Friday, March 10, 2017

Jangan pernah jemu mendengar nasihat kerana hati akan mati tanpanya





*PERTARUNGAN MAUT ITU BERADA DI ANTARA USIA 60 TAHUN HINGGA 70 TAHUN* 
Tidak banyak orang yang hidup hingga mencapai usia 60 tahun. Jika kita mencapainya maka waspadalah, kerana inilah saat yang menentukan akhir perjalanan seorang manusia. Akhir yang baik (husnul khatimah) atau akhir yang buruk (su’ul khatimah).
Allah Swt telah mengingatkan manusia yang telah berumur 40 tahun (dalam Surat Al-Ahqaaf 15). Allah juga mengingatkan hamba-Nya yang mencapai usia 60 tahun sebagaimana tersirat dalam firman-Nya berikut:
“Dan mereka berteriak di dalam neraka itu : ‘Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami, nescaya kami akan mengerjakan amal yang sholih berlainan dengan yang telah kami kerjakan’. *Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak ) datang kepada kamu pemberi peringatan?* Maka rasakanlah (azab Kami) dan tidak ada bagi orang-orang yang zhalim seorang penolong pun.”. (QS Fathir 35:37).
Sahabat Ali, Ibnu Abbas dan Abu Hurairah menjelaskan firman Allah di atas:
“Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mahu berfikir “, bahawa ertinya sampai mencapai usia enam puluh tahun.
Sedangkan yang dimaksud ‘pemberi peringatan’ dalam ayat di atas menurut para ulama adalah adanya uban di rambut kepala dan ‘Sang Pemberi Peringatan’ iaitu Nabi Muhammad Saw.
Adakah di antara kita yang sudah beruban? itulah salah satu peringatan dari Allah atas usia menjelang 60 tahun !
Rasulullah Saw juga bersabda menguatkan ayat di atas:
*”Allah memberi udzur kepada seseorang yang Dia akhirkan ajalnya, hingga sampai usia 60 tahun”. (HR Bukhari no. 6419).*
Ibnu Hajar mengatakan : “Makna hadith bahwa udzur dan alasan sudah tidak ada, misalnya ada orang yang mengatakan, ‘Andai usiaku dipanjangkan, aku akan melakukan apa yg diperintahkan kepadaku’.
Ketika dia tidak memiliki udzur untuk meninggalkan ketaatan, dan sangat mungkin baginya untutk melakukannya, dengan usia yang dia miliki, maka tidak ada yang layak untuk dia lakukan selain istighfar, ibadah ketaatan dan konsentrasi penuh untuk akhirat.”
Sebenarnya berapakah usia rata-rata manusia itu? Rasulullah Saw menjelaskan bahwa usia umatnya adalah berkisar di antara 60-70 tahun !
Beliau bersabda : *”Pertarungan maut itu berada di antara usia enam puluh tahun hingga usia tujuh puluh tahun.”. (HR Bukhari).*
Abu Hurairah meriwayatkan dari Rasulullah Saw:
“Usia umatku berkisar antara enam puluh hingga tujuh puluh tahun. sedikit yang berhasil melewatinya.”
(HR Tirmidzi dan Ibnu Majah).
Inilah yang patut direnungkan : Rasulullah Saw bersabda :
*”Sesungguhnya amal perbuatan dinilai sesuai dengan bahagian akhirnya.” (HR Bukhari).*
Imam Fudhail bin Iyadh (Ulama Besar zaman Tabi’ Tabiin) bertemu dengan seorang tua.
“Berapa usia Anda?”, tanya Fudhail.
“60 tahun,” jawab orang itu.
“Anda selama 60 tahun berjalan menuju Tuhan Anda, dan sebentar lagi Anda akan sampai,” kata Fudhail.
“Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji’un”.
Orang itu keheranan.
“Anda faham makna kalimat itu? Anda faham tafsirnya?” tanya Fudhail.
“Tolong jelaskan tafsirnya?” orang itu bertanya balik.
“Ertinya kita adalah hamba Allah dan kita akan kembali kepada Allah SWT.
Siapa yang yakin bahawa dia hamba Allah dan dia akan kembali kepada-Nya, dia harus menyedari bahawa dirinya akan berdiri di hadapan Allah SWT.
Dan siapa yang meyakini ini, dia harus sedar bahawa dia akan ditanya. Dan siapa yang yakin hal ini, dia harus menyiapkan jawapannya,” jelas Fudhail.
“Lalu bagaimana jalan keluarnya?”
“Caranya mudah.”
Lalu Imam Fudhail menjelaskan teori bertaubat;
*”Berbuat baiklah di sisa usiamu, nescaya akan diampuni dosa dosamu yang telah lalu dan yang akan datang.”*
Semoga kita direzekikan dapat mengisi sisa usia yang Allah SWT kurniakan dengan penuh ketakwaan dan mengakhiri dengan husnul khatimah.


Copy paste: Blog Peribadirasulullah







baca jugak entri berkaitan: Berdakwah bukan hanya dengan kata kata



Wednesday, March 08, 2017

Di sebalik tabir lagu Avicii - Wake Me Up




Tengah aku google youtube nasyid Hijjaz - Rasulullah tadi, sempat pulak aku jumpa instrumental lagu yang menjadi sountrack Pro Evolution Soccer 2015 (pes) / game bola yang merupakan kegilaan sesetengah orang lelaki,... mungkin jugak sebilangan kecik orang perempuan. ok layann..


Hijjaz - Rasulullah



 


Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuri lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umat mu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlak mu
Tidak terbalas segala jasa mu
Sesungguhnya engkau Rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir nama mu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajah mu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnah mu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan Rasul sebagai pembela




kalau tengah rajin sangat nak membaca, boleh jugak baca kat sini.
 

Tuesday, March 07, 2017

Berdakwah bukan hanya dengan kata kata




Mungkin ramai yang dah pernah baca cerita macam ni, tapi bagi aku ni adalah benda yang baru.


Seorang imam masjid di London biasa naik bas untuk ke mana mana…
Suatu hari dia membayar tambang bas,, lalu segera duduk setelah menerima baki dari pemandu bas tersebut..
.
Setelah dia mengira,, ternyata wang baki dari pemandu itu terlebih 20 sen… Ada niat di hati sang imam untuk mengembalikan baki duit yang terlebih itu kerana memang bukan haknya…
.
Namun terlintas pula dalam fikirannya untuk tidak mengembalikannya.. hanya kerana memikirkan itu hanya wang kecil yang tak begitu bernilai.. Umumnya orang juga tidak mengambil peduli dalam hal begini… lagipun itu tidak akan membuat pemandu bas miskin…
.
Kemudian bas berhenti di sebuah perhentian bas untuk menurunkan sang imam… Tiba-tiba sang imam berhenti sejenak sebelum keluar dari bas,, sambil menyerahkan wang 20 sen kepada pemandu dan berkata:
“Ini wang anda,, baki wang saya yang anda pulangkan tadi terlebih 20 sen.. Ini bukan hak saya..”
.
Si pemandu mengambilnya dengan tersenyum dan berkata:
“Bukankah anda imam baru di kota ini?? Saya sudah lama berfikir untuk mendatangi masjid anda demi mengenal lebih jauh tentang Islam,, maka sengaja saya menguji anda dengan memberi wang baki yang lebih dari sepatutnya… Saya ingin tahu sikap anda..”
.
Saat sang imam turun dari bas,, kedua lututnya terasa menggeletar dan hampir jatuh ke tanah,, hingga dia memegang tiang yang berdekat dengannya dan bersandar… Pandangannya menatap ke langit dan berkata:
“Ya Allah,, hampir saja saya menjual Islam hanya dengan 20 sen..”
.
Maka berdakwah tak hanya dengan dalil,, tapi juga dengan akhlak,, agar jangan sampai orang lain menjauh dari Islam kerana perilaku kita yang tidak selaras dengan apa yang diajarkan Islam





Copy paste: Blog Peribadirasulullah

 

Wednesday, March 01, 2017

Gelombang rindu (Part 4)




Untuk mengelakkan entri aku ni kelihatan macam drama bersiri filipina yang ada beratus ratus episod tu, maka ni perkongsian yang terakhir untuk entri yang tajuknya pun acah acah filem melayu pecah panggung.




*****




Setiap permulaan dibayangi dengan pengakhiran,
Setiap pertemuan akan menyusulnya perpisahan,
Itu fitrah alam...
Apa jua kisah tidak akan lengkap tanpa penamat,
Cerita yang berlaku melibatkan banyak watak,
Setiap watak pasti berbeza peranannya.....
Ku kira hal ini sudah berakhir dan sekarang sedang melalui kesan yang tak mungkin hilang..
Sebagai watak sampingan, hanya duduk di suatu sudut memerhatikan wayang yang dimainkan,
cukup sempurna.
Banyak perkara yang berlaku akan melibatkan watak sampingan,
Walau tidak semua tapi banyak perkara.
Sudah semestinya watak utama yang menggerakkan cerita lah yang banyak memberi kesan...
Baik atau buruk, terpulang pada si pemilik cerita!










 Ok aku dah habis rindu dan dah habis berkongsi.. Sekian terima kasih babai