan ketenangan dalam jiwa yang tak terjangkau dek akal.
Saat itu kita mahu segera bersujud kepada-Nya, merebahkan diri pada-Nya atas nikmat bahagia, rasa kasih-Nya. Hanya ucapan Alhamdulillah berkali-kali menerobos ke dalam jiwa yang dahaga dan rindu pada Ilahi…Alhamdulillah

Moga tulisan ini memberi inspirasi dan semangat untuk kita terus bersyukur saat di uji.


Copy paste dari: Era Adlina



**************



Dah habis baca cerita kat atas tu?. haa baca hasil tulisan tangan orang yang hebat penulisannya, aura nya pun terasa lain macam kan, aku lepas baca pun tersentap lah jugak. suka untuk aku ulang ayat daripada tulisan kat atas tu, " Seperti Allah mahu sampaikan teguran buatku, bahawa rezeki bukan wang semata-mata ".
Kita sebagai manusia bila dapat itu, kita nak yang ini. bila dapat dalam bentuk lain sikit daripada kehendak, mulut tu mula untuk merungut.

Rasanya masih belum terlambat untuk aku bersyukur dengan jalan hidup aku seperti ni, di usia yang muda aku dapat berehat daripada rutin dan tugasan yang memenatkan tidak seperti kebanyakan orang muda yang lain malah mungkin ada manusia sebaya aku yang sudah sibuk memikirkan tentang ekonomi & masa depan negara.

Sunday, November 20, 2016

Aku nak mati......!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


*kepada readers yang baru hari ni tiba tiba je terjumpa entri ini, bolehlah baca entri entri yang berkaitan sebelum ni. caranya klik sini

. . . . . . .

Daripada buku aku berlatih menulis tu, yang banyak hanyalah luahan ketidakpuasan hati aku, masalah berkaitan perasaan yang aku hadapi kemudian aku sendiri tak tahu nak cari penyelesaian, juga penulisan yang berbunyi seperti aku nak mati, dan selebihnya tulisan tentang perkara yang tak penting sebagai contoh yang di bawah ni, tapi sebelum tu 3 muka aku tulis merepek (aku kan tengah practise menulis) dan muka surat ke 4 barulah aku tulis;

20 Jun 2013 , khamis , 11 pagi
Aku tak tidur satu malam tu (aku mention awal tahun dahulu) sebab sakit kencing. aku tidur pukul 6 pagi ! saksinya kakak kedua aku. dia kena salin pampers aku banyak kali tengah malam. lepas dah solat subuh dia tengok aku tak tidur lagi, aku minum air yasin yang telah diberikan sebanyak yang aku mampu minum, lepas tu aku tidur sampai pukul 11 pagi.

Orang lain yang menerima dugaan macam ni mungkin dapat hadapinya dengan tenang, relax, cool and steady, tapi aku yang sedang melaluinya sampai satu tahap aku rasa lebih baik aku mati, sememangnya aku dah putus asa, benda kecik yang berlaku di sekeliling aku yang tak kena dengan hati aku pun boleh jadi alasan untuk buat aku rasa nak mati. bak kata doktor yang merawat aku, orang yang sakit biasanya akan hilang semangat dan memang aku laluinya waktu ni.
So what? aku sendiri yang rasa sakit, aku yang penuh kekurangan dalam diri, bukan orang lain. rasa nak mati tu hak aku, please aku tak sebut mencabut nyawa tu hak aku, aku tau tu hak Allah, rasa nak mati je hak aku.. (hmm lebih kurang macamtu lah pendirian aku waktu tu).


Aku selak helaian seterusnya sehinggalah pada muka surat yang bertarikh 25 Jun 2013, aku menulis sesuatu yang berbaur ketidakpuasan hati. mungkin juga isu ni telah berlaku lebih awal dari tarikh tersebut. aku tak pasti secara spesifik sejak bila bermula hal ini, rasanya setelah berbulan bulan aku bertambah pulih daripada kehilangan memori jangka pendek yang serius, setelah aku dapat berjalan semula, dan juga setelah aku kelihatan lebih 'manusia', kemudian timbul pula satu perkara yang mendatangkan masalah kepada mental dan jiwa aku. sebelum terlambat aku nak bagitahu ni bukan entri kemarahan penuh dendam tau, tengok di permulaan entri tu aku sertakan sekali basmalah dan salam dalam tulisan jawi sebagai muqaddimah.
Ermm aku tak tau nak mula dari mana tapi aku tetap nak bercerita juga sebab ni sebahagian daripada kisah  aku..........

Hmm bunyinya lebih kurang begini, "aku jatuh sakit ni kerana tabiat aku yang selalu berjaga lewat malam untuk bermain komputer", seolah olah aku dipersalahkan oleh sebahagian daripada mereka. ya itu memang kesilapan aku yang sangat sangat besar. atas dasar menghormati, lebih elok aku guna kata ganti diri 'mereka' dan perkataan 'sebahagian' pula kerana bukan semua yang berpendapat begitu, hanya sebahagian.
Bukan senang aku nak terima hakikat bahawa diri sendiri telah melakukan kesilapan tambah tambah lagi kesilapan yang membawa kepada perubahan yang amat besar. disebabkan hal yang berlaku ni mungkin telah menjadikan diri aku dengan satu prinsip yang amat mudah iaitu sebelum berkata "oh ini semua takdir tuhan" dan pelbagai jenis ayat yang seangkatan dengannya, aku lebih suka cari dari mana datangnya PUNCA segala permasalahan / sesuatu perkara tersebut. sepertimana susahnya aku menerima hakikat "aku yang selalu berjaga lewat malam bermain komputer sehingga koma dan jatuh sakit lumpuh seperti ni" adalah PUNCA bagi semua yang sedang berlaku ni. ya aku tau PUNCA yang kita sebut sebutkan tu hanyalah asbab untuk terjadinya sesuatu, dan yang pasti ia telah pun tertulis sejak di luh mahfuz, tapi tolong jangan guna ayat "telah tertulis sejak di luh mahfuz" sebagai alasan semata mata hanya kerana nak selamatkan tengkuk sendiri.

Hmm bunyi macam aku berdendam pula kan, sebenarnya tak, itu aku punya pendapat. sebelum kita menunding jari ke sekian sekian orang yang salah, sebelum menuduh itu ini yang salah, periksa diri sendiri terlebih dahulu, kebarangkalian masalah yang berlaku berpunca daripada diri kita sendiri adalah sangat tinggi. dan jangan pula nak salahkan tuhan. dan sekarang aku sudah akui memang silap aku itupun setelah aku melalui satu tempoh yang agak menyeksakan dan memalukan bila dikenang kembali. tak dinafikan masa ni banyak status di facebook aku yang berbunyi seperti aku nak mati, aku memang dah tak nak hidup, ada yang dah aku delete dan ada yang memang saja aku biarkan.


Dari satu masa ke satu masa aku sibuk mengira sudah berapa lama aku berada dalam keadaan macam ni seolah olah tak sabar untuk sihat semula


Berdasarkan buku aku berlatih menulis tersebut, sudah pasti hampir separuh daripada isi kandungannya bunyi seakan akan aku nak mati, ya aku dah tak nak hidup, antara sebab lainnya adalah kerana aku dah menjadi 'lain' selepas sakit, sebagai contoh tulisan aku pada 4 Julai:
dulu aku balik dari ladang hampir waktu maghrib dan setiap kali aku terserempak dengan jiran depan rumah, aku akan bertegur sapa dengannya ataupun hanya sekadar mengangkat tangan, dan baru sebentar tadi aku hanya mampu angkat tangan dari celah grill sambil duduk di atas wheelchair di sebalik grill pintu yang bertutup. bila ke rumah saudara mara pun aku tak mampu lagi nak tolong itu ini malah aku hanya mampu duduk dan tengok yang mana ini bukanlah diri aku sebelum sakit.
#ini telah ditouch-up dan diringkaskan.


Pernah juga satu ketika dahulu aku dibawa ke kenduri saudara mara dan aku ada terlepas cakap. daripada kata kata yang keluar dari mulut aku tu ada perkataan 'orang cacat' yang tak sedap didengari.
Aku langkau lagi tulisan aku yang hampir serupa macam diari tu hingga pada suatu hari di bulan 9 tahun 2013. daripada ayat aku tu jelas kedengaran aku melalui hari hari yang amat bosan seharian tinggal di rumah tanpa mampu jengukkan kepala keluar tingkap pun untuk menghirup udara luar, apatah lagi nak keluar bersiar siar di sebelah petang dengan menaiki motosikal atau kereta. remote tv yang dimonopoli oleh orang lain, ditambah aku tak memiliki sebarang gadget pun masa tu, handphone berskrin besar aku dulu tu telah selamat disimpan di bilik lama aku jauh di belakang rumah, tambahan pula aku tak mampu berjalan, masih pakai pampers, dan juga ada sakit kencing, kalau aku tidur tengah hari pasti malam susah nak tidur, kalau malam aku tidur awal nanti pukul 2 pagi atau 3 pagi dah terjaga sebab lapar. bosannnnnn. Tak sangka kalau sebelum sakit aku ni kuat keluar dari rumah dan melakukan aktiviti di luar rumah, berlawanan dengan apa yang aku lalui sekarang, langsung tak boleh nak melangkah keluar dari rumah!

Sebab tu di entri sebelum ni aku ada kata aku lebih kesiankan seseorang yang tahu dia tengah sakit teruk (waras akal fikiran) berbanding orang yang tak tahu pun apa yang sedang dia alami. sebab aku teringatkan diri aku sendiri waktu sedang melaluinya dahulu, sebab aku teringat waktu aku baru mula mengetahui dan nak menerima bahawa aku ni sakit, sebab aku teringat waktu aku mula menyedari diri aku 'lain' daripada sebelum ni apabila aku tak lagi mampu bantu mengangkat pinggan kotor ke dapur ataupun melipat kain seperah / kain alas untuk hidangan makanan selepas makan berjemaah di rumah sepupu.


Kalau tak silap aku waktu ni memang aku lalui hari hari yang berbumbungkan langit gelap dan awan yang mendung, mungkin la sekali sekala ada dihiasi pelangi 7 warna tu.

mati. mati. mati.

Sampaikan ada ketikanya aku berdoa supaya dimatikan saja, kemudian waktu ni ada juga aku dengar bahawa tak elok kita berdoa untuk mati, pun begitu aku diberitahu kalau nak doa supaya diri sendiri mati, berdoa lah seperti "ya Allah, kalau lebih banyak baik daripada buruk dengan matinya aku, kau ambillah nyawa aku". lebih kurang doa macam ni pun aku amalkan, nasihat yang aku terima ni betul atau tidak aku tak pasti. tapi aku tak mati mati pun masa tu, tau sebab apa? sebab ajal aku belum tiba serta beberapa sebab lain lagi (sila rujuk info agama).
Lagi sekali kalau tak silap aku, dengan segala yang sedang berlaku pada aku yang nak mati ni, seiring dengan itu aku tak boleh tidur malam. bukan tak boleh tidur langsung cumanya aku akan bangun seawal 2 ke 3 pagi dan terus tak boleh tidur sehingga pagi padahal aku tak tidur awal di malam hari pun, tidur pada waktu tengah hari pun tidak. nak kata aku tak mengantuk pun tak boleh sebab sepanjang hari aku tahan diri daripada tidur.

Seingat aku lepas benda ni kerap terjadi pada aku dan diorang yang jaga aku pun dah buntu, kakak ketiga dan mak aku mula ambik langkah yang lebih efisien dalam menangani masalah aku ni. waktu ni aku tak tidur dalam bilik yang mula mula aku sakit dulu, yang mana pintu bilik tidur beralih kedudukan pun menjadi isu dalam kepala aku, ketika ni katil aku diletakkan di ruang tamu. tetamu datang rumah, terus nampak katil busuk aku.
Di katil dan di ruang tamu ini jugalah kakak ketiga dan mak aku bercerita tentang kisah nabi yunus pada aku. berdasarkan apa yang terjadi pada nabi yunus dan apa yang sedang berlaku pada aku waktu ni kemudian ditambah pula aku makin susah nak tidur pada malam hari, aku mula dapat tangkap mesej yang nak disampaikan. daripada pemahaman aku, aku tak seharusnya berputus asa dan aku tak sepatutnya berdoa supaya dimatikan.

Aku rasa cukup sampai sini. sekian terima kasih





# Awal minggu ni kita baru mendengar berita tentang operasi penghapusan bangsa entik Rohingya oleh kerajaan Myanmar sehingga ada kanak kanak yang masih hidup turut dicampakkan ke dalam api. semoga mereka diberi kekuatan dalam menempuhi ujian tersebut.

Wednesday, November 09, 2016

Menulis A B C sekalipun bukan satu kerja yang mudah




Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pertama sekali aku nak ucapkan takziah buat ahli keluarga mangsa kebakaran wad ICU Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, Johor yang berlaku hujung bulan lepas.
Dah lama rasanya aku tak sambung bercerita, jadi entri kali ni adalah sambungan untuk cerita sebelum ni yang aku tinggalkan part aku dapat berjalan semula tanpa tongkat pada penghujung Januari tahun 2013 (klik sini untuk baca entri berkaitan sebelum ni) tapi itu acah acah je, masih belum tiba pengakhiran hidup aku yang banyak masa dihabiskan dengan terlantar waktu tu. pada hari pertama aku mula berjalan tanpa tongkat ataupun mungkin hari hari seterusnya, ketika aku bersama keluarga masih di tempat aku berubat tu, difahamkan aku dah tak boleh bersukan, ah tamat lah kehidupan berfutsal dan aku dinasihatkan juga supaya tak menunggang motosikal, senang cerita tak boleh melakukan aktiviti lasak. aku tak ingat pula 'tak boleh' tu merujuk untuk selama lamanya atau buat sementara waktu saja, ataupun itu hanya saranan daripada orang/doktor homeopati yang merawat aku berdasarkan keadaan aku waktu tu.

"Arghhh mengapa aku diuji begini?! Sanggupkah aku habiskan sisa sisa hidup aku dalam keadaan standard seperti barang second-hand?".. erk, macam dialog drama melayu kan, aku tak pakai dialog ni.

Juga pada hari yang sama ataupun mungkin hari hari seterusnya setelah aku dapat berjalan dengan kedua dua tangan mengepak macam jalan itik tu, ada satu hari tu aku dipaksa untuk berjalan, tapi bukan berjalan sendiri, aku perlu pegang lengan doktor tersebut dan mendaki jalan yang sangat berbukit (sila bayangkan lebih kurang 67.5 degree kecondongan jalan tersebut, haha) kalau aku tak nak kena tinggal di tengah jalan yang berbukit dan kena mengesot pulang ke klinik sendiri ataupun pulang dalam keadaan tergolek golek, teruskan pegang lengan tu dan berjalan. secara tak langsung aku dah pun kena paksa berjalan.

Bulan dua tahun 2013 tersebut aku sudah boleh mencukur misai sendiri, dan rasanya ni bukan kali pertama, aku dah pernah mencuba sikit sikit sendiri sekali dua sebelum ini. tapi kerja mencukur misai kali ini bukan mencuba lagi dah, memang aku buat dari A sampai Z sebagai persiapan untuk majlis perkahwinan akak sulung aku pada awal bulan tiga nanti. awal awal aku dah mencukurnya sebab aku perlu sediakan waktu untuk 'tunggu luka sembuh', aku tak nak la waktu majlis nanti kulit pada bahagian misai aku terasa pedih. waktu ni tangan kanan aku masih belum normal lagi (tangan kiri aku lagi teruk), jadi pasti luka waktu bercukur nanti. oleh itu aku perlu bercukur awal sebagai persediaan berdasarkan pengalaman terluka waktu cukur misai sebelum ni. bulan yang sama tahun tersebut juga merupakan kali pertama aku potong rambut di kedai gunting rambut. masa tu aku dah boleh melangkahkan kaki dan juga jalan berpimpin di kiri dan kanan. dari kereta yang diletakkan di hadapan kedai tersebut untuk masuk ke dalam kedai, aku perlu jalan berpimpin, disebabkan jalan di situ sangat mencabar dan hanya mak aku seorang yang menguruskan aku maka lebih senang aku peluk mak aku dari belakang sementara kedua dua tangan aku bersilang di lehernya, macam yang aku cerita sebelum ni. begitulah keadaan kami setiap kali melangkah masuk ke kedai gunting rambut bermula bulan dua yang lepas.



Ketika majlis perkahwinan akak sulung aku dulu kami ada bertemu dengan seorang pengamal homeopati yang lain, dan dari situ bermulalah idea berpindah tempat untuk berubat iaitu di klinik homeopati di Sitiawan Perak atas beberapa faktor. pada 27 Mac 2013 kami mula berulang dari rumah ke sini semata mata untuk bawa aku berubat, destinasi yang kami tuju ni sudah semestinya lebih dari 2 marhalah berbanding daripada tempat aku berubat sebelum ni. perjalanan pula memakan masa sekitar 8 ke 9 jam ataupun mungkin 10 jam. maklumlah mereka bawa orang yang tak sempurna, banyak kali terpaksa berhenti untuk salin pampers aku, buat makanan aku, dan pelbagai masalah lain lagi. sebab tu apabila 'orang yang tak berapa normal' dibawa berjalan/travel (dalam kes ni aku lah orangnya), banyak barang keperluan dan jugak aksesori dia yang perlu dibawa bersama. macam angkut barang satu lori banyaknya.

Kenapa kena buat makanan aku? Kenapa tak makan makanan yang dibeli di kedai sepanjang perjalanan je?
Aku kan ada sakit kencing, makan makanan yang ada di kedai terang terang aku akan sakit nanti.


Apa yang dimaksudkan dengan 'buat makanan' tu?
Mereka bawa periuk nasi, termos, bawa lauk, bawa macam macam kecuali garam, kunyit, asam gelugur, peti ais, tong gas, kuali dan seangkatan dengannya. haha. jadi bila tiba aku perlu diberi makan, kami akan berhenti sekejap dan masing masing selesaikan perut sendiri. makanan aku pula mereka siapkan dan diisi dalam tapeware dengan lauk yang siap diperisi sekali.

Waktu ni aku cuba suap makanan sendiri dalam kereta beralaskan beg beg yang berfungsi sebagai meja makan sebab waktu ni tangan aku tak boleh nak tolong pegang tapeware. memang lama masa yang diambil untuk aku habiskan makanan.
Ermm most of the time rasanya mereka akan suap aku makan sebab dalam kereta aku dikecualikan daripada suap sendiri. lepas ni aku akan cerita permulaan aku perlu suap makan sendiri.
Diringkaskan cerita, kali pertama kami ke sini pada tahun 2013 dahulu aku dibawa ke laut untuk difisio. ok aku tak tahu nak tulis apa, cuma yang ada hanyalah gambar.







Dalam hal hal yang lain aku masih lagi serupa seperti dulu, cuma mungkin ada sedikit perubahan. kalau dulu mereka mandikan aku atas kerusi malas di dalam tandas ataupun hanya lap badan aku guna kain kecil atas kerusi malas ni juga tetapi di luar tandas. kemudian selari dengan perkembangan baik yang berlaku pada aku, lama kelamaan aku dibawa masuk ke dalam tandas bersama sama dengan wheelchair tersebut, rasanya cara ni digunapakai dalam jangka masa yang lebih lama berbanding cara yang lain lain tu, untuk melalui pintu tandas yang bertingkat sikit tu macam biasalah kena dahulukan tayar belakang yang lebih besar. mujur tandas tu muat nak sumbat ramai ramai dalam tu, dah lah wheelchair tu macam jentera besar.
Di dalam tandas aku akan ditransfer dari wheelchair ke kerusi plastik tempat aku duduk untuk mandi, aku akan pegang tangan mereka dan berjalan dengan perlahan. semuanya mereka yang buatkan, sabunkan aku, syampukan kepala aku, cucikan muka aku, kemudian bilas aku, malah gigi pun mereka gosokkan. senang cerita macam mandikan budak kecil semula.

Eh kejap, orang yang sihat pernah terfikir tak bahawa gosok gigi sendiri tanpa melihat cermin tu kerja yang sangat rumit? tambahan pula selepas koma ni aku dah lupa susunan gigi dalam mulut sendiri. aku tak tau mana yang perlu digosok dan mana yang tidak, yang aku tau dan ingat sampai ke harini kalau mereka gosok gigi aku dengan kasar, aku gigit berus gigi tu tanda protes. haha.
Lepas aku jatuh sakit ni dinding mulut aku ataupun bibir aku selalu pecah pecah, aku selalu juga menghadapi masalah gigi berlubang. sebab itu kerja kerja mereka menguruskan gigi aku sangat rumit, gosok gigi aku yang ada ulser dah satu hal, kalau mereka gosok kasar kasar terkena ulser, aku pun apa lagi terus gigit berus gigi tu. setelah aku pandai gosok gigi sendiri pula, lepas aku gosok gigi mereka kena korekkan gigi aku, aku gosok tak bersih, dah la gigi aku banyak berlubang, ditambah ulser yang silih berganti cuma bertukar tukar koordinat dalam mulut ni. sampai sekarang tau!. susunan gigi aku yang kurang cantik dan merumitkan pun aku rasa salah satu sebab aku gosok gigi tak bersih, ish tapi lebih baik ada gigi yang tak tersusun rapi, sekurang kurangnya masih mampu mengunyah makanan daripada kena makan guna tiub susu ikut hidung, kan?



Perubahan yang aku maksudkan di sini sejak aku boleh melangkahkan kaki ni, memang tak berlaku secara drastik pun dan makan masa juga, contohnya lama kelamaan mereka tak perlu lagi bawa masuk wheelchair, dah memadai park wheelchair di depan pintu tandas je. kemudian aku berjalan masuk ke tandas dalam keadaan takut licin dan takut terjatuh sambil dipimpin mak aku, kalau kakak aku ada di rumah mereka lah buat. lama kelamaan aku mula sabun sendiri, kadang kadang cuci muka sendiri, syampu kepala sendiri, dan bilas badan pun sendiri. kalau dulu mereka ada sepenuh masa di dalam tandas untuk mandikan aku, bilaskan aku, dan lapkan badan aku (aku sebenarnya tak ingat pun part mereka lapkan badan aku ni, yang pasti tak mungkin aku mampu buat sendiri). sekarang aku perlu buat sendiri hinggakan kadang kadang aku sudah siap bilas badan pun tiada orang yang tengok tengok kan aku.
Ada satu masa dahulu, sementara aku menunggu orang yang bertanggungjawab bawa aku masuk tandas untuk datang semula memimpin aku keluar dari tandas, aku terfikir sambil mata aku memandang pintu tandas yang tak sampai 8 kaki dari tempat aku mandi duduk di dalam tandas, sejauh tu pun aku tak mampu untuk bangun sendiri dan keluar, sedihnya waktu tu. rasa tak sangka, sebab dahulu dalam acara lompat kijang aku wakil sekolah di peringkat daerah dan aku berjaya meraih pingat gangsa, huhu saja nak bagitau aku memang aktif bersukan waktu sekolah tapi tak bermakna aku kekal sihat sampai ke tua, sekarang nak berjalan pun lagi teruk daripada budak 2 tahun. sementara aku masih lagi menunggu untuk dipimpin keluar dari tandas, dalam tak sedar air di badan aku kering sendiri tanpa dilapkan.

Setelah aku selesai mandi sendiri, sebelum keluar dari tandas mereka akan terus pakaikan aku pampers secara berdiri / pakaikan pampers secara ringkas. haa hebat tak kami boleh pakai pampers berdiri. hehe. bukan apa, kalau dulu sebelum aku ada sakit kencing, kalau dulu sebelum aku ada 'rasa nak buang air kecil', kalau dulu masa mereka kena tolak wheelchair masuk tandas untuk bawak aku mandi, waktu tu mereka akan pakaikan aku pampers setelah keluar dari tandas selepas mandi yang macam kebiasaan buat pada bayi tu, tapi disebabkan aku tiada kemampuan nak tahan dan selalu 'ter' buang air kecil sebelum sempat pakai pampers, mereka mula ubah supaya pakaikan pampers siap siap dalam tandas lepas mandi.
Tapi secara berperingkat jugak;
mula mula pakaikan pampers atas wheelchair di dalam tandas, kalau nak tahu jentera besar tu boleh dibaringkan. mereka pakaikan pampers dalam keadaan aku baring atas wheelchair tu. kemudian selari dengan perubahan pada aku yang sudah mula berdiri/melangkah ni, mereka pakaikan pampers cincai cincai di dalam tandas tetapi secara berdiri. aku namakan sendiri teknik pakai cincai cincai ni sebagai 'pakai bodoh'.
Zaman zaman mereka pakaikan pampers aku secara berdiri di dalam tandas selepas mandi ni selalu juga mereka tersentuh bahagian belakang kepala aku, memang sakit, rasa macam tersentuh terus ke otak. maklumlah, bahagian belakang kepala aku kan kena operate. aku tak tau apa sebenarnya yang berlaku tu, betul ke tersentuh otak aku tadi, jadi aku akan suruh mereka berhati hati. penggunaan pampers pula masa ni masih lagi banyak.. sangat banyak. tiada perbezaan pun daripada sebelum ni. bila tiba masa beli pampers tu macam kena beli satu lori kontena.


Seorang kawan sekolah aku pernah bertanya pada aku sewaktu kami berbual di facebook dulu, macam mana kalau aku nak buang air besar? ada orang kena tolong papahkan ke?. ish boleh pula dia tanya macamtu, rasanya sekitar waktu ni aku baru saja pandai mencuci 'benda' tu dengan tangan sendiri, tolong papahkan aku untuk buang air besar bukan lagi isu besar yang memalukan. kalau dulu langsung aku buang air besar dalam pampers, kemudian tangan merekalah yang 'basuh aku'.
Proses yang memerlukan aku untuk meneran tu
 selalu berlaku di tempat aku bertapa, kerusi malas ni. di situ memang tempat yang sesuai. tempat aku bertapa ni jugalah tempat aku makan, tidur, duduk sepanjang hari, 'melepas' , mandi, gosok gigi, dan juga bersolat.

 
dah lama kerusi malas ni berkhidmat dan dah terlalu banyak aktiviti yang dilakukan di atasnya sehinggalah terpaksa alas pakai kotak
Habis semua dah takde rahsia lepas aku sakit ni. daripada makan, minum, pakai, cuci, mandi, gosok gigi, kebersihan badan, dan segalanya, semua mereka dah tolong buatkan, dah tiada rahsia. termasuklah bulu bulu di badan, menggunting misai pun kakak aku buatkan untuk majlis pertunangan kakak sulong kami bulan Ogos 2012, pada tahun 2013 ni aku baru mampu untuk mencubanya sendiri tapi itupun bukan menggunting misai, aku mencukur misai. tau kenapa? cukur lagi senang daripada gunting, maklumlah tangan kiri aku macam ni, tangan kanan aku pun bukan normal sangat lagi, suap makanan pun tumpah tumpah.




Kalau nak buang air besar pun aku masih perlu dibantu untuk ke tandas, begitu juga kalau aku nak bergerak ke mana mana, mereka tetap perlu berdiri depan aku, aku akan pegang pinggang mereka dan bangun sendiri. kalau dari katil, aku gerakkan badan hingga ke tepi katil, kemudian mengiringkan badan menghadap ke tempat nak turun tu, selalu aku pilih untuk pusing ke sebelah kiri badan sebab boleh menggunakan tangan kanan aku yang lebih kuat dan lebih normal berbanding pusing ke sebelah kanan dan terpaksa menggunakan tangan kiri untuk bekerja, jatuhkan kaki lepastu aku tolak badan guna kedua dua tangan sehingga dapat duduk di birai katil dalam keadaan kedua dua kaki mencecah lantai. kemudian pegang pinggang mereka untuk bangun, proses nak bangun ni pun bukan senang, selalunya ambil masa. bila susah sangat aku nak bangun sendiri, mereka mula pegang ketiak aku dan terus angkat aku, tapi takde la serumit dulu untuk mengalih alikan aku dari satu tempat ke tempat yang lain.
Itu kalau cerita aku untuk bangun dari berbaring di katil, kalau aku baring di atas tilam yang sama level dengan buku lali ataupun lantai, memang menimbulkan masalah sikit tapi tetap dapat dilakukan. dari lantai aku bangun daripada baring untuk duduk bersila sama stepnya macam di katil cuma aku tak mampu nak bangun berdiri tegak. jadi kalau dari paras lantai mereka terpaksa tundukkan badan, pegang ketiak aku dalam keadaan aku dah duduk bersila dan terus mengangkat aku macam nak mendukung baby besar, aku hanya bantu sedikit dengan menolak kaki sendiri untuk bangun.

Waktu waktu ni fikiran aku terlalu kartun dan tak matang langsung (maklumlah umur aku baru mencecah 20 tahun. ah peduli apa sekarang pun aku belum matang lagi), aku tau aku nak cepat sembuh, aku tau aku tak nak pakai pampers dah, aku tau aku nak boleh berjalan macam orang normal, aku tau aku tak nak ada sakit kencing dah, dan macam macam perubahan yang aku inginkan dalam sekelip mata, aku nak macam ada satu keajaiban berlaku pada aku supaya aku dapat jumpa semula kawan kawan seperjuangan untuk ucapkan selamat tinggal. dulu tak sempat langsung aku nak buat majlis perpisahan, aku berhenti belajar dengan sangat mengejut!. pernah juga masa aku mula mula dapat tau aku berada dalam keadaan sakit, aku terfikir kalau aku baca selawat syifa' yang telah mereka ajarkan dulu dengan kerap termasuklah membacanya setiap kali makan ubat biji kecil kecil (ubat homeopati), mungkin aku akan sembuh DALAM SEKELIP MATA, tapi tiada pun keajaiban yang boleh diklasifikasikan di luar kewarasan manusia macam tu yang berlaku pada diri aku waktu tersebut. sama jugak kalau aku berharap dapat terserempak secara tak sengaja dengan Britt Robertson kat KLIA. mustahil kan untuk berlaku benda benda macamtu?

kepada sesiapa yang tak dapat bayangkan rupa britt robertson, ha ni muka dia


kalau nak tau dia ada berlakon movie terbaru, Mr. Church yang turut dibintangi oleh Eddie Murphy dalam movie tersebut






(Aku flashback kejap ni)
Sebelum tiba bulan Ogos tahun 2012 dahulu yang merupakan bulan kakak sulong aku mengikat tali pertunangannya, kakak ketiga aku telah pun tamat cuti semester dan kembali ke universiti. ini merupakan satu cabaran baru buat kami, terutama sekali mak aku dan aku sendiri kerana waktu tersebut keadaan aku boleh dikategorikan sebagai masih belum normal lagi, sehingga wujud ayat mak aku "just the two of us" yang sering diungkapkannya hingga ke hari ini apabila kami kena tinggal berdua saja. dalam keadaan aku yang masih belum boleh berjalan lagi masa tu, bergerak dari satu tempat ke satu tempat pun dengan menggunakan wheelchair, namun aku mampu gerakkan wheelchair tersebut menggunakan kaki sendiri walaupun sangat lambat untuk sampai ke destinasi, dan hakikatnya lebih cepat kalau orang lain yang tolakkan. masa ni tak banyak tangan yang dapat menjaga aku jadi aku perlu belajar suap makanan sendiri dengan menggunakan sudu, detik permulaan aku perlu suap makan sendiri bermula di kerusi malas beralaskan dua biji bantal besar sebagai meja makan, serta talam untuk mengalas pinggan sebab aku baru belajar suap makan sendiri, pasti bersepah sepah. masa yang diambil untuk aku menghabiskan makanan selalunya memang berjam jam.
Perkara kedua yang aku anggap cabaran besar buat aku masa ni adalah aku perlu belajar 'rasa nak buang air besar'. kalau dulu masa kakak ketiga aku masih cuti, aku memang akan melepas/buang air besar di dalam pampers di kerusi malas kemudian mereka akan bawa aku ke tandas duduk untuk selesaikan aku. walaupun samar samar tetapi aku masih ingat hingga ke hari ini kepayahan kerja kerja mereka nak mencuci aku selepas buang air besar di dalam pampers, al maklumlah main dengan bahan buangan ni, bau getah buku lagi sedap tau. kakak aku perlu pegang aku untuk berdirikan aku, biasanya memang mak aku selesaikan pampers dan isi kandungan di dalam pampers tu.
Disebabkan itu apabila tamat sahaja cuti sem kakak ketiga aku, aku sendiri perlu alert dengan hal hal buang air besar, aku mesti cepat belajar merasai 'rasa nak buang air besar' agar aku tak buang air besar dalam pampers dan kuranglah sikit cabaran untuk mak aku melakukan kerja mencuci yang sepatutnya dilakukan oleh dua orang. disebabkan hal ini juga, aku perlu catatkan tarikh aku buang air besar supaya aku senang jangkakan tarikh seterusnya dan aku lebih bersedia untuk buang air besar pada hari tersebut, secara tak langsung ini juga melatih aku untuk tahan buang air besar dan segera ke tandas. aku akan save di dalam handphone berskrin besar tarikh aku buang air besar sebagai 'POM', keadaan badan aku masa tu selalunya 5 hari sekali aku POM ataupun boleh jadi seminggu sekali. rasanya takda la normal sangat, orang normal sehari atau 2 hari sekali kan? (kebetulan sama seperti Mrs Philpots yang perlu gunakan reminder dan sticky notes untuk mengingatkan beliau tentang sesuatu perkara). tetapi dalam pada proses aku belajar merasai 'rasa nak buang air besar' tu, banyak kali jugak mak aku terpaksa melakukan kerja mencuci yang sepatutnya dilakukan oleh dua orang tu. dan setiap kali berlaku keadaan begitu, seperti kebiasaan mak aku akan uruskan pampers yang mempunyai isi, sementara itu aku perlu berdiri menggunakan walking support/walking frame untuk membolehkan mak aku tanggalkan pampers aku kemudian barulah aku duduk dan mencucinya sendiri.
(ok dah habis flashback)



Jun 2013.


Hampir sepuluh bulan selepas aku mula mencatat tarikh aku POM di dalam handphone aku, ditakdirkan gadget berskrin besar yang aku beli di Kelantan dahulu tu rosak, maka aku perlu catatkan pada kertas. hah rupa rupanya menulis pun aku dah lupa, dari situ bermulalah pula episod aku perlu belajar menulis semula, mujur aku masih mengingati cara bercakap, membaca, dan mendengar.

rasanya tulisan budak 5 tahun lagi cantik daripada ni. haha. apa apapun nasib baik aku tak lupa kewujudan huruf huruf ni, kalau tidak apa yang aku nak tulis


Akhirnya pertengahan tahun 2013 aku mula menulis (12 Jun), jari aku jangan ceritalah, habis semua merah merah. menurut catatan ringkas dengan tulisan cakar ayam aku tu, katanya habis merah merah jari aku sebab tak biasa pegang pen, bila tulis secara perlahan lahan barulah cantik.
Selain itu, kemahiran lama yang baru aku kuasai ni aku gunakan untuk mencatat tarikh aku potong rambut dan juga tarikh aku kemas kini bulu bulu di badan termasuklah janggut dan misai, agar aku dapat merancang untuk projek mengemas kini yang seterusnya. Hmm macam projek juta juta pula.

Ok aku guna ayat sopan nak tanya ni, pernah terfikir tak bulu yang ada pada kulit di bawah lengan dan juga bulu bulu di bahagian sulit bagi seorang yang tiada upaya pun perlu ada orang lain yang menguruskannya? tambahan pula orang yang menguruskan segala hal tu berlainan jantina dengan orang yang tiada upaya tersebut, makna kata kat sini, cara dan kaedah yang perlu digunakan pun pasti berbeza. huhu. menurut orang yang menjaga aku, masa aku tengah terlalu teruk dulu bulu bulu ni tak tumbuh dan mereka tak perlu susah susah nak fikir.
Soalan kedua, agak agaknya orang yang tiada upaya tersebut ada rasa malu tak?. kalau tanya aku jawapannya dah pasti ya, tapi orang lain yang tiada upaya mungkin tak kisah. lain orang lain pendapatnya. mahu atau tak perlu ditolak tepi semua tu, diri sendiri bukannya mampu nak buat.

Aku baca semula buku aku belajar menulis tu, dalam banyak banyak benda mengarut yang aku tulis, aku tertarik dengan satu tulisan tangan yang bertarikh 13 Jun 2013. aku kira benda ni sangat bermanfaat untuk dikongsikan;


" Aritu tengok program Selami Jiwa fadzilah kamsah sebagai pengacara, beliau citer pasal nabi ayub yang menghidap sakit dan habes ladang musnah, bini tinggalkannya, katanya 80 tahun dipinjamkan kesihatan dan baru beberapa tahun sakit. so berbalik pada aku, aku ade tangan kiri yang sehat 18 tahun dulu dan skang baru nak dekat 2 tahun sakit....

Conclusion, hargailah nikmat yang kite ade skang sebelum ditarik! "

Itu antara tulisan tangan aku setelah dua hari baru boleh menulis, disebabkan tulisan tu buruk sangat untuk ditayangkan maka lebih baik aku copy paste.
Untuk baca kisah Nabi Ayub, boleh baca di entri Kisah Nabi Ayub.





Sekian.. maafkan atas kekurangan dalam penyampaian aku dan terima kasih kepada yang sudi baca panjang lebar ni!

Tuesday, November 01, 2016

Kisah Nabi Yunus a.s ditelan ikan nun (paus)





Aku yakin kebanyakan daripada kita semua sudah tahu kisah ni dari kecil lagi, malah berulang kali telah mendengarnya. tapi tak salah kalau baca kisah ni sekali lagi. kali terakhir kisah Nabi Yunus ni diceritakan pada aku oleh mak dan kakak aku satu ketika dulu.

Surah Yunus (سورة يونس) adalah surah ke10 dalam al quran, surah ini mempunyai 109 ayat dan termasuk golongan surah surah Makkiyyah kecuali ayat 40, 94, 95, yang diturunkan pada masa Nabi Muhammad SAW berada di Madinah.
Yunus (Arab:يونس atau يونان Yunaan, Inggris: Jonah, Ibrani:Yonah, Latin: Ionas) (sekitar 820-750 SM) adalah salah seorang nabi dalam agama Samawi (Islam, Yahudi, Kristen) yang disebutkan dalam Al Quran dalam Surah Yunus dan dalam Alkitab dalam Kitab Yunus. baginda ditugaskan berdakwah kepada orang Assyiria di Ninawa Iraq. namanya disebutkan sebanyak 6 kali di dalam Al Quran dan wafat di Ninawa Iraq. Yunus bin Matta dari keturunan Benyamin bin Ya’qub, baginda adalah seorang nabi yang telah diutuskan oleh Allah untuk berdakwah kepada penduduk di sebuah tempat bernama "Ninawa" yang bukan kaumnya dan tidak pula ada ikatan darah dengan mereka. ia merupakan seorang asing mendatang di tengah tengah penduduk Ninawa itu. baginda mendapati mereka berada di dalam kegelapan, kebodohan dan kekafiran, mereka menyekutukan Allah dengan menyembah berhala. Nabi Yunus mengajar mereka tentang ilmu tauhid dan keimanan, baginda juga memberi nasihat kepada mereka tentang kebodohan mereka menyembah berhala sedangkan berhala itu adalah hasil buatan manusia. baginda menasihati mereka bahawa berhala tersebut tak dapat memberi apa apa manfaat kerana berhala itu tidak boleh bergerak dan berkata kata, Nabi Yunus mengingatkan mereka lagi supaya menyembah Allah yang telah menciptakan manusia dan Allah sajalah yang wajib ditaati.

Oleh kerana ajaran yang dibawa oleh Nabi Yunus tu adalah ajaran baru, maka tak ramai manusia yang mahu menerimanya. mereka lebih suka menyembah berhala seperti yang telah dilakukan oleh datuk nenek mereka sejak dulu lagi. walaupun Nabi Yunus telah memberi nasihat, mereka tetap berkeras dengan berkata,
"ini adalah tuhan kami (berhala berhala), datuk nenek kami telah lama menyembah tuhan tuhan kami dan kami tetap tidak akan berganjak dari meninggalkan agama kami".

Nabi Yunus berkata,
"Aku hanya menyampaikan apa yang Allah suruh aku sampaikan kepada kamu semua, oleh itu kamu beriman dan bertauhid lah menurut agama yang aku bawa sebagai amanat Allah".
Berkata Nabi Yunus lagi,
"Aku ni hanyalah pesuruh Allah, dan telah diperintahkan kepadaku supaya menyelamatkan kamu semua daripada lembah kesesatan dan lembah kegelapan serta menyebarkan kepada kamu tentang agama yang suci bersih lagi murni dan membersihkan hati hati kamu dari kufur dan syirik, demi untuk kebaikan kamu di dunia dan di akhirat".



Walaupun Nabi Yunus telah memberi nasihat serta pengajaran supaya kembali ke pangkal jalan, mereka tetap berdegil dan berkata,
"walau apa pun kamu katakan kepada kami, kami tetap tidak akan berganjak dari agama kami dan kami juga tidak takut walau apa pun ancaman yang kamu katakan dan kalau mahu cubalah datangkan ancaman itu kepada kami, kalau kamu memang orang yang benar".


Setelah Nabi Yunus melihat keadaan mereka yang tidak menerima peringatannya itu, maka Nabi Yunus pun meninggalkan Ninawa dengan rasa amat marah. lalu baginda berdoa kepada Allah supaya mereka yang keras kepala menerima hukuman yang sewajarnya. dan sejak Nabi Yunus meninggalkan Ninawa mereka gelisah melihat perubahan yang berlaku di tempat tinggal mereka. penduduk melihat Ninawa mengalami kegelapan, binatang peliharaan mereka juga seperti tidak tenteram dan ditambah pula dengan angin yang sangat kuat serta guruh yang mengegarkan. apabila perkara sebegini telah berlaku barulah mereka sedar bahawa ajaran yang dibawa oleh Nabi Yunus itu adalah ajaran yang benar dan bukan satu ajaran yang direka reka. akhirnya mereka menyesal dan keluar beramai ramai dari kota pergi ke bukit lalu meminta ampun dan rahmat Allah agar dijauhkan daripada sebarang malapetaka. 

Allah Maha Mengetahui akan hambaNya yang menyesal dan mohon ampun dari Nya, maka Allah pun menerima permintaan mereka, lalu Ninawa yang gelap bertukar menjadi cerah, binatang ternakan tidak lagi dalam ketakutan dan mereka kembali tenang. akhirnya mereka semua kembali dengan bersyukur kepada Allah yang telah menyelamatkan mereka dari bahaya malapetaka.

Sementara itu Nabi Yunus pula telah membawa diri tanpa tujuan setelah meninggalkan Ninawa. baginda naik bukit turun bukit, naik gunung turun gunung dan akhirnya sampai di pantai. kebetulan pada masa itu terdapat sebuah kapal hendak belayar, maka baginda pun menghampiri pemilik kapal itu untuk pergi belayar bersamanya. setelah mendapat keizinan maka Nabi Yunus menumpang kapal tersebut. dalam pelayaran tersebut, kapal yang ditumpangi Nabi Yunus telah dilanda ribut taufan yang kuat. oleh itu kapten kapal telah memutuskan supaya barang yang dibawa hendaklah dikurangkan, ini termasuk orang di atas kapal tersebut. satu pengundian telah dibuat dan daripada undian tersebut Nabi Yunus telah dipilih sebagai orang yang perlu dibuang ke laut. oleh sebab Nabi Yunus adalah orang yang sangat dihormati dan disanjungi, maka mereka mengadakan pemilihan sekali lagi dan kali kedua ini masih Nabi Yunus yang dipilih. maka mereka mengundi sekali lagi dan akhirnya Nabi Yunus tahu bahawa ia adalah kehendak Allah. Nabi Yunus memikirkan kesalahannya kerana meninggalkan Niwana tanpa mendapat persetujuan Allah. ia berfikir keputusan undi itu adalah disebabkan untuk menebus dosa yang telah dilakukannya. Nabi Yunus beristikharah, tanpa ragu ragu baginda terjun ke dalam laut yang sedang bergelora dengan ganas.

 ketika baginda sedang berlawan dengan gelombang, maka Allah mengarahkan seekor ikan nun supaya menelan Nabi Yunus hidup hidup, maka ikan nun yang muncul itu pun menelan Nabi Yunus dan menyimpannya dalam perut tanpa ada cacat cela. ketika berada dalam perut ikan nun baginda berdoa kepada Allah supaya mengampuni dosa yang telah dilakukan. lalu baginda membaca doa,


Maka Allah perkenankan permintaannya dan Allah lepaskan Nabi Yunus daripada kedukaan. demikianlah Allah selamatkan orang yang beriman. Rasulullah bersabda maksudnya: "nama tuhan yang mulia, siapa yang berdoa dengan nama itu akan diperkenankan doanya. siapa yang meminta dengan nama itu, akan diberi apa yang diucapkan oleh nabi yunus dalam perut ikan nun".
Firman Allah bermaksud "jika tidak kerana dia (Nabi Yunus) daripada orang yang selalu mengucapkan tasbih, nescaya tidaklah ia dapat keluar dari perut ikan sampai hari kiamat".



Setelah beberapa lama Nabi Yunus berada dalam perut ikan nun, maka Allah pun melemparkan Nabi Yunus dalam keadaan yang amat letih itu ke darat. lalu Allah menghidupkan pokok labu di tempat Nabi Yunus dilemparkan agar baginda dapat berteduh di bawahnya dan dapat pula ia makan buah tersebut dan kembali segar. setelah Nabi Yunus kembali segar maka Allah telah memerintahkannya supaya kembali ke Ninawa, baginda terkejut kerana penduduk di situ sedang menanti 
kepulangannya. penduduk tersebut meminta Nabi Yunus mengajar untuk menyempurnakan akidah dan iman mereka. baginda berasa hairan kerana penduduk Ninawa dahulunya terdiri daripada orang yang ingkar dengan perintah Allah tetapi kini hidup dan mati mereka semata mata kerana Allah.