Tuesday, November 29, 2016

Sampai bila nak merungut?




KISAH PENJUAL SURATKHABAR.
Pagi itu penjual surat khabar itu berteduh di tepi kedai. Sejak subuh hujan turun lebat sekali, seakan tidak membenarkannya melakukan aktiviti jualan akhbarnya seperti biasa.
Terbayang di fikiranku, tidak ada satu sen pun wang yang akan penjual itu perolehi seandainya hujan tidak berhenti. Namun, kegagalan yang kurasakan ternyata tidak nampak sedikitpun di wajah Penjual Surat Khabar itu.
Hujan masih terus turun. Si penjual surat khabar masih tetap duduk di tepi kedai itu sambil tangannya memegang sesuatu. Nampaknya seperti sebuah buku.
Kuperhatikan dari jauh, lembar demi lembar dia baca. Awalnya aku tidak tahu apa yang sedang dibacanya. Namun perlahan-lahanku dekatinya, ternyata Kitab Suci Al-Quran yang dibacanya.
Lalu salam diberi; “Assalamu ‘alaikum”
Penjual surat khabar: “Waalaikum salam”
“Bagaimana jualan surat khabarnya tuan?”
Penjual surat khabar: “Alhamdulillah, sudah terjual satu.”
“Wah susah juga ya kalau hujan begini” …
Penjual surat khabar: “Insya Allah adalah rezekinya.”
“Terus, kalau hujannya sampai lewat petang?”
Penjual surat khabar: “Itu maksudnya rezeki saya bukan jualan surat khabar, tapi boleh banyak berdoa.”
“Kenapa?”
Penjual surat khabar: “Bukankah Rasulullah SAW pernah besabda, ketika hujan adalah waktu mustajab untuk berdoa. Maka, kesempatan berdoa itu dipanggil rezeki juga.”
“Jadi, kalau tidak dapat wang, bagaimana?”
Penjual surat khabar: “Bererti, rezeki saya adalah bersabar”
“Kalau tidak ada yang boleh dimakan”? …..
Penjual surat khabar: “Bererti rezeki saya berpuasa”
“Kenapa tuan boleh berfikir seperti itu?”
Penjual surat khabar: “Allah Subhanahuwa Ta’ala yang memberi rezeki. Apa saja rezeki yang diberikan-Nya saya syukuri. Walaupun jualan surat khabar tidak laku, dan harus berpuasa, Alhamdulilah, saya tidak pernah kelaparan” – katanya sangat ikhlas menutup bicara kata…

Hujan pun reda. Si penjual surat khabar bersiap-siap untuk terus melakukan aktiviti jualannya. Ia pun pergi sambil memasukkan Al-Quran ke dalam begnya.
Aku termenung… tanpa kusedari cermin mataku menjadi gelap kerana bercucuran air mataku. Aku tersedar dan terpukul dengan kata-kata penjual surat khabar jalanan.
Ada penyesalan di dalam hatiku. Kenapa kalau hujan aku masih resah-gelisah. Adakah aku khuatir tidak mendapat wang?, Risau baju di sidaian basah? Atau merungut dalam jem disebabkan hujan? Ataupun keluh kesah tidak boleh dapat pelanggan yang mahu membeli barang jualan?
Aku tertunduk malu. Seperti Allah mahu sampaikan teguran buatku, bahawa rezeki bukan wang semata-mata. Tatkala kita mampu bersyukur saat di uji adalah satu nikmat yang besar. Kita belajar untuk mengatakan:
“Ya Allah aku bersyukur dengan setiap langkahku, hatta dengan ujian yang Engkau datangkan, kerana aku ingin membalas-Mu dengan kata-kata tuturku yang membuatkan Engkau senang dan Redha denganku”
Sahabat-sahabat kesayangan…
Bila kita mampu bersyukur saat di uji, adalah jauh lebih bermakna dan tatkala itu Allah dengan kasih-Nya menaburkan ketenangan dalam jiwa yang tak terjangkau dek akal.
Saat itu kita mahu segera bersujud kepada-Nya, merebahkan diri pada-Nya atas nikmat bahagia, rasa kasih-Nya. Hanya ucapan Alhamdulillah berkali-kali menerobos ke dalam jiwa yang dahaga dan rindu pada Ilahi…Alhamdulillah

Moga tulisan ini memberi inspirasi dan semangat untuk kita terus bersyukur saat di uji.


Copy paste dari: Era Adlina



**************



Dah habis baca cerita kat atas tu?. haa baca hasil tulisan tangan orang yang hebat penulisannya, aura nya pun terasa lain macam kan, aku lepas baca pun tersentap lah jugak. suka untuk aku ulang ayat daripada tulisan kat atas tu, " Seperti Allah mahu sampaikan teguran buatku, bahawa rezeki bukan wang semata-mata ".
Kita sebagai manusia bila dapat itu, kita nak yang ini. bila dapat dalam bentuk lain sikit daripada kehendak, mulut tu mula untuk merungut.

Rasanya masih belum terlambat untuk aku bersyukur dengan jalan hidup aku seperti ni, di usia yang muda aku dapat berehat daripada rutin dan tugasan yang memenatkan tidak seperti kebanyakan orang muda yang lain malah mungkin ada manusia sebaya aku yang sudah sibuk memikirkan tentang ekonomi & masa depan negara.

1 comment :

  1. Bagus artikel ini. Kadang2x kita sebagai manusia biasa mudah terlupa untuk mensyukuri nikmat kita perolehi. GV sendiri kerap terlupa hujan ini satu rahmat dan mustajab kalau kita berdoa. Terima kasih mengingatkan kita semua mengenai hal ini. Terbaik Mr Cahaya. :D

    ReplyDelete