Thursday, December 28, 2017

Hidup menyewa di Sitiawan Perak





Bismillahi Rahmanir Rahim..
Assalamualaikum diucapkan kepada orang Islam yang sedang baca blog ni. aku petik ayat daripada buku Cerita Cinta Ahmad Ammar untuk dikaitkan dengan entri kali ni,
" sesungguhnya 'rehat' itu tiada dalam kamus kehidupan di alam fana ini melainkan dipanggil kembali kepada ilahi ".
Entah kenapa bulan November tahun 2017 ni hati aku baru tergerak untuk baca buku tersebut walaupun arwah Ammar telah syahid pada awal bulan November tahun 2013 lama dulu (rasa sedih juga mengenangkan aku yang telah lama putus hubungan dengan arwah dan juga kawan kawan yang lain, atas alasan masa tu aku rasa susah nak terus berhubung dengan berutus surat ketika umur dalam lingkungan 11-13 tahun setelah aku dan keluarga berpindah ke negeri lain).

Aku baca semula entri entri lama blog aku ni setakat yang aku rajin, sungguh meremang bulu roma aku lepas tu, rasa senak perut, malu dengan bahasa yang aku gunakan dan cara penyampaian aku dulu. apa apa pun aku tak sampai peringkat nak palsukan kematian dan berpindah ke negara lain, cuma aku akan cuba menulis dengan baik, selamat membaca!
Berdasarkan entri sebelum ni (baca di sini), secara ringkasnya setelah lebih kurang 7 bulan menyewa di Serdang yang mana merupakan permulaan aku melakukan banyak aktiviti seperti dalam menguruskan diri sendiri (makan, mandi, buang air besar, hal hal berkaitan pampers ) ataupun membantu mereka melakukan kerja yang mudah seperti mengisi air ke dalam jug ataupun botol, mencuci pinggan mangkuk, menyapu secara tidak bersungguh, cuci sinki tandas, dan sebagainya. akhirnya, sekitar awal bulan Jun tahun 2015 kami pulang ke rumah asal untuk melalui bulan Ramadhan sebelum menjayakan satu rancangan yang lain pula selepas menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.

Pejam-celik-pejam-celik mata, dalam tak sedar masa berlalu dengan pantas. ataupun kalau celik sepanjang masa tanpa pejamkan mata walau sekejap, masa tetap terus berjalan selagi belum kiamat, ya tak?.
Maka sehingga tiba tarikh 6 Ogos 2015 sebagai hari untuk kami (mak, ayah dan juga aku) bertolak ke Sitiawan, Perak yang bakal menempatkan kami jauh dari rumah melebihi jauhnya jarak dari rumah kami ke Serdang dulu. semangat untuk pergi berubat yang dirasakan ala ala 'mulakan muka surat baru sebagai seorang pelajar cemerlang' diterjemahkan kepada kata kata dalam status WhatsApp aku dulu, status WhatsApp yang kedengaran cukup bermotivasi kononnya. kami bertolak dari rumah pada hari Khamis jam 12:30 tengah hari, dengan segala urusan penjagaan orang kurang upaya dan lain lain hal di dalam perjalanan akhirnya kami tiba di Kampung Sitiawan lebih kurang jam 7:30 malam. tanpa berlengah aku terus masuk ke dalam chalet dengan bantuan mak aku dan terus berbaring. sementara mak dan ayah aku yang memunggah barang barang yang dibawa, aku hanya mampu menggeliat akibat keletihan yang sedikit sebanyak dapat menghilangkan lenguh seluruh badan terutama kedua dua bahagian kaki aku, entah kenapa sejak sakit ni aku kerap mengalami lenguh tangan dan kaki.


D-Chalet milik Haji Daud. kami rumah yang di tengah.
sumber - google
Hidup aku memang sudah banyak kekurangan yang sedia ada, tetapi lebih dirasakan ketika ketiadaan kerusi malas buat masa ni. untuk mengelakkan perkara yang sama seperti di Serdang berulang, di mana aku banyak menghabiskan masa di atas wheelchair, di birai katil, atau hanya berbaring sehingga berpeluh bahagian belakang badan, 'pengembaraan' kali ni kami turut bawa bersama kerusi malas yang digunakan di rumah, bersama sama melalui perjalanan lebih kurang 7 jam melalui highway. kerusi malas ni selalu mengingatkan aku kepada pengalaman yang menyeramkan satu ketika dahulu, saat yang paling menakutkan berlaku berulang ulang kali apabila kerusi malas ni dibaringkan sewaktu mereka salinkan pampers aku. pada fikiran aku kerusi malas ni langsung tak stabil dalam keadaan dibaringkan dan boleh terlingkup serta terlipat bersama sama dengan aku, aku selalu terbayangkan dalam kepala tragedi penuh drama tersebut walaupun hakikatnya ia tak logik. ini mungkin akibat daripada detik yang mencemaskan sewaktu kakak kedua pakaikan pampers aku di atas wheelchair ketika dahulu, pernah sekali wheelchair tersebut hampir terbalik sewaktu ia dibaringkan. mujur tiada perkara buruk pun yang berlaku waktu tu, cuma ia meninggalkan kesan pada aku.

Begitu juga dengan wheelchair, wheelchair yang pernah digunakan di Serdang 'dengan saiz yang lebih kecil dan lebih mudah untuk dibawa berjalan' tersebut, turut dibawa bersama kami ke Sitiawan kali ni. cumanya ia tidak digunakan langsung di chalet yang berkeluasan lebih kurang 16X14 untuk kami meneruskan hidup buat sementara waktu, apa apa pun ribuan terima kasih yang tidak terucap di atas segala kebaikan dan kemurahan hati pemilik chalet ini terhadap kami. berkenaan jarak dari chalet untuk ke klinik homeopati yang menjadi tujuan utama kami ke Sitiawan ini pun amat dekat, dengan menaiki kereta hanya mengambil masa kurang dari 5 minit, untuk orang kurang upaya mungkin lebih sedikit dari 5 minit. malah dengan berjalan kaki bagi yang mampu pun boleh, begitu jelas menggambarkan betapa dekatnya ia.

Ternyata suasana dan secara keseluruhan kehidupan kami di sini telah memaksa aku menggunakan kaki sendiri sepenuhnya untuk bergerak walau satu meter. boleh dikira secara rasmi aku berhenti daripada menggunakan wheelchair adalah pada tarikh 6 Ogos 2015. bermula dengan aku yang tak ubah seperti hangat hangat tahi ayam untuk berlatih berjalan di rumah asal kami, kemudian kami menyewa rumah yang sempit di Serdang yang akhirnya banyak menjadi galakan kepada aku untuk berjalan di samping melakukan banyak aktiviti lain juga, dan sekarang keadaan di Sitiawan ini. semuanya seakan tersusun mengikut apa yang aku PERLUKAN, tak pernah sekali aku MAHUKAN.
Ayat daripada buku Cerita Cinta Ahmad Ammar lagi yang mampu memukau aku juga ada berbunyi "Takdir begitu indah, perancangan Allah S.W.T begitu halus, teliti dan seni. Ia beralun lembut dengan irama pelbagai peristiwa saling menyokong sehingga membingungkan mereka yang tidak mahu berfikir".
Rasanya untuk ke tandas atau ke mana saja selagi ada tempat untuk aku berpegang, maka selagi itu in shaa allah aku boleh bergerak di dalam rumah sewa ni atau di bahagian depan rumah, cumanya tempat baru pasti memerlukan masa untuk dibiasakan. 'dibiasakan' selalunya terkandung elemen mengenal pasti kemudian cuba untuk ingat seperti bahagian lantai yang tiba tiba jatuh ke bawah / tidak rata, pada objek dan perabot apa yang tidak boleh dipegang dengan kuat, laluan mana yang selalu akan wujud halangan seperti daud pintunya ketat, kawasan tersebut merupakan tempat letak baldi atau kawasan lantai di situ selalunya akan licin. tidaklah sesusah mana pun berjalan pegang pada dinding kalau nak dibandingkan dengan berjalan dalam keadaan mata yang buta (nauzubillahiminzalik), tambahan pula pengalaman berjalan dengan berpegang pada dinding banyak aku perolehi dan pelajari sewaktu di Serdang.

Sebagai langkah pertama misi kali ni, keesokan hari di awal pagi lagi kami sudah ke klinik untuk bertemu doktor homeopati untuk berbincang tentang jadual atau barangkali perancangan beliau sendiri. hasil daripada perbincangan tersebut, untuk hari Rabu ataupun Khamis bagi setiap minggu aku akan difisio oleh beliau sendiri, manakala hari Jumaat hingga Isnin aku hanya perlu exercise dan menggunakan peralatan yang ada di gym. hari Selasa adalah berita gembira untuk aku kerana hari cuti bagi klinik ini ataupun mungkin ini bukan berita yang begitu menggembirakan, kerana seandainya klinik tak cuti hari Selasa pun hakikatnya aku tetap tak perlu merasai letih sepanjang minggu seperti menguruskan seminar pun. jarang ada manusia begitu gembira dengan mendapat cuti sehari sedang hidupnya dalam seminggu tak ubah seperti mendapat rehat 7 hari. dalam kata lain, aku di sini langsung tak terikat dengan jadual seperti yang ada di mana mana tempat belajar.

Boleh dikatakan hampir setengah hari pada hari Sabtu yang lalu, mak dan ayah aku sibuk meneroka bandar dan kawasan di sekitar tempat baru kami ni. agaknya selepas selesai urusan kami di klinik pada hari Jumaat tempoh hari pun, aku sudah ditinggalkan berseorangan di chalet sementara mak dan ayah aku mula ber-Cuti Cuti Malaysia secara ringkas di banyak tempat, kawasan ataupun daerah yang ada berhampiran dengan Sitiawan dan juga Manjung sambil membeli beberapa keperluan lain sebagai tambahan seperti getah paip, almari plastik / almari baju mudah alih, dan mungkin 1 atau 2 benda lain lagi yang aku tak ingat.



Aktiviti kami pukul 10 pagi pada hari Ahad pula hanya menghadiri Majlis Jamuan Makan bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang telah diadakan di klinik ni. rasanya dah lama aku tak makan makanan yang sedap tanpa ada rasa takut yang menghantui sebelum makan. mana tak nya, setiap kali aku makan makanan yang sedap, ataupun mungkin tak begitu sedap contoh mudahnya adalah kicap, kesannya aku akan sakit kencing. tapi sewaktu kami menghadiri majlis tersebut, aku menikmati hidangan yang boleh dikira agak popular di negara India itu, mungkin juga Nepal dan Pakistan iaitu capati yang diuli sendiri dan dimasak oleh pemilik klinik ni berserta kari kambing tanpa rasa ragu ragu langsung, alhamdulillah sangat sedap dan tak menyakitkan kencing (seingat aku macam tu lah). aku nak kongsikan satu fakta yang memang diketahui ramai iaitu dari segi kesihatan pemakanan, capati lebih baik berbanding dengan roti canai memandangkan kolestrol di dalam roti canai adalah lebih tinggi, ini disebabkan penggunaan minyak masak di dalam roti canai adalah berlebihan.



10 Ogos 2015, Isnin

Aku bangun daripada tidur jam 6:45 pagi untuk Solat Subuh, kemudian aku bersiap sama seperti orang yang sihat sehinggalah ke sarapan, rutin di setiap pagi semasa di Serdang masih diteruskan di Sitiawan ni iaitu aku akan mulakan dengan makan epal dahulu kerana aku masih lagi mengeluarkan bunyi seakan akan nak muntah setiap kali waktu makan terutamanya waktu makan pagi. setelah selesai segala urusan kami terus bertolak ke klinik yang mengambil masa hanya 5 minit.
Kali terakhir kami ke sini adalah pada 4 Julai yang lepas iaitu setelah kami pulang ke rumah asal selepas daripada menyewa di Serdang selama 7 bulan dahulu, entah kenapa sepanjang kami di Serdang tak pernah langsung kami ke sini. ini merupakan kali kedua dalam tahun 2015 aku dibawa ke klinik homeopati di Perak yang terletak sejauh lebih 430 km jaraknya dari rumah. kesimpulan untuk semua garis waktu yang aku catatkan ni membawa maksud buat pertama kali aku akan menggunakan gym, dalam masa yang sama juga gym ini boleh dikira sebagai sebahagian sesuatu yang baru di klinik ini.

Lebih kurang 1 jam 20 minit kemudian lelaki yang menguruskan gym tersebut panggil mak aku yang menunggu di luar untuk memapah aku berjalan keluar, sebenarnya bukanlah gaya seseorang yang memapah sepenuhnya pun, lebih kepada 'membantu' aku berjalan keluar kerana selalunya aku hanya memerlukan bahu ataupun lengan tangan (bukan pergelangan tangan) untuk dipegang. ini bukan soal aku tiada keyakinan untuk berjalan sendiri ataupun aku terlampau takut tapi possibility aku untuk jatuh adalah lebih tinggi daripada tidak jatuh apabila aku sedang berjalan sendirian, jadi aku perlu beri 100% tumpuan untuk setiap langkah yang aku ambil, ini juga bermakna aku tiada kesempatan untuk berjalan sambil mengangkat muka, memandang tepat ke arah muka manusia lain dan senyum, aku tak mampu berjalan sambil minum air, sambil menggunakan talifon, sambil memikirkan masalah matematik mudah seperti 600 x 13 pun boleh dianggap distraction. kemudian aku terus dibawa pulang ke chalet dalam keadaan aku yang agak keletihan melakukan pelbagai aktiviti di dalam gym tadi.

Ok karangan kali ni dah lebih daripada 180 patah perkataan rasanya, cukuplah sampai di sini. aku cuma nak ucap selamat kembali belajar kepada adik adik yang masih bersekolah, kepada ibu bapa selamat menjemput dan menghantar anak anak ke sekolah, kepada peminat bola sepak antarabangsa selamat menyambut kedatangan Transfer Window, kepada Warisan Petani yang baru follow blog ni selamat datang ya, paling penting terima kasih diucapkan kepada semuaaaa yang sudi baca blog aku ni!


Sekian.

Friday, October 20, 2017

kifarah dan hukum karma itu berbeza




Apakah hukum karma? adakah dalil yang menerima atau menolaknya?

Hukum karma boleh didefinasikan sebagai pembalasan atas perbuatan yang dilakukan oleh seseorang sama ada ianya perbuatan baik atau buruk yang dibalas kembali menurut hukum alam atas apa yang telah seseorang itu lakukan. jika ianya perbuatan baik, maka baiklah balasannya dan jika sebaliknya, maka buruklah pembalasan yang seseorang itu akan terima.
Dari segi bahasa hukum karma ini bunyinya seakan akan selari dengan ajaran Agama Islam. tetapi jika diselami dengan lebih mendalam, ianya sangat jauh berbeza dengan ajaran Agama Islam. pandangan Islam amat jelas melalui Firman Allah S.W.T dalam Surah Az-Zalzalah ayat 7-8 maksudnya: Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula.

Tetapi harus diingat !!!... apabila disebut hukum karma, ianya tidak boleh lari dari kepercayaan penganut penganut Agama Hindu akan pembalasan baik dan buruk ini. menurut kepercayaan Agama Hindu, hukum karma atau the Law of Karma bermaksud "perbuatan". karma yang baik diberi pahala dan yang buruk pula mendapat dosa dan akan menjelma dalam bentuk binatang. bagi setiap penganut Hindu, mereka perlu melakukan karma atau perbuatan yang baik agar terlepas daripada kelahiran semula yakni lahir semula ke dunia dalam bentuk binatang. Jika dilakukan perbuatan yang baik, maka mereka akan kembali bersama Tuhan penciptanya iaitu Brahma di “Nirwana” atau syurga menurut Agama Hindu. Agama Hindu dan Buddha keduanya mempercayai akan “Hukum Karma” ini. selagi seseorang penganut Hindu itu gagal mencapai karma yang baik, selagi itu dia akan alami kelahiran semula selepas memasuki neraka buat sementara waktu.



sekadar gambar hiasan



Ini sangat berbeza dengan ajaran Islam. Islam berpandangan bahawa pertama: tiada istilah kelahiran semula ke dunia, manusia yang diciptakan Allah hanya hidup sekali sahaja di dunia ini dan hanya dibangkitkan di akhirat bagi Allah menghitung dan membalas amal perbuatan mereka semasa hidup di dunia ini sama ada masuk neraka atau syurga. oleh itu hukum karma itu tertolak dengan sendiri. mempercayai hukum karma menurut pandangan dan fahaman agama Hindu seperti dilahirkan semula ke dunia ini buat kali yang kedua boleh menyebabkan seseorang Islam itu terkeluar dari Agama Islam yang suci. oleh itu adalah haram kita mempercayai kelahiran semula ini, kerana sesudah mati, kita akan menanti hingga datangnya hari pembalasan iaitu hari Kiamat.

Ada yang bertanyakan tentang konsep kifarah dalam Islam yang seakan sama dengan hukum karma.
Ok maksud kifarah ialah:
Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada’) Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati. selagi ketentuan (qada’) bagi sakit itu belum menepati qada’ Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia, jelas di sini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan.
Perlu kita faham, bahawa hukum karma menurut Agama Hindu, jika berbuat jahat akan dibalas seseorang itu dengan dihidupkan semula ke dunia ini dalam bentuk binatang. manakala kifarah dalam Islam contohnya seperti di atas ataupun seperti dosa menderhaka kepada kedua ibu dan bapa. Allah S.W.T membayar CASH atau membalas perbuatan itu terhadap anak derhaka tersebut ketika hidup di dunia ini tanpa menunggu ia mati.
Tidakkah ajaran Islam itu sangat berbeza dengan hukum karma tersebut.
Hukum karma adalah kepercayaan orang yang beragama Hindu. kita sebagai orang Islam memiliki rukun Islam dan rukun Iman kita sendiri.
Kenapa harus kita mengambil hukum yang lain selain dari hukum Allah.
Firman Allah S.W.T,
“Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.” (Surah Ali Imran, 3: 19)
Dan firman-Nya lagi, “Barangsiapa yang mencari agama selain dari agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (Surah Ali Imran, 3: 85)
Kerana itu jugalah Allah S.W.T. mengutuskan hamba dan Rasul-Nya, Muhammad S.A.W yang menjadi rahmat sekalian alam supaya mengajak Ahlul Kitab sama ada dari orang orang Yahudi atau pun Nasrani (Kristian) serta golongan yang ummi dari kalangan orang orang musyrik kepada jalan agama Allah iaitu Islam yang mengandungi petunjuk dan syari’at-Nya.




Wallahualam...
Copy paste:
Panglima7
Untukmu agamamu
dan untukku agamaku.

Monday, October 02, 2017

Rumah sewa di Serdang: pengalaman hidup menyewa 7 bulan di sana




Assalamualaikum dan salam sejahtera, long time no see ha. rasanya kebanyakan orang pasti ada tarikh istimewa dalam hidup mereka sendiri seperti tarikh ulang tahun perkahwinan, tarikh kelahiran anak mereka yang disambut setiap tahun atau lebih sinonim sebagai sambutan hari lahir. ada juga yang menganggap perkara remeh pada pandangan orang lain tetapi tidak bagi dirinya menjadi satu tarikh yang istimewa seperti 'tarikh aku beli anak kucing comel', semuanya terpulang pada hak masing masing. aku pun termasuk dalam kelompok tu, aku anggap 2 Oktober pada setiap tahun sebagai tarikh anniversary koma bagi aku.

Aku menulis blog kali ni adalah kesinambungan bagi entri sebelum ni yang berkaitan Dayah, nurse HKL yang cantik vs AVM dalam kepala. mana yang kekal buat masa ni?. kata doktor pakar, air dalam kepala aku 5 kali ganda lebih banyak daripada yang normal sehingga otak aku bengkak. sebenarnya aku tak pasti apa tindakan lain yang mak dan ayah aku lakukan selain daripada terus merawat aku dengan perubatan homeopati dan fisioterapi, dalam tak sedar masalah air yang banyak dalam kepala dan menyebabkan otak aku bengkak dulu agaknya telah selesai kerana yang menjadi kayu ukurnya adalah 'kawasan leher dan telinga kiri aku tak sakit BUAT SEMENTARA WAKTU NI', masih ada terasa sakit cuma ianya amat jarang berlaku. nak ikutkan chances seseorang untuk mati, semua orang pun berpotensi ke arah tu kan?, tak perlu menanggung penyakit kronik pun boleh mati. disebabkan kata orang "life must go on", lebih kurang sekitar bulan 5 tahun 2014 ayah aku mula cadangkan dan menggalakkan supaya aku belajar memakai pampers sendiri dalam keadaan berbaring, secara tak langsung nanti aku mampu pakai pampers dalam keadaan berdiri juga (pakai bodoh). sesuatu diperlukan pada badan aku untuk dijadikan garis panduan semasa memakai pampers, iaitu 'pusat'. pampers pada bahagian depan pastikan tak melebihi aras pusat ataupun biarkan sama level dengan pusat manakala bahagian pampers yang ada di belakang badan hanya perlu dilebihkan sedikit daripada bahagian pampers pada bahagian depan. selain itu aku juga telah cuba masuk ke tandas dengan berpegang pada dinding dan objek objek lain di sekitar laluan aku tanpa bantuan daripada sesiapa, tetapi dengan syarat mesti dan masih perlu ada orang memerhatikan dari jauh waktu aku melakukan pergerakan yang berisiko tersebut, berbanding sebelum ni banyak kali juga aku masuk ke tandas dengan cara ni tapi mereka masih mengiringi di tepi aku. kesimpulannya dengan keadaan aku yang berjalan macam ni rasanya lebih mudah dengan menggunakan wheelchair 100%.


8 November 2014


kami duduk di tingkat atas

Setelah 3 tahun sakit, ini merupakan kali pertama aku dibawa bersama untuk tinggal menyewa di sebuah rumah di Serdang, bermakna persekitaran aku akan berbeza, malah jadual harian aku pun sedikit sebanyak akan turut berubah. rasanya ini bukanlah perubahan yang mudah untuk dibiasakan oleh orang kurang upaya, sama juga kalau kita mengalih kedudukan perabot dalam rumah orang buta, bukankah susunan lama perabot lebih dibiasakan oleh si buta? ok mungkin tu hanya mindset kuno. berkenaan keluasan dalam rumah ni, tak dinafikan ia agak sempit, kebetulan pula aku baru mula semula berlatih berjalan (sebenarnya dah banyak kali berulang, aku berlatih berjalan ni seperti hangat hangat tahi ayam, hari ni aku berlatih berjalan dan keesokannya aku dah pun berhenti). dalam pada aku yang masih memerlukan wheelchair 100% untuk bergerak, mungkin ini hikmahnya kami menyewa rumah sempit di sini, paling ketara apabila setiap kali pergi ke tandas aku mampu masuk dan keluar sendiri dengan berpegang pada dinding seperti cicak tanpa perlu pengawasan sesiapa, tak perlu langsung mereka memerhatikan dari jauh sekalipun seperti yang disebutkan di awal entri tadi, malah mereka langsung tak tahu masa aku ke tandas.



(Aku flashback kejap ni)
Sebelum kami memulakan perjalanan ke Serdang, kami singgah sebentar di Pasaraya TF untuk membeli pampers, malangnya ada satu insiden yang telah berlaku di sana. waktu ni aku masih belum mampu berjalan sendiri, oleh kerana tu kami berani untuk park belakang kereta sesiapa yang parking keretanya di tempat letak kereta OKU, maaf sebab nampak kejam tapi kami tiada pilihan. cuba bayangkan dalam keadaan tersebut mak aku letakkan kenderaan yang mempunyai anak OKU jauh dari orang ramai dan anak OKU tersebut tidak langsung menampakkan kecacatannya dalam keadaan duduk di dalam kereta, andai kata sesuatu berlaku, siapa orang di sekeliling yang menyangka anak di dalam kereta tersebut adalah orang OKU? siapa yang akan menyedari kewujudan anak OKU yang jauh dari orang ramai tu?
Setelah mak aku kembali ke kereta bersama troli pasaraya, sempat juga berlaku situasi yang sedikit tegang, tapi tak lama sebab sudah cukup mak aku memunggah lebih kurang 25 bungkus pampers ke dalam bonet kereta untuk menjelaskan segala galanya. ya ini menunjukkan waktu kami menyewa rumah di Serdang aku masih lagi bergantung pada pampers 24 jam sehari.
(ok dah habis flashback)



Aku tak sangka rumah yang sempit menjadi titik permulaan yang memaksa aku untuk banyak bergerak dan melakukan banyak aktiviti tanpa bantuan orang lain contohnya seperti mencuci sinki tandas, ambil sendiri pinggan plastik di rak pinggan untuk makan, kemudian setelah selesai makan pula aku basuh pinggan sendiri dan juga kesemua pinggan kotor yang ada di dalam sinki, maklumlah dari pagi hingga ke petang aku tinggal berseorangan di dalam rumah ni (cuma sekali sekala saja mak aku berpeluang pulang ke rumah waktu tengah hari), aktiviti apa lagi yang dapat aku lakukan selain daripada berfacebook dan ber WhatsApp 24 jam ditambah pula tiada television di sini.
Masa aku cuci pinggan ada ketikanya air yang keluar daripada paip mengalir perlahan maka timbullah beberapa persoalan dalam kepala aku; kenapa mulut kita selalu merungut apabila basuh tangan di sinki dengan aliran air paip yang perlahan semasa air hampir tiada? sedangkan waktu air paip mengalir laju tak pula kita menzahirkan syukur kita melebihi daripada sewaktu mulut kita merungut tadi. pernah tak kita terfikir lebih baik air yang perlahan daripada tiada langsung air?


Malang sekali untuk kerusi malas tempat aku bertapa dan menghabiskan masa sepanjang hari kerana tak dapat dibawa, malah wheelchair pun kami beli yang lain, saiz yang lebih kecil berbanding sebelum ni dan lebih mudah untuk digunakan serta mudah dibawa berjalan.


Disebabkan aku masih lagi berada dalam zon aktif muntah, maka di Serdang aku masih lagi bawa besen muntah ke mana saja termasuklah waktu tidur malam pun, sentiasa ada di sebelah aku. sebenarnya bukan setakat besen muntah aku bawa masuk tidur, aku akan pastikan juga ada beberapa keping roti putih sebagai persediaan sekiranya lapar ataupun kembung perut apabila terjaga di malam hari nanti. selalunya setiap malam memang aku akan terbangun untuk beberapa minit, yang jadi masalah apabila waktu tersebut aku kembung perut, kadang kala juga ia bermula akibat daripada sakit kencing, setelah aku salin pampers dan sementara nak menunggu saki baki keperitan berkurangan untuk tidur semula yang aku gelarnya sendiri sebagai 'tempoh ngilu', masa tu mungkin kembung perut datang tanpa diundang, inilah masanya kegunaan roti tadi. dalam tak sedar habit aku ni sebenarnya boleh merosakkan gigi sendiri meskipun usia aku masih lagi muda.


Sebelum kami menyewa di Serdang, aku akan makan 5 kali dalam satu hari, 4 kali aku ambil makanan berat manakala satu kali tu aku hanya makan roti berserta sedikit madu lebah selepas bangun di subuh hari dan sementara menunggu makan pagi lebih kurang jam 10 nanti. melainkan awal awal aku dah putuskan untuk tak bangun solat subuh langsung supaya aku tak perlu berjaga lepas subuh akibat lapar ataupun kembung perut, supaya aku tak perlu menjadikan kekerapan masa makan aku kepada 5 kali sehari, juga supaya aku tak perlu cuci madu lebah yang tertumpah atas dada menggunakan penyembur air dan beberapa helai tisu selepas makan di kerusi malas kerana itu saja pilihan yang ada. di Serdang aku masih lagi makan 5 kali dalam satu hari cumanya tiada lagi roti dan madu lebah di sebelah pagi, aku akan minum minuman booster produk keluaran ARBA dan entah macam mana aku mendapat ilham untuk makan epal di setiap pagi kerana daripada pemerhatian yang dibuat, epal boleh menyebabkan aku sendawa, tambahan pula gara gara perut kembung masa ni hingga aku kerap mengeluarkan bunyi seakan akan nak muntah setiap kali waktu makan. sejujurnya aku tak tahu makan epal di pagi hari boleh mendatangkan kesan buruk ataupun tidak, sebab misi aku mudah; teruskan hidup sementara menyewa di sini dan perlu elakkan daripada muntah ataupun pengsan untuk mengurangkan kesibukan mak aku menguruskan kakak aku (inilah tujuan kami menyewa di Serdang).


5 kali makan dalam satu hari memang gemuk aku jadinya, baju yang sedia ada pula macam makin mengecil. walau pada hakikatnya aku hanya memerlukan / memakai baju apabila keluar dari rumah tetapi mak aku tetap belikan baju mengikut syarat keselesaan aku iaitu besar dan nipis. sewaktu usia baru di awal 20an ni, kawan kawan aku mampu bercerita saat manis mereka menyarung jubah sewaktu graduasi setelah tamat diploma selama 3 tahun dan ada juga diploma 4 tahun, mereka juga bercerita tentang hari yang bakal mereka tempuhi sewaktu praktikal nanti (ada yang akan intern sampai ke luar negara), ataupun bagi yang sudah melaluinya mereka rajin berkongsi pengalaman praktikal mereka. aku pula boleh bercerita pengalaman aku untuk kekal bernafas dan tidak pengsan ketika aku berseorangan di dalam rumah sewa ni dengan mencari peti ais untuk sejukkan badan ketika ketiadaan elektrik.

nipis adalah perkara paling penting dalam memilih baju untuk mengelakkan aku daripada panas

Manusia memang selalu nampak hikmah sesuatu perkara yang berlaku kepadanya tu agak lambat setelah perkara tersebut berlalu. tapi takpa sebab "better late than never". entah macam mana agaknya nak maintain keperluan utama seperti pampers aku yang diperlukan lebih kurang 25 bungkus sebulan, ataupun entah macam mana cara penjagaan aku secara menyeluruh di kawasan di mana langit tak berhenti mencurahkan air malah airnya pun tak ditelan bumi. ya ditakdirkan bulan Disember tahun tersebut banjir melanda di kebanyakan daerah di negeri asal kami menetap dan daerah daerah di negeri lain, banjir besar besaran tapi tidak di Serdang.



bangunan bumbung biru dalam gambar ni adalah bangunan yang sama dalam gambar di bawah


Kalau di sana banjir, aku yang di sini setiap hari lebih kurang 5 kali dan kadang kala lebih daripada tu paha aku berendam dengan cecair bernama urine di atas wheelchair ni. kemudian aku jugalah yang perlu cuci wheelchair tersebut di depan tandas guna tisu dan penyembur air, barulah bersihkan diri sendiri, kebanyakkan kerja aku menjadi mudah dengan ruang yang sempit di dalam rumah sewa ni. 'seburuk buruk tulisan adalah lebih baik daripada sebaik baik ingatan' , oleh sebab demikian aku pun merajinkan diri mencatat pada buku berapa banyak kali aku bocor di atas wheelchair dalam satu hari, dan itu juga menunjukkan masa aku banyak dihabiskan di atas wheelchair. kerusi malas yang pernah aku sebut dalam entri sebelum ni adalah tempat kedua selepas katil yang merupakan tempat paling selesa dalam hidup aku buat masa ni. bagi menggantikan kerusi malas yang tak dapat dibawa, selain wheelchair aku juga banyak menghabiskan masa di birai katil terutama selepas makan dengan beralaskan tikar getah, oleh itu alas tikar getah pun merupakan benda yang kerap aku terpaksa cuci menggunakan tisu dan penyembur air.

Masa di Serdang ni aku masih meneruskan aktiviti mencatat tarikh buang air besar di dalam handphone supaya aku bersedia mental serta fizikal pada hari tu dan tak gopoh gapah bila tiba masa perlu ke tandas nanti, melainkan terjadinya hal di luar jangkaan seperti aku terbangun jam 4 pagi kerana sakit perut. ini adalah kali pertama aku bangun jam 4 pagi dan pergi ke tandas seorang diri dalam tempoh 3 tahun setengah ni, seram!. mungkin juga aku boleh memilih untuk buang air besar dalam pampers tapi sekarang ni bukan lagi 'zaman buang air besar dalam pampers' macam dulu dan lebih menyusahkan nanti aku yang perlu memcucinya sendiri.

Tak dinafikan banyak masa di sini aku kerap teringatkan rumah, aku rindukan semacam suhu atau kelembapan udara di rumah asal kami, rumah sewa ni tak begitu panas pun cuma setelah letih duduk di atas wheelchair ataupun duduk di birai katil, aku akan berbaring secara terlentang di atas katil, itu sudah cukup untuk buat belakang badan dan belakang kepala aku berpeluh peluh. keadaan bertambah buruk waktu aku sakit kencing, air peluh yang keluar lagi menggila. mungkin puncanya bukan kerana suhu ataupun cuaca tetapi kerana aku perlukan kerusi malas, kesimpulannya aku rindukan kerusi malas. aku rindukan suasana sunyi untuk tidur di siang hari kerana entah kenapa telinga aku sangat peka dalam keadaan badan aku yang belum normal lagi ni, dalam kata lain keadaan di sini sangat tidak aman dan tenteram, bunyi gerudi dan pelbagai jenis bunyi sewaktu renovation terasa macam sebelah telinga dan waktu kerja mereka yang bermula dari pagi hingga ke petang membuatkan rasa seperti sudah setahun kerja kerja renovation yang mereka lakukan tapi masih juga belum siap. aktiviti aku selain berfacebook, ber WhatsApp, aku juga kerap menghabiskan masa dengan mendengar lagu lagu dalam simpanan ataupun radio dari handphone aku, secara tak langsung ini memberi aku idea untuk mengatasi masalah sukar tidur di 'zon peperangan'. akhirnya aku tidur sambil memakai earphone dengan memasang volume lagu dan radio lebih kuat (terasa didodoi) daripada bunyi gerudi di rumah sebelah ataupun pelbagai jenis bunyi bising di sekeliling seperti bunyi kerusi atau meja yang diseret sewaktu dialihkan, bunyi pintu yang ditutup dengan kuat serta bunyi budak budak kecil berlari lari di rumah townhouse ni.
Keadaan telah memaksa aku untuk buang mindset yang ada sebelum ni iaitu 'aku perlu tidur dalam keadaan sunyi', jadi aku berpendapat jiran jiran di sekeliling rumah sewa kami juga mungkin perlu belajar sesuatu iaitu Cara Tutup Pintu Dengan Perlahan, Cara Mengalihkan Kerusi Dan Meja Tanpa bunyi (sebenarnya aku sangat mahir teknik ni), Cara Berjalan Dan Berlari Tanpa Menghentak Dengan Tumit. ataupun semua bunyi bising ni sebenarnya normal, cuma keadaan dan suasana rumah asal kami di kampung yang sunyi tak menyediakan orang sakit untuk menghadapi semua ni.
Banyak lagi perkara remeh temeh yang lain turut menjadi alasan untuk aku mahu pulang ke rumah dengan segera setelah selesai urusan kami di Serdang ni. memang permulaan tinggal di sana aku kerap bertanya pada mak aku bila kami akan pulang, aku tak pasti kenapa mulanya mak aku jawab penghujung bulan 2 kami akan pulang, kemudian semakin dekat dengan penghujung bulan 2 tarikh kami akan pulang dianjak ke depan lagi, dan lagi. mungkin itu 'jawapan segera' untuk menyedapkan hati dan mendiamkan aku.

Ini adalah perkongsian cerita daripada aku sementara masih hidup, tiada niat yang negatif selain daripada ingin bercerita. cuma aku nak tulis entri blog kali ni ambil masa 3 bulan, rasanya macam dah semakin jauh aku untuk buka blog ni dan juga baca blog orang lain, tapi entahlah. sebagai penutup bacalah berita ni - pelajar terbaik SPM 2003 meninggal dunia:

Link 1

Link 2







Sedekahkan Al Fatihah kepada arwah.
Sekian.
Tahniah kepada sesiapa yang rajin membaca.



Thursday, September 21, 2017

Hanya satu persinggahan




manusia.
datang dan pergi.
singgah sebentar cuma.
kekal juga sebentar saja.

ada yang pergi, tinggalkan kenangan manis.
ada juga yang pergi, meninggalkan kepahitan
hanya sengsara yang tersisa.
yang ditinggal sakit hati.
yang meninggalkan, rosak hati.

ada yang datang, dengan niat tersendiri.
ada yang singgah, secara kebetulan.
macam-macam.
tapi ketika ia ingin pergi, ia hadir dengan penyesalan.
kenapa ada pertemuan?
kenapa ada perpisahan?
sesetengahnya, menyalahkan takdir,
oleh mereka yang tidak tahu mensyukuri nikmat sementara itu.

sedarlah!
tidak ada suatu pun di dunia ini yang kekal buat kita.
semua hanya sebentar cuma.


ada yang datang memberikan seribu satu kegembiraan.
lalu lalai dibuai kesenangan.
ketawa tak ingat dunia.
bersuka ria seolah-olah tidak ada hari esok.
tapi bagi setengah mereka yang peka, itu adalah kegembiraan yang sementara.

sedang mereka yang alpa,
terlupa bahawa sesetengah manusia itu
hanya akan ada ketika di waktu senang.
dan akan hilang di waktu susah.
menangis tidak berteman.
sedih sendirian tak siapa yang tahu.
si empunya diri, hanya mampu tersenyum paksa.


manusia, datang dan pergi.
yang akan tinggal hanyalah kenangan.
ketika kau juga singgah dalam kehidupan seseorang,
sentiasalah beringat; kau hanya singgah sebentar.

maka silakanlah;
hidup sesuka hatimu,
tetapi ingat, sesungguhnya kau akan mati.
berbuatlah sesuka hatimu, tapi jangan lupa kau akan menerima perhitungan di akhirat sana.
cintailah siapa saja yang kau kehendaki,
kerana sesungguhnya kau pasti akan berpisah dengannya.

berbuatlah baik,
sepanjang persinggahanmu,
kerana ketika kau pergi,
kau hanya dikenang sebagai memori.
entah baik atau tidak.
maka pilih, mau yang mana.
semoga tuhan redha




 #copy paste SA_sabah bah


Saturday, August 12, 2017

manusia sering bergaduh




Hah pelik tak tajuk entri tu?.. aku pun tak tahu kenapa aku buat macam tu.

**********

Dalam kehidupan setiap orang pasti ada menghadapi keadaan di mana berlakunya perbezaan pendapat dengan seseorang atau terhadap satu kelompok yang lain, sama ada perkara yang remeh mahupun perkara yang penting. hal ni berlaku pada mana mana peringkat umur, dalam kalangan budak kecil, orang muda, dewasa, hinggalah peringkat orang tua, matang dan juga pra matang, pasti tak kan terlepas. apabila seseorang tu lantang bersuara, hebat berkata kata, belum tentu dia sentiasa betul. dan apabila seseorang tu hanya berdiam diri, belum tentu dia merupakan orang yang paling bersalah dari mulanya sesuatu perkara. kalau kita diberi peluang menjadi orang yang berada di antara dua belah pihak yang tak bersependapat / berbalah, berupayakah  kita menyebelahi mana mana pihak hanya kerana ianya benar tanpa mencampuradukkan perkara silam yang pernah berlaku, tanpa mengira siapa keturunan orang tersebut, tanpa mengambil kira semua perkara sampingan sehingga keputusan yang kita ambil mampu menghilangkan nilai kemanusiaan dalam diri ataupun mampu mencacatkan sisa keharmonian yang masih ada.




Prejudis / prasangka (prejudice):
Merupakan kepercayaan dan perasaan negatif yang tidak berasas terhadap kelompok etnik lain. prejudis tidak disuarakan secara terbuka, tidak berasaskan maklumat yang jelas, tepat dan mencukupi. ia wujud berdasarkan satu imej mental, biasanya kurang memuaskan tehadap kumpulan etnik tertentu. dan prejudis ini mengandungi sentiment marah, takut dan sebagainya. punca manusia bersikap prejudis terhadap sekumpulan manusia lain adalah kerana mempertahankan identiti sosial mereka sendiri akibat daripada wujudnya perbezaan. ada juga ayat lain yang aku jumpa dan deep; " prejudis berpunca daripada kecenderungan melabelkan kita vs mereka ".
Apabila prejudis disuarakan, maka ia menjadi stereotaip.

Stereotaip (stereotype):
Kenyataan umum terhadap sesuatu kumpulan etnik.
Gambaran yang berlebih lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan kepada satu kumpulan yang lain. setiap kumpulan mempunyai pandangan stereotaip masing masing terhadap kumpulan yang lain. stereotaip ini wujud daripada pengalaman dan kehidupan seharian setiap etnik sehingga membentuk imej terhadap kumpulan etnik lain.




Diskriminasi (discrimination):
Layanan buruk sesuatu kumpulan etnik terhadap etnik lain (dominan terhadap minoriti). dipengaruhi oleh pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif. dengan kata lain yang lebih jelas, diskriminasi ini didasari oleh sifat prejudis tadi. contoh diskriminasi yang mudah dilihat, individu sesuatu kumpulan etnik cuba mengelakkan diri daripada individu atau etnik yang diprasangkakan.
Ia mencapai tahap tertinggi apabila melibatkan pembuangan kerja, serangan fizikal secara terbuka, percubaan penghapusan sesebuah etnik, dan sebagainya.


Sebut saja perkataan prejudis, stereotaip dan diskriminasi ni, terus teringat filem animasi Zootopia. hakikatnya banyak lagi filem filem lain yang mengandungi nilai seperti ni, tapi pada sesiapa yang belum pernah menonton Zootopia, eloklah cuba.




Sekian..


Wednesday, August 02, 2017

Kali pertama mendengar nama Endang Hyder




Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang sedang baca blog aku ni, disebabkan aku kini kurang menggunakan facebook maka aku beralih kepada membuka youtube. banyak manusia, banyak juga ragamnya. orang ada berpesan, kalau tak mahu berhadapan dengan ragam manusia cubalah duduk dalam gua seorang diri, berbual dengan stalaktit dan stalagmit.
Antara video yang tidak berunsurkan ilmiah yang mungkin mendapat perhatian lebih adalah cerita Daler Yusof terpegang buah dada Nelydia Senrose, Uqasha Senrose kecam wanita bertudung labuh, video lagu I Am Me nyanyian Dato Seri Vida, tak lupa juga sejak kebelakangan ni cerita 'Abang Sajat' paling hangat diperkatakan rasanya, melalui youtube aku turut mendengar sedikit sebanyak cerita tentang Aliff Aziz dan Afifah Nasir (serious aku tak minat langsung nak ambik tahu), dan pelbagai hal duniawi yang lain seperti video perpindahan pemain bolasepak di Eropah. tapi dalam banyak banyak video, rasanya yang ini paling melekat di hati dan lebih berfaedah berbanding kesemua cerita yang aku sebutkan tadi. tak rugi untuk ditonton.




Mungkin ramai yang dah kenal beliau, tak mustahil aku memang selalu ketinggalan banyak perkara dalam dunia ni, jadi info yang amat ringkas: beliau berasal dari Perak, nama yang diberi Ell Zain Hyder atau senang dikenali dengan nama panggilan Endang yang merupakan isteri kepada Mohamad Sabri Jaafar dan merupakan ibu kepada 3 orang cahaya mata. aku bagi rate 9.5/10 untuk skill kak Endang mengendalikan biola ni.





Kalau rajin, selongkarlah semua video beliau kat channel youtube Endang Hyder.


Monday, June 26, 2017

Takut




Assalamualaikum dan selamat hari raya aidilfitri kepada semua, seperti yang kita tahu pada hari raya kita digalakkan kunjung mengujung, dan ditakdirkan hari ini iaitu hari raya kedua kawan lelaki aku datang beraya ke rumah... bersama isterinya........ dan anak mereka berdua! mereka muda sebaya aku, tapi aku masih hidup bergelumang dengan pampers macam anak mereka yang berumur satu tahun 10 bulan yang ada bersama tu, kemudian daripada mulut mereka juga aku dengar pula cerita kawan yang agak rapat dengan aku masa di sekolah menengah telah berkahwin.
Uish semua orang dah maju ke depan, aku masih dalam keadaan macam ni, ya memang aku TAKUT. mungkin ini akibat buruk aku tak mempunyai whatsapp selama setahun setengah dan tak mempunyai facebook selama lebih kurang setahun buat masa ni, aku ketinggalan mengikuti perkembangan kawan kawan, dan yang baiknya apabila aku tak menggunakan kedua dua kecanggihan teknologi ni adalah aku tak perlu kerap rasa TAKUT dan rasa terganggu apabila melihat kejayaan / perkembangan / kemajuan yang dicapai kawan sebaya aku.


Bila aku bercerita tentang 'kerisauan aku melihat kawan kawan yang sudah berkahwin' tak bermakna aku pun nak menikah kerana rasanya bukan itu satu satunya matlamat utama dalam hidup aku buat masa ni, cuma kawan kawan yang berkahwin menjadi salah satu tanda tanda yang menunjukkan aku semakin ketinggalan dan dalam masa yang sama orang tua dalam hidup aku akan menjadi semakin tua, kemudian......... TAKUT.
Rasanya dulu dimulakan dengan gambar kawan kawan memakai jubah setelah tamat diploma yang dipost di facebook, kemudian degree, praktikal, ada yang sudah ke oversea waktu tersebut, seterusnya ada yang bertunang, ada yang berkahwin dengan caption pada gambar mereka seperti #alhamdulillah #3tahunsudahberkahwin dan sebagainya. yang terakhir aku lihat sebelum tiada whatsapp dan facebook adalah cerita anak kawan kawan aku.


Kepada kawan aku yang datang beraya tu terima kasih sentiasa ingat pada aku dan tak lupa pada persahabatan, terima kasih menyampaikan banyak berita pada aku, semoga kau bahagia bersama anak dan isteri tercinta, tahniah dan semoga dapat habiskan PhD dengan jayanya (entah sesuai ke tidak ucapan macam ni). kepada kawan kawan yang lain, gambar gambar kejayaan masing masing tak buat aku dengki dan iri hati kerana aku sendiri mengalami perkembangan baik yang terlalu banyak dan itu sudah syukur alhamdulillah. cuma gambar gambar kejayaan kalian sekalipun gambar lepas bermain futsal kurang sesuai untuk emosi aku buat masa ni. TAKUT.

Tuesday, May 30, 2017

Hari hari yang mewarnai bulan SyaabanKu




Bismillah..
Assalamualaikum..

Masih belum terlambat aku nak mengucapkan selamat berpuasa kepada semua manusia yang beragama Islam. ini merupakan bulan Ramadhan kali ke 6 yang dilalui selepas aku bertukar status / kejatuhan nilai-dan-kualiti-hidup dalam dunia pada mata manusia. bulan puasa tahun 2012 iaitu lebih kurang kira kira 9 bulan selepas aku koma, aku turut berpuasa lebih kurang sebanyak 6 hari dan kesemuanya adalah kerana terjaga ketika mak dan kakak aku bersahur. tahun 2013 pula aku dapat berpuasa sebanyak 10 hari dan kesemuanya adalah kerana Allah. yang paling bermakna apabila tahun tersebut aku berjaya mengalahkan adik bongsu yang berumur 8 tahun sedang aku telah mencecah 20 tahun. tahun 2014, 2015, 2016 dan mungkin juga tahun 2017 aku tak berpuasa langsung gara gara kembung perut. aku mungkin dah pernah sebut tentang perkara ni sebelum ini ataupun belum pernah, maafkan aku sebab yang menulis blog ni pun bukanlah orang yang sihat 100%.



Untuk pengetahuan semua, 10 Mei 2017 yang lalu mak aku berada dalam keadaan yang kurang sihat pada sebelah malam selepas minum air daun bidara (sidr), kebetulan pula masa tu mak aku perlu ke tandas untuk buang air kecil. akhirnya beliau minta pampers aku kerana tak mampu untuk berjalan, dan aku kata 'jangannnnnn'. sebab pakai pampers sendiri dalam keadaan berbaring buat kali pertama bukan semudah melihat aku yang melakukannya setiap hari dalam masa 3 tahun, haaa tahu tak?. kalau dah siap buang air kecil di dalam pampers kemudian nak salin sendiri buat kali pertama, agak agak senang ke susah? akhirnya keputusan yang diambil adalah mengesot ke tandas. hal yang berlaku pada malam tersebut membuatkan aku teringat satu masa dulu ada ketikanya kami semua memikirkan cara untuk aku bergerak dari satu tempat ke tempat lain tanpa bergantung sedikit pun pada wheelchair, mulanya aku memilih untuk merangkak tapi malangnya badan aku berat, bukan macam bayi dan lutut aku akan sakit. kemudian aku memilih untuk mengesot, aku mengesot untuk satu tempoh yang agak lama dulu (baca entri ini, waktu ni aku aktif melakukan aktiviti mengesot), berdasarkan pengalaman aku mengesot dengan hanya memakai pampers tanpa berseluar pendek akan mendatangkan kesakitan pada paha serta menyukarkan usaha tersebut. kesimpulannya kepada sesiapa yang nak mengesot tu disarankan pakai sesuatu yang licin agar mudah bergesel pada lantai, anda boleh juga menggunakan kain atau bantal sebagai alas kepada punggung. ini cadangan daripada aku je, terpulang mengikut keselesaan masing masing untuk mengesot. oh ya, aku lebih suka mengesot atas karpet berbanding lantai semata sebab mungkin buku lali, pergelangan kaki atau sekitar anggota yang aku nyatakan tu terasa kurang sakit.

Oleh kerana entri ni aku label juga sebagai Tips jadi aku nak selitkan cara minum air dalam keadaan baring. selepas segala yang berlaku pada malam tersebut aku tak sangka pula bukan semua orang boleh minum dalam keadaan baring, dan ramai juga yang berfikir minum sambil baring boleh lemas atau tersedak, ya tak dinafikan langsung tapi cuba bayangkan kalau manusia tersebut tiada pilihan melainkan minum dalam keadaan baring?. caranya mudah; jangan ketawa, tahan nafas sebentar, tuang air ke dalam mulut dan berhenti setelah penuh, kemudian telan sedikit demi sedikit, jangan teguk air sewaktu sedang tuang air ke dalam mulut, paling penting minum dengan tenang, haha. entah kenapa aku tulis benda ni.



Malam berikutnya pula (11 Mei 2017) bekalan elektrik terputus sehingga awal pagi di kawasan taman perumahan kami, aku tak tahu apa nasib suami isteri di kawasan perumahan kami pada malam jumaat tersebut sebab aku sedang berjuang menghabiskan makan malam aku. lebih kurang 1 jam 40 minit kemudian pasukan penyelamat TNB tiba di rumah kami dan menghantar genset yang bakal membinggitkan kawasan sekitar rumah kami (terima kasih abang abang TNB!).


'Aku berjuang menghabiskan makanan', kedengaran macam meletakkan nyawa pada kedudukan yang bahaya, kira macam tu lah. kalau ikutkan garis panduan yang aku sendiri tetapkan selepas aku pernah pengsan ketika makan di dapur sambil ditemani kakak aku, apabila elektrik terputus aku sepatutnya menghentikan segala aktiviti yang membuatkan badan aku cepat panas seperti berbual, makan serta kurang melakukan pergerakan, seterusnya aku hanya perlu survive dalam ketiadaan elektrik atau dalam kata lain aku jangan pengsan dan terus bernyawa. tapi rasanya itu garis panduan yang lama, sekarang kalau aku panas ketika elektrik terputus (dalam tempoh yang tidak terlampau lama) aku boleh masuk ke tandas kemudian mandi untuk sejukkan badan, dan mungkin menjadi salah satu sebab aku kadangkala suka perhatikan waktu mula sesuatu perkara, waktu tamat, jam, tarikh, hari dan sebagainya.

Setiap bulan selalunya memang akan ketiadaan elektrik di tempat kami dan setiap kali keadaan tersebut berlaku 4 ke 5 tahun sebelum ni, mak, ayah dan kakak aku akan angkat dan masukkan aku ke dalam kereta yang ber air-cond. 'aku mula resah setiap kali panas' telah menjadi kayu ukur / konsep mudah buat mereka yang menjaga aku sejak dari aku tak mampu bercakap lagi menandakan aku tak stabil berada dalam persekitaran yang panas.
Agaknya sekitar tahun 2013 setelah kakak yang menjaga aku sejak di HUSM telah sambung belajar, penjagaan aku ketika elektrik terputus menjadi bertambah sukar sehinggalah mak aku menghubungi TNB kawasan itu. diringkaskan cerita setelah melalui semua kekusutan yang aku sendiri tak tahu dan juga setelah mengisi borang tertentu maka rumah kami telah diletakkan di bawah senarai VIP, ha lebih kurang macamtu lah. sehingga kini jika bekalan elektrik terputus melibatkan rumah kami atas perkara yang tak dapat dielakkan ataupun sebab tersendiri yang hanya TNB saja tahu, genset dari TNB akan dihantar terus ke rumah. mengalahkan puteri lilin kan?



Selamat beribadah di bulan Ramadhan.



Baca juga entri Haih, kenapa sekejap sangat? , Sebulan berkampung di HUSM , Perubatan alternatif sebagai jalan keluar




Sekian.

Monday, May 01, 2017

Manusia bertopeng, hipokrik, terpulang pada penilaian masing masing



Bismillah..
Aku baru perasan ada orang follow blog aku ni. untuk meraikannya aku share something bulat bulat dari blog Buasir Otak. eh kejap, ada juga orang lain follow sebelum ni tapi tak pernah pun appear kat ruangan followers tu.
Manusia bertopeng ataupun dikenali sebagai hipokrik, menipu diri sendiri, talam 2 muka, binatang bernama sesumpah, bersifat seperti duit syiling, ah apa apa jelah. sedap! jemputlah baca penulisan ni.

 
Manusia itu
Sifatnya bertopeng
Memakai topeng itu
Bukanlah kerana hipokrit
Tetapi kerana sikap
Hormat, santun dan professional


Topeng itu adalah keperluan
Bagi semua manusia
Tiada orang yang terlepas
Dari memakai topeng
Setiap topeng yang kita pakai
Adalah berbeza mengikut keadaan
Dan orang yang bersama kita
Topeng bersama ibu bapa itu berbeza
Topeng bersama adik beradik itu berbeza
Topeng bersama sahabat karib itu berbeza
Topeng bersama guru itu berbeza 
Topeng di tempat kerja itu berbeza
Topeng di alam maya itu berbeza
Topeng dengan orang yang lebih tua itu berbeza
Topeng dengan orang yang tidak dikenali itu berbeza
Maka tidak mungkin
Kau mengenakan topeng
Ketika berhadapan dengan kawan
Sama seperti kau memakai
Topeng ketika bersama ibu bapa
Silap memakai topeng
Mungkin akan membawa padah
Kerana timbul sikap biadab
Dan kurang ajar
Akhirnya
Orang yang benar-benar
Mengenali diri kita
Tanpa bertopeng
Hanyalah diri kita sendiri
Kerana andai orang lain tahu
Wajah kita yang sebenar
Tanpa sebarang topeng
Nescaya tiada orang
Yang mahu mendekati
Dan suka pada kita
Setiap orang
Pasti mempunyai
Rahsia gelap
Yang hanya
Mereka tahu

Sorry aku plagiat penulisan ni..

Wednesday, April 26, 2017

Dayah, nurse HKL yang cantik vs AVM dalam kepala. mana yang kekal buat masa ni?




Sebagai permulaan aku nak bagitahu perbezaan antara chronosphere dengan kronologi. kalau sesiapa tengok movie Alice Through the Looking Glass dia akan faham apa itu chronosphere, dan maksud bagi kronologi pula adalah ilmu menyusun peristiwa menurut turutan kejadian dalam masa. memang takda kaitan antara kedua dua perkataan chronosphere dan kronologi ni sebab aku cuma nak sampaikan bahawa mengikut kronologinya, entri ni adalah sambungan untuk entri barang keperluan orang sakit yang nampak remeh tetapi amat penting.

Sepanjang 2 tahun aku Hidup-Segan-Mati-Tak-Mahu ni, secara ringkas perkara yang pernah beberapa kali je terjadi / jarang jarang / kerap terjadi pada aku hanyalah bisu selama 4 bulan, kedua dua biji mata aku bergerak ke kiri dan ke kanan tanpa aku mampu mengawalnya sendiri, ada darah ketika mak aku salinkan pampers aku, nipple kiri aku sakit bila ditekan, air kencing bocor di atas katil pada setiap pagi ataupun di ruang tamu atas kerusi malas, selepas 9 bulan koma setiap pagi mak aku mula ditanya dengan soalan aku yang sama "mak, kita kat mana?", buang air besar dalam pampers di ruang tamu / dalam bilik / dalam kereta semasa dalam perjalanan ataupun semasa menjalani rawatan fisioterapi, selama hampir setahun lebih tak mengetahui dan tak memahami maksud sebenar Aku-Berada-Dalam-Keadaan-Sakit, telinga kiri aku tersumbat tanpa mendatangkan kesakitan, pengsan akibat panas, hampir 2 tahun yang pertama aku rasa nak mati, kemudian timbul pula masalah baru hanya 2 tahun selepas aku koma, aku mula muntah.

Sekitar bulan 10 atau 11 tahun 2013 mak dan ayah bawa aku bersama ke majlis pertunangan kakak saudara aku, perkara baru yang boleh dianggap masalah ni sudah beberapa kali terjadi sebelum ni dan yang terbaru sekali adalah waktu aku makan tengah hari pada hari tersebut. daripada pemerhatian yang dibuat, aku cepat lapar walaupun baru saja selesai makan, terasa macam kembung perut. oleh kerana lepas makan pun aku dah rasa macam tu hingga aku tak tahu membezakan 'aku kenyang' ataupun 'aku kembung perut'.
Disebabkan aku yang selalu kembung perut kebelakangan ni, aku minta supaya aku tak lagi makan di tempat biasa aku iaitu kerusi malas sebaliknya aku mula nak makan di meja makan dapur kerana aku ada teori aku sendiri;

"Makan di meja makan menggunakan tangan menyebabkan aku akan ke depan dan ke belakangkan badan untuk menyuap nasi ke mulut, secara tak langsung aku dah pun melakukan banyak pergerakan di situ dengan harapan aku akan sendawa. lain pula yang terjadi kalau aku makan guna sudu di kerusi malas beralaskan bantal, badan aku hanya tunggu tangan aku suap nasi ke mulut".

Boleh bayangkan tak?

Yang menguatkan lagi aku untuk tinggalkan cara makan di kerusi malas yang nampak pemalas tu adalah 'sudu'. pada pendapat aku makan guna sudu berbanding guna kelima lima jari tangan kanan banyak kekurangannya, yang menjadi sebab paling ketara apabila ada tulang ikan yang datang menyibuk, bukan tangan aku yang detect tapi mulut aku yang terima bahananya dulu, ngeri tahu tak?. tambah tambah lagi aku ni baru nak hidup semula, aku dah lupa Cara Selamat Makan Guna Sudu Tanpa Tercucuk Tulang Ikan. untuk mula semula buat pertama kali makan menggunakan jari jemari setelah sekian lama aku tinggalkan cara tu pun rupanya susah macam buat addmath, ya tak semudah yang disangka.




14 Disember 2013: mula muntah

Kembung perut aku makin menjadi jadi, teori karut aku tu tak tahu sama ada boleh pakai atau tak. yang pasti sejak wujudnya teori tu, hampir setiap kali masa makan memang aku akan makan di meja makan dapur macam orang normal. susulan daripada kembung perut yang makin menggila ni telah menyebabkan aku muntah... muntah muntah. dari dulu sampai ke saat aku tengah tulis benda ni, sangkaannya aku muntah sebab terlampau lamaaaa aku tak berfisio dan kehabisan stok ubat ubatan.


Ternyata aku silap..




28 Disember 2013: muntah lagi & macam menghampiri kematian


2 minggu berselangnya aku muntah lagi dan kali ni terdapat sedikit darah, macam tanda tanda seseorang menuju kematian, sekurang kurangnya aku dulu yang rasa nak mati macam semakin hampir dengan kematian kan?, maka tercapailah apa yang aku hajati waktu tu. dalam keadaan aku yang duduk di birai katil sambil muntah, mak aku pegangkan badan aku sebab frame support yang ada di depan tak terpegang oleh aku, kedua dua tangan aku sibuk pegang besen nak tadah muntah, ikut mulut ikut hidung tak tahu dah cecair apa yang keluar, selesai muntah aku terbaring melengkungkan badan menahan sejuk, seluruh badan dah menggeletar kemudian aku kata, "takpa mak, ni menggeletar sebab tengah sejuk je". ataupun dialog tu hanya rekaan dalam minda aku, ntah la yang pasti banyak masa memang aku sendiri yang perlu cool untuk menenangkan mak aku. mak aku macam biasalah; orang yang paling panik bila aku mengalami keadaan macam ni. sampai sekarang kalau ada apa apa masalah berkaitan kesihatan aku, aku sendiri takut dengan keadaan badan aku yang tak terkawal dan aku jugalah yang perlu menenangkan mak aku  (selalunya bila nak muntah, kadang kadang je berkait dengan masalah pengsan ataupun masalah lain).
sejak muntah muntah ni, ke mana saja aku bergerak dalam rumah ni aku akan bawa satu besen bersama aku memandangkan waktu tersebut aku tak mampu nak berlari ke tandas semata mata untuk muntah. kalau aku dibawa naik kereta bersama, besen muntah tu juga memenuhi syarat 'prepare for the worst' ataupun ketika aku ditinggalkan bersendirian sekejap di rumah.
Selepas tragedi muntah muntah pada masa tu mak aku mula rujuk kes aku ke hospital besar berdekatan dengan tempat tinggal kami, mujur pihak hospital di situ masih menerima surat follow-up yang lama masa di HUSM pada tahun 2011 dulu.
(aku descharge dulu dan balik ke rumah bukanlah pulang dalam keadaan entah apa yang akan jadi pada aku nanti, aku perlu ke HKL untuk rawatan susulan. tetapi memandangkan waktu tersebut aku yang tak ubah macam mayat hidup dan sekeras anak patung tu, terus dibawa balik ke rumah).

Kemudian dari situ pula pihak hospital aturkan appointment kami pada penghujung bulan Januari tahun 2014 untuk berjumpa pakar di HKL. hasil daripada pertemuan dengan doktor pakar tersebut, setelah mak dan ayah aku berbincang macam macam perkara termasuklah rawatan lanjut yang MUNGKIN SEPATUTNYA dilakukan, pertama sekali aku perlu dapatkan result daripada angiogram, tapi sebelum aku 'diangiogram' kan aku admit wad untuk satu atau dua hari. hari yang bertuah adalah sekitar pertengahan bulan Mac tahun yang sama, lebih kurang pukul 4 petang aku masuk wad, terasa sedih macam dulu dulu waktu form 1 nak kena balik asrama, padahal aku masuk wad mak aku ada je bersama sama. ok diringkaskan cerita, ada ketikanya mak aku balik ke hotel berdekatan dengan HKL ni dan tinggallah aku seorang diri dalam keadaan berpampers, tak mampu berjalan sendiri, nak naik katil wad ni pun pegang tangan mak, fuh aku tengah berdikari ni!
Besen muntah yang ada aku mention tadi aku tak pening kepala nak kena bawa sebab di hospital pasti berlambak plastik kuning sebagai ganti besen muntah. barang keperluan lain pun hanya yang betul betul perlu je ada bersama; kantung kangroo, penyembur untuk berwudu' dan juga segala kain yang diperlukan untuk aku solat seperti kebiasaannya.

Lebih kurang bermula pukul 11 malam aku dah tak dibenarkan makan dan minum langsung untuk angiogram esok, yang ada hanyalah drip air di tangan. malam tu aku tidur pun habis kena ratah dengan nyamuk beramai ramai, tidur mengiring sebab takut terkasar dengan jarum yang ada pada tangan kiri tu, hah air liur basi pun cantik je terhasil, agaknya nurse yang datang ambil darah waktu tengah malam mesti perasan keadaan aku tu, habis hilang macho aku. keesokkan paginya setelah aku selesai mandi sambil mak aku tunggu dalam tandas yang sama, setelah selesai gunakan pencukur free yang nurse berikan (kawasan pangkal paha aku diperlukan untuk angiogram nanti), setelah aku selesai bersiap, agaknya lebih kurang pukul 8:45 pagi aku keluar dari wad tanpa makan dan minum sikit pun. aku terus dibawa menaiki wheelchair ke satu bilik yang air-cond nya dipasang kuat-gila-gila. ya ya aku tau tu tempat angiogram.

Angiogram adalah ujian X-ray yang menggunakan pewarna khas dan kamera (fluoroscopy) untuk mengambil gambar aliran darah dalam arteri (seperti aorta) atau vein (seperti vena cava). angiogram boleh digunakan untuk melihat arteri atau vein di dalam kepala, tangan, kaki, dada, belakang badan atau perut

Lebih kurang sejam kemudian aku keluar dari 'peti ais' tu, tak lama selepas dari tu aku mula rasa nak muntah. sampai sekarang tak sempat pula nak tanya adakah itu side effect sebab pangkal paha aku yang disuntik sebelum angiogram ataupun sebab sejak malam semalam aku tak makan dan minum langsung / kembung perut aku dah terlampau sangat. dengan segera aku dibawa ke wad semula dengan katil yang beroda tu, tiba saja di wad aku pun muntah, banyak dan lega rasanya. ni first time aku berada di wad kelas ketiga menghampiri waktu tengah hari dan ternyata memang panas, waktu muntah pun badan aku dah berpeluh peluh, ditambah pula lepas sakit ni aku cepat bertindak balas dengan persekitaran panas.
Angiogram dah selesai, detik muntah yang nak dielakkan pun dah dilalui, sekarang tunggu paha kiri aku boleh digunakan seperti biasa dan esok baru dibenarkan pulang ke rumah.

Disebabkan keesokkan hari aku akan discharge, aku nak sentuh 2 perkara iaitu tentang makanan hospital dan juga nurse. makanan di sini perfect walaupun hanya hidangan telur rebus berkuahkan sambal yang amat cair.

faktanya: susah aku nak jumpa makanan yang sedap dan tak menyakitkan aku. selalunya makanan yang sedap tu MESTI menyakitkan kencing aku, hatta kicap je pun cukup untuk menyakitkan, jadi selalunya aku akan tuang air masak sebagai kuah!.

Yang kedua pasal nurse, entah kenapa aku tak perasan kewujudan nurse ni sejak semalam, entah kenapa baru malam ni aku perasan kewujudan dia, esok aku nak discharge dah woi (betapa ruginya aku!), aku hanya tahu dia nurse HKL tahun 2014 syif malam yang mencuri perhatian aku. mula mula dulu aku dengan penuh semangat ingat satu per satu rentetan permulaan dia menegur aku, kemudian apa yang berlaku, kemudia apa pula yang jadi, tapi sekarang aku hanya ingat part conversation pendek aku dan dia pada waktu subuh sewaktu dia sedang sibuk menjalankan tugas dan aku pula baru siap alas perut dengan roti.

"Nak panggil nurse apa ni?, nama apa?".
Dia jawab "Dayah".




3 April 2014: MRI

Mengenangkan aku yang kebudak budakan dan tak menunjukkan kematangan waktu di HKL tu, rasa macam rugi, lawak pun ada. hakikatnya cerita kewujudan dayah HKL tu habis macam tu je, entah betul atau tidak itu nama dia, yang pasti orang yang bernama dayah selalu muncul kemudian meninggalkan kesan pada aku sejak dulu lagi 😁.
Berselang 2 minggu kemudian aku dibawa ke hospital besar yang berdekatan dengan tempat tinggal kami lagi sekali untuk menjalani pemeriksaan Magnetic Resonance Imaging (MRI).

Magnetic resonance imaging (MRI) adalah teknik yang menggunakan medan magnet dan gelombang radio untuk menghasilkan imej terperinci bagi organ organ dan tisu dalam badan. terdapat langkah berjaga jaga yang perlu diberi perhatian sebelum proses tersebut, magnet MRI mungkin bertindak balas dengan sebarang besi di dalam badan termasuklah perentak jantung (pacemakers). mesin MRI adalah besar dan merupakan magnet berbentuk tiub


kebanyakan orang dah pun dapat membayangkan prosesnya tapi saja aku letak gambar ni sebab masa aku baring dalam terowong kecil dan sempit ni dulu sungguh feelingnya macam masuk dalam mesin yang akan ubah aku jadi superhero


Pada 23 April 2014 kami datang semula berjumpa doktor pakar yang sama di HKL untuk berbincang tentang rawatan lanjut berdasarkan hasil angiogram dan MRI yang baru saja selesai dilakukan. pembuka bicara yang ringkas daripada doktor pakar tersebut masa kami datang, "I don't expect this". menurut beliau lagi, otak aku bengkak kerana air dalam kepala aku 5 kali ganda lebih banyak daripada yang normal. dalam masa yang sama saiz AVM dalam kepala aku bertambah besar (aku tak tahu nak guna term yang sepatutnya). masalah air  yang banyak dalam kepala tadi perlu diselesaikan dahulu barulah masalah utama dapat dirawat, so pilihan yang ada hanyalah masukkan 'shunt' dalam kepala aku. patutlah sejak pertengahan bulan dua yang lalu (11 Februari 2014) aku mula sakit bahagian bahu kiri dan berhampiran dengan telinga dalam sejarah hidup aku lepas koma ni.


Hidrosefalus merupakan penambahan jumlah Cecair Serebrospina (CSF) yang berlebihan di dalam ventrikel ventrikel otak. cecair ini sebenarnya melindungi, memberi khasiat serta membersihkan otak dan saraf tunjang. ia dihasilkan setiap hari di dalam ventrikel otak.
Ketidakseimbangan berlaku apabila CSF berkumpul dan tidak dapat mengalir dengan biasa melalui ventrikel dan sistem saraf disebabkan berlakunya sesuatu halangan. CSF yang berlebihan boleh menghasilkan tekanan di dalam otak dan mungkin boleh menghasilkan kerosakan pada otak, juga masalah mental dan fizikal.
Walau bagaimanapun, rawatan awal boleh mengelakkan masalah serius daripada berlaku. rawatan paling biasa untuk keadaan ini adalah dengan meletakkan tiub yang dipanggil hidrosefalus untuk mengalirkan CSF berlebihan dari kepala ke bahagian lain di dalam badan di mana ia boleh dibuang secara semula jadi. ia terdiri daripada injap untuk mengawal arah dan juga kuantiti cecair yang akan disalirkan keluar. ia mengandungi 3 bahagian iaitu:
  • Kateter yang bersambung pada otak yang mempunyai CSF berlebihan
  • Injap untuk mengawal laluan CSF
  • Sistem tiub yang membawa cecair dari satu tempat ke tempat yang lain di dalam badan




Kemudian lihat juga video berdurasi 3 minit lebih ni.




Mak dan ayah aku tak perlu buat keputusan dalam bilik doktor ni serta merta untuk bersetuju memasang shunt dalam kepala aku ataupun tak, sebaliknya mereka diberi lebih kurang seminggu untuk memikirkannya setelah kami pulang ke rumah nanti. kata doktor pakar tersebut keputusan yang perlu dibuat kali ni bukan macam masa di HUSM dulu, 'do or die'. sepahit mana pun hempedu terpaksa dihadapi demi penawar, itulah realiti yang dipegang semua orang kan?. tapi mak dan ayah aku tak mungkin dan tak kan. rasanya ini adalah kali terakhir mak dan ayah rujukkan aku ke hospital buat masa ni.

Sekurang kurangnya lepas kami selesai berurusan dengan pakar nuoro di HKL ni dah jelas tentang aku yang selalu berjaga lewat malam sehingga koma dan makin berkurangan tekanan yang aku terima, hanya sekali sekala keluar dari mulut sebahagian-daripada-mereka. kerana ada antara ayat doktor pakar tersebut yang mengatakan tak kira apa pun, AVM dalam kepala aku tetap akan pecah sampai satu peringkat umur.




Ni serba sedikit tentang AVM yang aku nak kongsikan:
Penyebab cerebral arteriovenous malformation (AVM) tidak diketahui. keadaannya berlaku apabila arteri dan vein di dalam otak bersambung terus tanpa urat yang normal diantara mereka.
Arteriovenous malformation dalam pelbagai saiz dan kedudukan di dalam otak. cerebral AVM boleh berlaku kurang daripada 1% orang. walaupun keadaanya bermula sejak lahir, simptom boleh terjadi pada mana mana peringkat umur. pendarahan paling kerap berlaku sekitar manusia tersebut berumur 15 - 20 tahun, tetapi boleh juga berlaku lebih lambat dalam kehidupan seseorang.
Kebanyakan pesakit tidak tahu mereka mempunyai AVM, dan kebanyakan mereka yang mempunyai AVM pada peringkat permulaan memang tidak memberikan apa apa tanda yang buruk. bagaimanapun, risikonya untuk pecah akan meningkat. akibat pecah boleh jadi agak teruk.

Risiko pendarahan (pecah/rupture) daripada AVM:
10 tahun - 33.5%
20 tahun - 55.8%
30 tahun - 70.6%
40 tahun - 80.3%
50 tahun - 86.8%





Aku suka 2 gambar yang terakhir tu, feeling macam futher study bidang kedoktoran. haha.

Sekian terima kasih...





Lihat juga entri: jangan pernah jemu mendengar nasihat


Wednesday, April 19, 2017

Sukat air ketika masak nasi tanpa ukuran jari




Saja aku nak kongsi cara masak nasi tanpa perlu ukur air beras guna jari manis sebab rasanya cara tu sebenarnya bukanlah cara yang agak senang bagi orang yang jarang masuk dapur. lagipun ada baiknya aku kongsi cara ni mana tahu ada abang abang yang terpaksa memasak sendiri sementara menunggu kepulangan isteri yang berpantang di kampungnya selepas bersalin.

oh ya sebelum terlupa, cara ni mak sedara aku yang ajar semenjak aku mampu tinggal bersendirian sekali sekala. lepas aku koma ni, banyak benda yang aku lupa termasuklah Cara Masak Nasi dengan Sempurna. jadi ilmu daripada mak sedara aku ni menarik untuk aku kongsikan walaupun mungkin ramaiiii yang dah tahu cara ni..


aku guna bekas ni

Mula mula perkara yang perlu diambil tahu;
Bekas apa sekalipun yang kita guna untuk tanak nasi, bekas itu juga yang digunakan untuk airnya nanti.
1 pot nasi = 1 setengah air.
1 1/2 pot nasi =1 setengah air + 4/5 air


Ok selamat mencuba, sekian.


Monday, April 03, 2017

Big Little Lies Season 1




Aku nak berucap sikit sempena tamat nya drama bersiri Big Little Lies season 1 kat HBO harini walaupun aku terlepas episod 1, 2 dan 3, haha. aku tengok drama ni pun sebab ternampak iklan yang memaparkan 3 pelakon best ni. biasanya kan, orang yang mempunyai hubungan yang dekat / orang yang disayangi / orang yang dicintai / orang yang mendapat tempat dan keutamaan di hati kita, susah untuk kita lakukan sesuatu perkara yang membawa kepada perubahan yang besar (lebih kepada perkara yang negatif) di dalam ikatan antara kita dan orang tersebut.


Hanya kerana 'aku pernah dan masih sayangkan dia' , 'dia tak macam tu dahulu' , 'aku yakin dia akan berubah' , 'aku perlukan dia/tempat bergantung' , 'dia adalah kawan kepada kawan kepada kawan kepada kawan aku' dan lain lain lagi.

Dalam Big Little Lies pun akhirnya Bonnie Carlson yang dari jauh berlari dan tolak Perry Wright sehingga jatuh dari tempat tinggi. sedangkan dua orang kawan rapat kepada Celeste Wright (Nicole Kidman) yang ada berhampiran tak tergamak atau tak terfikir pula nak ambik tindakan agresif macam tu.

Ok aku rasa takda la betul sangat apa yang aku tulis ni so sekian terima kasih..