Tuesday, February 28, 2017

Gelombang rindu (Part 3)





Dari sebaris ayat, ku kumpul menjadi puisi
Lalu ku coretkan di atas sehelai kertas.
Tanpa ku sedari
Ia telah menjadi sebuah buku yang berharga
Tajuk nya ringkas tapi bermakna bagi ku
' Semusim perkenalan yang cukup indah '
Ku simpan buku berharga itu, tersusun rapi..
Tanpa ku sedari buku tadi musnah dari dalam
Helaian demi helaian telah hilang
Lama kelamaan,
Hanya tinggal sehelai dua muka surat
Kini ku rasakan sehelai dua ini lebih bernilai daripada senaskah buku yang asal
Mahu ku gantikan helaian rosak dengan yang baru,
Pasti takkan sama..
Seribu satu macam rasa
Setelah aku memiliki sebuah buku berharga,
Kemudian punah dan tinggal lah beberapa helai sahaja...
Antara kata-kata dari buku tersebut,
"Perasaan yang Allah berikan terkadang susah nak disuratkan dengan penulisan dan percakapan"
Sekarang ternyata ia betul..




p/s: semua ni aku copy paste dari facebook aku hanya untuk berkongsi.

3 comments :

  1. Puitisnya bahasa. Mr Cahaya mesti pandai mendeklamasikan puisi kan. Bahasa sastera moden macam ini sudah menjadi rare di zaman kini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time kasih time kasih, komen GV ni mampu buat tersenyum sorang sorang..hahaha tulisan atas tu kebetulan je, xpandai dan kurang berminat sebenarnya..

      Delete
    2. sama-sama Mr Cahaya. Hihi. Senyum itu awet muda.Terbaik semua. hihi. :D

      Delete