Followers

Monday, May 01, 2017

Manusia bertopeng, hipokrik, terpulang pada penilaian masing masing



Bismillah..
Aku baru perasan ada orang follow blog aku ni. untuk meraikannya aku share something bulat bulat dari blog Buasir Otak. eh kejap, ada juga orang lain follow sebelum ni tapi tak pernah pun appear kat ruangan followers tu.
Manusia bertopeng ataupun dikenali sebagai hipokrik, menipu diri sendiri, talam 2 muka, binatang bernama sesumpah, bersifat seperti duit syiling, ah apa apa jelah. sedap! jemputlah baca penulisan ni.

 
Manusia itu
Sifatnya bertopeng
Memakai topeng itu
Bukanlah kerana hipokrit
Tetapi kerana sikap
Hormat, santun dan professional


Topeng itu adalah keperluan
Bagi semua manusia
Tiada orang yang terlepas
Dari memakai topeng
Setiap topeng yang kita pakai
Adalah berbeza mengikut keadaan
Dan orang yang bersama kita
Topeng bersama ibu bapa itu berbeza
Topeng bersama adik beradik itu berbeza
Topeng bersama sahabat karib itu berbeza
Topeng bersama guru itu berbeza 
Topeng di tempat kerja itu berbeza
Topeng di alam maya itu berbeza
Topeng dengan orang yang lebih tua itu berbeza
Topeng dengan orang yang tidak dikenali itu berbeza
Maka tidak mungkin
Kau mengenakan topeng
Ketika berhadapan dengan kawan
Sama seperti kau memakai
Topeng ketika bersama ibu bapa
Silap memakai topeng
Mungkin akan membawa padah
Kerana timbul sikap biadab
Dan kurang ajar
Akhirnya
Orang yang benar-benar
Mengenali diri kita
Tanpa bertopeng
Hanyalah diri kita sendiri
Kerana andai orang lain tahu
Wajah kita yang sebenar
Tanpa sebarang topeng
Nescaya tiada orang
Yang mahu mendekati
Dan suka pada kita
Setiap orang
Pasti mempunyai
Rahsia gelap
Yang hanya
Mereka tahu

Sorry aku plagiat penulisan ni..

1 comment :

  1. Takpe, yang penting kita sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar jadikan manusia sebaik-baiknya dan hindarilah diri daripada perkara yang tidak diingini. Kita hanyalah manusia biasa yang bisa melakukan kesilapan dan hanya Allah SWT tempat kita berdoa dan bergantung harap. InsyaAllah. Aamin.

    ReplyDelete