Monday, March 12, 2018

STRESSSSSSS....!




Kali terakhir aku update status facebook adalah lebih kurang pada pertengahan tahun 2016 lama dulu, jadi rasanya baik aku menulis saja di blog ni sebab nampak pelik tiba tiba update status facebook selepas lebih dari setahun setengah aku mendiamkan diri daripada update status status bodoh yang tidak berakal, juga selepas seketika aku jadi silent reader dan hanya sekali dua ter tekan like pada status orang lain. lebih teruk daripada 'nampak pelik' yang disebutkan tadi adalah aku akan nampak gila meroyan kalau update status facebook yang berbunyi seperti entri blog ni.


Aku bukan tak suka orang lain menasihati aku dengan kisah kisah dan cerita cerita yang boleh dianggap sebagai suatu bentuk nasihat seperti kisah seseorang yang diduga Allah dengan ujian penyakit kemudian dia dengan hati yang tabah dan penuh semangat di dada bangkit dalam hidup daripada terus jatuh terjelupuk, tak!.
Aku bukan tak berminat nak dengar dan seterusnya pertikaikan segalanya, cuma.....


Aku pun ada perkara yang aku cari jalan penyelesaian sendiri untuk mengatasi kekurangan yang aku alami, ambil sedikit contohnya seperti;

1) Setiap pagi aku akan makan separuh daripada sebiji epal, tetapi sesudah aku mengalas perut dengan biskut atau beberapa keping roti. semuanya sebab aku nak atasi masalah kembung di pagi hari (secara purata aku selalu makan jam 9 malam pada malam sebelumnya). aku kembung perut dan aku cari inisiatif sendiri dan rasanya kebanyakan orang tak terburu buru mencari dapur selepas Subuh kan?

2) Setiap kali ke dapur aku akan pakai tuala mandi, beberapa lama kemudian aku mula memakai tuala berserta baju untuk kelihatan lebih normal iaitu dengan menutup tubuh secara lengkap di dalam rumah walaupun baju dan hanya tuala. kerana apa? supaya ketika sakit kencing datang, aku dapat berjalan dengan tergopoh gapah dalam keadaan yang tak stabil sambil terus menanggalkan tuala tersebut dan berjalan dalam keadaan kemaluan aku yang terdedah untuk biar air najis aku tu sempat berterabur di dalam tandas dan tak mengenai pakaian aku langsung. kalau dulu aku bodoh, selalu terkencing (sakit kencing) dalam keadaan berjalan menuju ke tandas yang serupa orang buta berlari tu, maka air kencing aku pun akan bersepah yang mana aku jugalah yang perlu mengemopnya sendiri (dalam keadaan sakit). tapi fasa aku bertindak bijak dengan memakai tuala setiap kali ke dapur kadang kala pun masih bocor dan perlu mop, cuma jarang berlaku. yang pasti aku seorang diri yang perlu menanggungnya!

3) Bila tiba masa aku melakukan kerja di dapur, untuk mengelakkan daripada aku terlupa ada sesuatu di atas api di dapur ketika aku perlu ke depan sekejap atau perlu ke tandas sekejap atau ke mana mana, aku akan ulang di mulut aku "ada periuk atas dapur" "ada periuk atas dapur" "ada periuk atas dapur" "ada periuk atas dapur" "ada periuk atas dapur" "ada periuk atas dapur" "ada periuk atas dapur" untuk mengatasi masalah aku yang lupa ni, dan bila aku terkejut atau ada apa apa perkara yang distract aku daripada mulut aku terus mengucapkan macam orang gila tu, aku cepat cepat kembali ke landasan yang sepatutnya.

4) Kalau dulu rakaat dalam solat aku cuba ingat rakaat pertama sebagai kakak aku yang sulong / kak long. rakaat kedua sebagai kak ngah dan seterusnya lah. solat Subuh aku tak pernah memerlukan sistem bullshit ni. lama kelamaan aku dapati cara ni pun mengarut dan kurang membantu. sekarang setiap kali aku nak mulakan bacaan sesuatu perbuatan (al fatihah atau rukuk atau sujud atau duduk antara 2 sujud) aku akan buat satu statement rasmi ataupun pengumuman rasmi dalam kepala aku / bermonolog dalaman cotohnya seperti "ini solat zohor, rakaat 1/4 atau rakaat 2/4 atau rakaat 3/4 atau INI FINAL". aku mula perasan kadang kadang rakaat mulai berterabur selepas dah melalui 2 rakaat ataupun bila aku menguap. jadi sebelum menguap aku akan fokus dan buat 'pengumuman rasmi' tadi.

5) Aku ada tulis pelbagai macam cara untuk melakukan sesuatu perkara dari dulu sehinggalah saat aku menaip ni yang hampir serupa macam buku manual budak sekolah contoh macam 'cara nak pam tayar wheelchair', 'cara nak on komputer', 'cara nak guna mesin basuh', 'cara nak bagi arahan ketika ingin menggunting rambut seperti masa aku sihat dulu', dan segala macam yang perlu untuk aku tulis.





6) Sejak aku mula menggunakan semula bilik kakak aku yang masa aku mula mula sedar daripada short term memory dulu, aku terpaksa guna dua kerusi. satu kerusi untuk aku duduk dan satu lagi kerusi kecil untuk aku luruskan kaki apabila aku lenguh duduk seperti orang normal. agak agak kalau masa aku ke masjid dan aku lenguh, macam mana aku tanganinya? aku akan luruskan dan angkat kaki aku dan aku cuba bongkokkan sedikit badan aku supaya belakang kaki aku tegang dan lega rasanya. kalau sekali masih belum lega, aku akan buat dua kali. aku tak pernah nampak satu orang pun yang buat perlakuan pelik di masjid macam yang aku buat tu.

7) bibir dan dinding mulut aku yang pecah silih berganti, macam mana aku laluinya untuk makan guna mulut (bukan tiub pada leher). begitu banyak makanan yang terpaksa aku tahan daripada mengambilnya hinggakan makanan yang dianggap tak menyelerakan bagi orang sihat itu adalah makanan yang aku akan pilih dan makan. dan macam macam hal lagi yang aku rasa malas nak tulis.




Tak perlu aku nak cerita secara berhadapan untuk bagitahu susah senang yang aku rasa sebab aku yakin dan percaya orang lain lagi hebat mengalami kepayahan hidup. tapi jangan anggap aku tak melalui apa apa, jangan anggap aku tak berusaha lakukan apa apa langsung, jangan anggap aku terlebih manja (walaupun aku agak dimanjakan, aku malas nak buka cerita sebelum aku sakit yang betapa aku nak berdikari dalam sebahagian perkara tapi dipandang negatif pula). 'jangan anggap' yang aku sebutkan tu adalah kesimpulan daripada penilaian yang aku buat berdasarkan kata kata yang ditujukan pada aku.
Ni ayat aku tadi, "Aku bukan tak suka orang lain menasihati aku dengan kisah kisah dan cerita cerita yang boleh dianggap sebagai suatu bentuk nasihat seperti kisah seseorang yang diduga Allah dengan ujian penyakit kemudian dia dengan hati yang tabah dan penuh semangat di dada bangkit dalam hidup daripada terus jatuh terjelupuk, tak!". berbalik pada topik, bila menasihati orang seperti aku dengan cerita cerita seperti tu, baguslah. syukur alhamdulillah terima kasih. cuma bila ujian Allah datang dalam hidup diri sendiri di masa akan datang kelak, jangan merungut dan terus merengus, ingat tentang aku!. ataupun ada cerita kesusahan sipolan sipolan (rancangan Bersamamu misalnya) di kaca television, kenapa tak mengakui dan merujuk kepada kesusahan yang aku lalui?.

Seolah olah tiada apa yang aku usahakan. aku bukan nak penghargaan, aku bukan nak diiktiraf, aku bukan nak jadi orang penting. aku cuma pelik. satu lagi ayat seperti ni "orang lain pun........" atau "mindset je tu". hadoiiii !

Salah satu benda yang tak sepatutnya aku marah marah dengan confident adalah kerana, at the end of the day banyaknya aku yang tak betul, itu aku sedar..
Arghhhh penatttt, aku mintak maaf kalau tulisan ni terkena pada batang hidung mana mana pihak. sebab bukan niat aku nak tujukan pada satu pihak yang khusus, kadang kadang aku turut diberi nasihat daripada ramai kawan kawan. entahlah.

Ok dah hilang sikit stress dan rasa marah. babai.

3 comments :

  1. berat hati membaca,
    berat lagi bahu yang memikulnya.

    ReplyDelete
  2. Salam. Apa khabar dik. Semoga cepat sembuh. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam..alhamdulillah makin baik..amin semoga cpt sembuh

      Delete