Wednesday, August 02, 2017

Kali pertama mendengar nama Endang Hyder




Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang sedang baca blog aku ni, disebabkan aku kini kurang menggunakan facebook maka aku beralih kepada membuka youtube. banyak manusia, banyak juga ragamnya. orang ada berpesan, kalau tak mahu berhadapan dengan ragam manusia cubalah duduk dalam gua seorang diri, berbual dengan stalaktit dan stalagmit.
Antara video yang tidak berunsurkan ilmiah yang mungkin mendapat perhatian lebih adalah cerita Daler Yusof terpegang buah dada Nelydia Senrose, Uqasha Senrose kecam wanita bertudung labuh, video lagu I Am Me nyanyian Dato Seri Vida, tak lupa juga sejak kebelakangan ni cerita 'Abang Sajat' paling hangat diperkatakan rasanya, melalui youtube aku turut mendengar sedikit sebanyak cerita tentang Aliff Aziz dan Afifah Nasir (serious aku tak minat langsung nak ambik tahu), dan pelbagai hal duniawi yang lain seperti video perpindahan pemain bolasepak di Eropah. tapi dalam banyak banyak video, rasanya yang ini paling melekat di hati dan lebih berfaedah berbanding kesemua cerita yang aku sebutkan tadi. tak rugi untuk ditonton.




Mungkin ramai yang dah kenal beliau, tak mustahil aku memang selalu ketinggalan banyak perkara dalam dunia ni, jadi info yang amat ringkas: beliau berasal dari Perak, nama yang diberi Ell Zain Hyder atau senang dikenali dengan nama panggilan Endang yang merupakan isteri kepada Mohamad Sabri Jaafar dan merupakan ibu kepada 3 orang cahaya mata. aku bagi rate 9.5/10 untuk skill kak Endang mengendalikan biola ni.





Kalau rajin, selongkarlah semua video beliau kat channel youtube Endang Hyder.


5 comments :

  1. Wahhh. Hebat akak ni main violin. Berita rare ni. Hope akak Endang Hyder dapat dijemput wat persembahan di Anugerah Juara Lagu nanti. hihi. Plus, Mr Cahaya peka juga dengan isu semasa hiburan kita ya. hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? hebat sangat kak endang ni...isu semasa dunia hiburan je yg sy tau sikit2 sbb tgk youtube, kalau tidak sy terlampau mcm katak bwh tempurung, dah la isu semasa yg berlaku kat mlysia xberapa nk tau, nasib umat Islam yg tertindas kat luar sana lg la xtau..huhu..jauhnya sy ketinggalan, sy ni harapkan baca sikit2 dr blog org je, itupun ikut mood..

      Delete
    2. aah, kak endang ni mmg hebat. teringat pula seniman muzik dato hamzah dolmat. takpe Mr Cahaya, GV pun kadang2x lambat tahu juga apa yang terjadi kat dunia kini skang. okey jew. hihi.

      Delete
    3. Saya turut setuju dengan pendapat dan pandangan tuan berhubung skill gesekkan biola Endang Hyder...InssyaAllah saya akan buat temubual eksklusif dengan Endang hujung minggu ini ( 11/03/2018 ) di Ampang.

      Delete