Tuesday, November 01, 2016

Kisah Nabi Yunus a.s ditelan ikan nun (paus)





Aku yakin kebanyakan daripada kita semua sudah tahu kisah ni dari kecil lagi, malah berulang kali telah mendengarnya. tapi tak salah kalau baca kisah ni sekali lagi. kali terakhir kisah Nabi Yunus ni diceritakan pada aku oleh mak dan kakak aku satu ketika dulu.

Surah Yunus (سورة يونس) adalah surah ke10 dalam al quran, surah ini mempunyai 109 ayat dan termasuk golongan surah surah Makkiyyah kecuali ayat 40, 94, 95, yang diturunkan pada masa Nabi Muhammad SAW berada di Madinah.
Yunus (Arab:يونس atau يونان Yunaan, Inggris: Jonah, Ibrani:Yonah, Latin: Ionas) (sekitar 820-750 SM) adalah salah seorang nabi dalam agama Samawi (Islam, Yahudi, Kristen) yang disebutkan dalam Al Quran dalam Surah Yunus dan dalam Alkitab dalam Kitab Yunus. baginda ditugaskan berdakwah kepada orang Assyiria di Ninawa Iraq. namanya disebutkan sebanyak 6 kali di dalam Al Quran dan wafat di Ninawa Iraq. Yunus bin Matta dari keturunan Benyamin bin Ya’qub, baginda adalah seorang nabi yang telah diutuskan oleh Allah untuk berdakwah kepada penduduk di sebuah tempat bernama "Ninawa" yang bukan kaumnya dan tidak pula ada ikatan darah dengan mereka. ia merupakan seorang asing mendatang di tengah tengah penduduk Ninawa itu. baginda mendapati mereka berada di dalam kegelapan, kebodohan dan kekafiran, mereka menyekutukan Allah dengan menyembah berhala. Nabi Yunus mengajar mereka tentang ilmu tauhid dan keimanan, baginda juga memberi nasihat kepada mereka tentang kebodohan mereka menyembah berhala sedangkan berhala itu adalah hasil buatan manusia. baginda menasihati mereka bahawa berhala tersebut tak dapat memberi apa apa manfaat kerana berhala itu tidak boleh bergerak dan berkata kata, Nabi Yunus mengingatkan mereka lagi supaya menyembah Allah yang telah menciptakan manusia dan Allah sajalah yang wajib ditaati.

Oleh kerana ajaran yang dibawa oleh Nabi Yunus tu adalah ajaran baru, maka tak ramai manusia yang mahu menerimanya. mereka lebih suka menyembah berhala seperti yang telah dilakukan oleh datuk nenek mereka sejak dulu lagi. walaupun Nabi Yunus telah memberi nasihat, mereka tetap berkeras dengan berkata,
"ini adalah tuhan kami (berhala berhala), datuk nenek kami telah lama menyembah tuhan tuhan kami dan kami tetap tidak akan berganjak dari meninggalkan agama kami".

Nabi Yunus berkata,
"Aku hanya menyampaikan apa yang Allah suruh aku sampaikan kepada kamu semua, oleh itu kamu beriman dan bertauhid lah menurut agama yang aku bawa sebagai amanat Allah".
Berkata Nabi Yunus lagi,
"Aku ni hanyalah pesuruh Allah, dan telah diperintahkan kepadaku supaya menyelamatkan kamu semua daripada lembah kesesatan dan lembah kegelapan serta menyebarkan kepada kamu tentang agama yang suci bersih lagi murni dan membersihkan hati hati kamu dari kufur dan syirik, demi untuk kebaikan kamu di dunia dan di akhirat".



Walaupun Nabi Yunus telah memberi nasihat serta pengajaran supaya kembali ke pangkal jalan, mereka tetap berdegil dan berkata,
"walau apa pun kamu katakan kepada kami, kami tetap tidak akan berganjak dari agama kami dan kami juga tidak takut walau apa pun ancaman yang kamu katakan dan kalau mahu cubalah datangkan ancaman itu kepada kami, kalau kamu memang orang yang benar".


Setelah Nabi Yunus melihat keadaan mereka yang tidak menerima peringatannya itu, maka Nabi Yunus pun meninggalkan Ninawa dengan rasa amat marah. lalu baginda berdoa kepada Allah supaya mereka yang keras kepala menerima hukuman yang sewajarnya. dan sejak Nabi Yunus meninggalkan Ninawa mereka gelisah melihat perubahan yang berlaku di tempat tinggal mereka. penduduk melihat Ninawa mengalami kegelapan, binatang peliharaan mereka juga seperti tidak tenteram dan ditambah pula dengan angin yang sangat kuat serta guruh yang mengegarkan. apabila perkara sebegini telah berlaku barulah mereka sedar bahawa ajaran yang dibawa oleh Nabi Yunus itu adalah ajaran yang benar dan bukan satu ajaran yang direka reka. akhirnya mereka menyesal dan keluar beramai ramai dari kota pergi ke bukit lalu meminta ampun dan rahmat Allah agar dijauhkan daripada sebarang malapetaka. 

Allah Maha Mengetahui akan hambaNya yang menyesal dan mohon ampun dari Nya, maka Allah pun menerima permintaan mereka, lalu Ninawa yang gelap bertukar menjadi cerah, binatang ternakan tidak lagi dalam ketakutan dan mereka kembali tenang. akhirnya mereka semua kembali dengan bersyukur kepada Allah yang telah menyelamatkan mereka dari bahaya malapetaka.

Sementara itu Nabi Yunus pula telah membawa diri tanpa tujuan setelah meninggalkan Ninawa. baginda naik bukit turun bukit, naik gunung turun gunung dan akhirnya sampai di pantai. kebetulan pada masa itu terdapat sebuah kapal hendak belayar, maka baginda pun menghampiri pemilik kapal itu untuk pergi belayar bersamanya. setelah mendapat keizinan maka Nabi Yunus menumpang kapal tersebut. dalam pelayaran tersebut, kapal yang ditumpangi Nabi Yunus telah dilanda ribut taufan yang kuat. oleh itu kapten kapal telah memutuskan supaya barang yang dibawa hendaklah dikurangkan, ini termasuk orang di atas kapal tersebut. satu pengundian telah dibuat dan daripada undian tersebut Nabi Yunus telah dipilih sebagai orang yang perlu dibuang ke laut. oleh sebab Nabi Yunus adalah orang yang sangat dihormati dan disanjungi, maka mereka mengadakan pemilihan sekali lagi dan kali kedua ini masih Nabi Yunus yang dipilih. maka mereka mengundi sekali lagi dan akhirnya Nabi Yunus tahu bahawa ia adalah kehendak Allah. Nabi Yunus memikirkan kesalahannya kerana meninggalkan Niwana tanpa mendapat persetujuan Allah. ia berfikir keputusan undi itu adalah disebabkan untuk menebus dosa yang telah dilakukannya. Nabi Yunus beristikharah, tanpa ragu ragu baginda terjun ke dalam laut yang sedang bergelora dengan ganas.

 ketika baginda sedang berlawan dengan gelombang, maka Allah mengarahkan seekor ikan nun supaya menelan Nabi Yunus hidup hidup, maka ikan nun yang muncul itu pun menelan Nabi Yunus dan menyimpannya dalam perut tanpa ada cacat cela. ketika berada dalam perut ikan nun baginda berdoa kepada Allah supaya mengampuni dosa yang telah dilakukan. lalu baginda membaca doa,


Maka Allah perkenankan permintaannya dan Allah lepaskan Nabi Yunus daripada kedukaan. demikianlah Allah selamatkan orang yang beriman. Rasulullah bersabda maksudnya: "nama tuhan yang mulia, siapa yang berdoa dengan nama itu akan diperkenankan doanya. siapa yang meminta dengan nama itu, akan diberi apa yang diucapkan oleh nabi yunus dalam perut ikan nun".
Firman Allah bermaksud "jika tidak kerana dia (Nabi Yunus) daripada orang yang selalu mengucapkan tasbih, nescaya tidaklah ia dapat keluar dari perut ikan sampai hari kiamat".



Setelah beberapa lama Nabi Yunus berada dalam perut ikan nun, maka Allah pun melemparkan Nabi Yunus dalam keadaan yang amat letih itu ke darat. lalu Allah menghidupkan pokok labu di tempat Nabi Yunus dilemparkan agar baginda dapat berteduh di bawahnya dan dapat pula ia makan buah tersebut dan kembali segar. setelah Nabi Yunus kembali segar maka Allah telah memerintahkannya supaya kembali ke Ninawa, baginda terkejut kerana penduduk di situ sedang menanti 
kepulangannya. penduduk tersebut meminta Nabi Yunus mengajar untuk menyempurnakan akidah dan iman mereka. baginda berasa hairan kerana penduduk Ninawa dahulunya terdiri daripada orang yang ingkar dengan perintah Allah tetapi kini hidup dan mati mereka semata mata kerana Allah.


1 comment :