Followers

Wednesday, December 14, 2016

Bismillah dan assalamualaikum...

Ok straight to the point, lately ni aku jarang bukak blog, apatah lagi nak tulis cerita hidup aku yang diharapkan dapat memberi sedikit manfaat kepada sesiapa yang berminat nak baca, memang itu la tujuan utamanya. disamping kalau ada antara korang yang give up dengan pelbagai ujian yang datang bertubi tubi (khususnya yang bermain dengan penyakit), ketahuilah, sedarlah, cuba cari dari mana mana sudut pun bahawa kita semua sangat beruntung. kadang kadang ada ketikanya aku terfikir sampai tahap "alhamdulillah aku cuma rabun jauh dan pakai spec mata, biarpun power spec aku dah seribu + + sikit kalau tak silap, sekurang kurangnya aku masih belum buta dan tak buta!".
Aku teringat samar samar satu ayat yang selalu aku dengar masa di asrama dahulu, "seandainya 7 lautan di dunia ini menjadi dakwat untuk menulis seberapa banyak nikmat yang telah Allah kurniakan pada kita, pasti takkan cukup". Err macam tak betul struktur ayat tu dan tak sedap tapi lebih kurang macamtu lah bunyinya.

Berbalik pada topik utama tadi 'aku jarang bukak blog'. ini kerana aktiviti dalam kehidupan sehari-harian aku ada sedikit perubahan, tak lagi seperti kebiasaan selepas aku sakit ni. aku sudah mula dipaksa ke masjid untuk solat berjemaah, katanya dah lama sangat aku duduk dalam rumah ni. kemudian dalam pada aku takda perkara serius yang perlu dilakukan, MUNGKIN lebih baik aku belajar bermain piano. itupun kebetulan selepas mak sedara aku berpindah rumah di sebelah rumah kami. So rasanya kalau ada masa, aku cuba untuk sambung bercerita. Fuh aku tulis entri ni macam la ada orang yang teringin sangat nak baca, huhu bajet diva je..

Sunday, December 11, 2016

Resepi 3 rasa







Resepi untuk santapan di tengah hari ini termasuk lauk dan sayurnya sekali. nama je 3 rasa hakikatnya entri ni bukan pasal resepi rahsia pun. 3 Rasa yang aku maksudkan kat sini sebenarnya adalah;


Rasa seronok, yelah cuba bayangkan manusia yang makan pun guna pinggan besi sebab kurang yakin dengan tangan sendiri ketika mengendalikan pinggan kaca yang tinggi potensi untuk pecah andai kata terjatuh ke lantai berbanding pinggan besi, dapat pulak menyediakan makanan tengah hari. kan?

Dah rasa seronok mestilah datang pulak rasa puas hati, ahhh syukur alhamdulillah. nasi tu dah 5 6 kali aku cuba masak sebelum ni, tapi masih nasi lembik yang berjaya dimasak. masak sayur kali ni adalah kali pertama tanpa ada orang yang tunggu dan memerhatikan aku masak. dan ayam tu pulak rasanya tersilap masak, bila dah dipotong kecik kecik tak sepatutnya digoreng, nanti sampai ke malam dah keras. yang menambah kekerasan ayam tu untuk dijadikan makanan sampai malam nanti adalah apabila aku goreng lama sangat, takut kalau kalau termasak ayam mentah. aku sepatutnya buat ayam berkuah, habis cerita.

Macam mana aku potong bawang? kalau tangan sendiri pun takut nak kendalikan pinggan kaca, agak agak potong bawang tu kerja yang senang tak?. jawapannya 50 50. tak senang juga tak susah. kata orang sekalipun buruk potongan bawang tersebut, bila dah masuk dalam perut takda siapa yang akan menilai. sehinggakan kalau kakak aku tengok aku tengah kupas dan potong buah epal pun, dalam keadaan aku yang tertunduk tunduk tu, kepala aku pulak berada sedekat yang boleh untuk memerhatikan pisau yang sedang memotong, diorang akan cakap "aku tengah mengukir"!

Akhir sekali rasa lapar. orang lain yang masakkan tidak selapar apabila diri sendiri yang masak biarpun masakan tu nampak sangat tak menarik. mungkin sebab tu jugak nasi yang aku ambik rasanya agak banyak.
Ok dah bye, malas nak menaip ni. aku nak menghayati cuti sekolah macam budak budak sekolah yang lain.