Hah pelik tak tajuk entri tu?.. aku pun tak tahu kenapa aku buat macam tu.
**********
Dalam kehidupan setiap orang pasti ada menghadapi keadaan di mana berlakunya perbezaan pendapat dengan seseorang atau terhadap satu kelompok yang lain, sama ada perkara yang remeh mahupun perkara yang penting. hal ni berlaku pada mana mana peringkat umur, dalam kalangan budak kecil, orang muda, dewasa, hinggalah peringkat orang tua, matang dan juga pra matang, pasti tak kan terlepas. apabila seseorang tu lantang bersuara, hebat berkata kata, belum tentu dia sentiasa betul. dan apabila seseorang tu hanya berdiam diri, belum tentu dia merupakan orang yang paling bersalah dari mulanya sesuatu perkara. kalau kita diberi peluang menjadi orang yang berada di antara dua belah pihak yang tak bersependapat / berbalah, berupayakah kita menyebelahi mana mana pihak hanya kerana ianya benar tanpa mencampuradukkan perkara silam yang pernah berlaku, tanpa mengira siapa keturunan orang tersebut, tanpa mengambil kira semua perkara sampingan sehingga keputusan yang kita ambil mampu menghilangkan nilai kemanusiaan dalam diri ataupun mampu mencacatkan sisa keharmonian yang masih ada.
Prejudis / prasangka (prejudice):
Merupakan kepercayaan dan perasaan negatif yang tidak berasas terhadap kelompok etnik lain. prejudis tidak disuarakan secara terbuka, tidak berasaskan maklumat yang jelas, tepat dan mencukupi. ia wujud berdasarkan satu imej mental, biasanya kurang memuaskan tehadap kumpulan etnik tertentu. dan prejudis ini mengandungi sentiment marah, takut dan sebagainya. punca manusia bersikap prejudis terhadap sekumpulan manusia lain adalah kerana mempertahankan identiti sosial mereka sendiri akibat daripada wujudnya perbezaan. ada juga ayat lain yang aku jumpa dan deep; " prejudis berpunca daripada kecenderungan melabelkan kita vs mereka ".
Apabila prejudis disuarakan, maka ia menjadi stereotaip.
Stereotaip (stereotype):
Kenyataan umum terhadap sesuatu kumpulan etnik.
Gambaran yang berlebih lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan kepada satu kumpulan yang lain. setiap kumpulan mempunyai pandangan stereotaip masing masing terhadap kumpulan yang lain. stereotaip ini wujud daripada pengalaman dan kehidupan seharian setiap etnik sehingga membentuk imej terhadap kumpulan etnik lain.
Diskriminasi (discrimination):
Layanan buruk sesuatu kumpulan etnik terhadap etnik lain (dominan terhadap minoriti). dipengaruhi oleh pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif. dengan kata lain yang lebih jelas, diskriminasi ini didasari oleh sifat prejudis tadi. contoh diskriminasi yang mudah dilihat, individu sesuatu kumpulan etnik cuba mengelakkan diri daripada individu atau etnik yang diprasangkakan.
Ia mencapai tahap tertinggi apabila melibatkan pembuangan kerja, serangan fizikal secara terbuka, percubaan penghapusan sesebuah etnik, dan sebagainya.
Sebut saja perkataan prejudis, stereotaip dan diskriminasi ni, terus teringat filem animasi Zootopia. hakikatnya banyak lagi filem filem lain yang mengandungi nilai seperti ni, tapi pada sesiapa yang belum pernah menonton Zootopia, eloklah cuba.
Sekian..