Monday, October 17, 2016

5 langkah mudah lakukan sujud syukur






Orang kata tajuk entri yang ada angka ni mampu menarik viewers, harap harap lepas ni bertambah la pageviews blog ni. hehe.

Ok bismillah..
Sujud syukur adalah sujud yang dilakukan kerana mendapat nikmat daripada Allah swt. tetapi harus diingatkan bahawa hukum sujud syukur hanya lah sunat apabila dilakukan kerana mendapat nikmat yang besar dan jarang jarang berlaku sahaja. contohnya apabila dapat mendirikan rumahtangga atau mendapat pekerjaan, serta contoh contoh lain yang bagi kita adalah satu nikmat yang besar dan jarang berlaku seperti dapat ke Mekah untuk menunaikan umrah atau haji, ditaja percutian ke luar negara 30 hari 29 malam misal kata di Venice Itali. tetapi sekiranya nikmat tersebut biasa biasa sahaja seperti dapat menyuap makanan ke mulut yang memang sebahagian daripada rutin harian atau seangkatan dengannya maka hukum sujud syukur itu tidaklah sunat tetapi bida'ah. hukum sujud syukur menjadi makruh pula apabila dilakukan pada waktu waktu yang dilarang mengerjakan solat sunat seperti selepas solat Subuh atau selepas solat Asar, meskipun pada ketika itu berlaku perkara yang menyebabkan kita mahu lakukan sujud syukur. selain itu juga kita tidak dibenarkan melakukan sujud syukur ketika mendengar khutbah Jumaat.

Firman Allah yang bermaksud:
"Dan sesiapa yang bersyukur, maka sesungguhnya faedahnya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, (tetapi) sesiapa yang kufur (tidak bersyukur)(maka tidaklah menjadi hal kepada Allah) kerana sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji". (Surah Luqman: 12)

Dan juga sabda nabi yang bermaksud:
"Dari Abu Bakrah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. apabila telah datang kepadanya suatu urusan yang menyenangkan atau beliau gembira kerana sesuatu, beliau sujud ke tanah sebagai tanda terima kasih kepada Allah SWT". (Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi)



Firman Allah yang lain di dalam Surah Ibrahim ayat 7 yang berbunyi;

 لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
Maksudnya: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".



Cara untuk melakukan sujud syukur ini taklah susah sangat. malah tak sampai 3 minit atau kurang dari tu lagi. pertama sekali untuk sujud syukur tidak perlu:
  • berwudu' kerana ia dilakukan di luar waktu solat.
  • membaca Al-fatihah atau apa apa rukun solat selain daripada niat, takbir, sujud dan salam.

Gambar sekadar hiasan
 
Manakala cara melakukan sujud syukur adalah seperti berikut:

1. Mengadap kiblat dan niat, "sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala"
2. Takbiratul Ihram / sebagaimana takbir dalam solat
3. Sujud sekali sahaja dengan membaca bacaan sujud syukur ataupun bacalah doa sepertimana doa sujud di dalam solat.

Untuk bacaan sujud syukur:

سُبْحَانَكَ اَللَّهُمَّ اَنْتَ رَبِّي حَقَّا حَقَّا، سَجَدْتُ لَكَ يَارَبِّ تَعَبُّدًا وَرِقًّا. اَللَّهُمَّ اِنَّ عَمَلِي ضَعِيْفٌ فَضَاعِفْ لِي. اَللَّهُمَّ قِنِي عَذَابَكَ يَوْمَ تُبْعَثُ عِبَادُكَ وَتُبْ عَلَيَّ اِنَّكَ اَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ.
Maksudnya: "Maha Suci Engkau. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku yang sebenarnya, aku sujud kepada Mu ya Rabbi sebagai pengabdian dan penghambaan. Ya Allah, sungguh amalku lemah, maka lipat gandakan pahalanya bagiku. Ya Allah, selamatkan aku dari seksa Mu pada hari hamba hamba Mu dibangkitkan, terimalah taubatku, sesunguhnya Engkau Maha Menerima taubat dan Maha Penyanyang.

4. Bertakbir sekali lagi untuk bangun daripada sujud.
5. Kemudian beri salam tanpa membaca doa tasyahud.







Selamat beramal semua, dan sebagai nota kaki: waktu aku form 1 dulu senior senior kat asrama selalu guna ayat إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ , nampak tegas dan memang menakutkan aku.

3 comments :

  1. Good info Mr Cahaya. Rupanya ada juga waktu tidak boleh sujud syukur. GV kadang rasa cam over bila ada artis tetiba sujud atas pentas sebab menang ke atau pergi ke final pertandingan. Bagi Gv cukuplah tadah tangan dan pandang ke atas ke ingat Allah SWT. Dan dengan info Mr Cahaya, jelaslah sujud syukur sesetengah artis tu tak relevan sebab tidak menepati syarat sujud syukur yang sebenar. Terbaik info Mr Cahaya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm over?..hahah agak over la sikit..

      Delete
    2. Artis2x tu. Sebab bagi GV tak perlu sujud depan juri kut. huhu. Itu pendapat GV je Mr Cahaya. huhu.

      Delete