Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang sedang baca blog aku ni, disebabkan aku kini kurang menggunakan facebook maka aku beralih kepada membuka youtube. banyak manusia, banyak juga ragamnya. orang ada berpesan, kalau tak mahu berhadapan dengan ragam manusia cubalah duduk dalam gua seorang diri, berbual dengan stalaktit dan stalagmit.
Antara video yang tidak berunsurkan ilmiah yang mungkin mendapat perhatian lebih adalah cerita Daler Yusof terpegang buah dada Nelydia Senrose, Uqasha Senrose kecam wanita bertudung labuh, video lagu I Am Me nyanyian Dato Seri Vida, tak lupa juga sejak kebelakangan ni cerita 'Abang Sajat' paling hangat diperkatakan rasanya, melalui youtube aku turut mendengar sedikit sebanyak cerita tentang Aliff Aziz dan Afifah Nasir (serious aku tak minat langsung nak ambik tahu), dan pelbagai hal duniawi yang lain seperti video perpindahan pemain bolasepak di Eropah. tapi dalam banyak banyak video, rasanya yang ini paling melekat di hati dan lebih berfaedah berbanding kesemua cerita yang aku sebutkan tadi. tak rugi untuk ditonton.
Mungkin ramai yang dah kenal beliau, tak mustahil aku memang selalu ketinggalan banyak perkara dalam dunia ni, jadi info yang amat ringkas: beliau berasal dari Perak, nama yang diberi Ell Zain Hyder atau senang dikenali dengan nama panggilan Endang yang merupakan isteri kepada Mohamad Sabri Jaafar dan merupakan ibu kepada 3 orang cahaya mata. aku bagi rate 9.5/10 untuk skill kak Endang mengendalikan biola ni.
Kalau rajin, selongkarlah semua video beliau kat channel youtube Endang Hyder.
Assalamualaikum dan selamat hari raya aidilfitri kepada semua, seperti yang kita tahu pada hari raya kita digalakkan kunjung mengujung, dan ditakdirkan hari ini iaitu hari raya kedua kawan lelaki aku datang beraya ke rumah... bersama isterinya........ dan anak mereka berdua! mereka muda sebaya aku, tapi aku masih hidup bergelumang dengan pampers macam anak mereka yang berumur satu tahun 10 bulan yang ada bersama tu, kemudian daripada mulut mereka juga aku dengar pula cerita kawan yang agak rapat dengan aku masa di sekolah menengah telah berkahwin.
Uish semua orang dah maju ke depan, aku masih dalam keadaan macam ni, ya memang aku TAKUT. mungkin ini akibat buruk aku tak mempunyai whatsapp selama setahun setengah dan tak mempunyai facebook selama lebih kurang setahun buat masa ni, aku ketinggalan mengikuti perkembangan kawan kawan, dan yang baiknya apabila aku tak menggunakan kedua dua kecanggihan teknologi ni adalah aku tak perlu kerap rasa TAKUT dan rasa terganggu apabila melihat kejayaan / perkembangan / kemajuan yang dicapai kawan sebaya aku.
Bila aku bercerita tentang 'kerisauan aku melihat kawan kawan yang sudah berkahwin' tak bermakna aku pun nak menikah kerana rasanya bukan itu satu satunya matlamat utama dalam hidup aku buat masa ni, cuma kawan kawan yang berkahwin menjadi salah satu tanda tanda yang menunjukkan aku semakin ketinggalan dan dalam masa yang sama orang tua dalam hidup aku akan menjadi semakin tua, kemudian......... TAKUT.
Rasanya dulu dimulakan dengan gambar kawan kawan memakai jubah setelah tamat diploma yang dipost di facebook, kemudian degree, praktikal, ada yang sudah ke oversea waktu tersebut, seterusnya ada yang bertunang, ada yang berkahwin dengan caption pada gambar mereka seperti #alhamdulillah #3tahunsudahberkahwin dan sebagainya. yang terakhir aku lihat sebelum tiada whatsapp dan facebook adalah cerita anak kawan kawan aku.
Kepada kawan aku yang datang beraya tu terima kasih sentiasa ingat pada aku dan tak lupa pada persahabatan, terima kasih menyampaikan banyak berita pada aku, semoga kau bahagia bersama anak dan isteri tercinta, tahniah dan semoga dapat habiskan PhD dengan jayanya (entah sesuai ke tidak ucapan macam ni). kepada kawan kawan yang lain, gambar gambar kejayaan masing masing tak buat aku dengki dan iri hati kerana aku sendiri mengalami perkembangan baik yang terlalu banyak dan itu sudah syukur alhamdulillah. cuma gambar gambar kejayaan kalian sekalipun gambar lepas bermain futsal kurang sesuai untuk emosi aku buat masa ni. TAKUT.
Masih belum terlambat aku nak mengucapkan selamat berpuasa kepada semua manusia yang beragama Islam. ini merupakan bulan Ramadhan kali ke 6 yang dilalui selepas aku bertukar status / kejatuhan nilai-dan-kualiti-hidup dalam dunia pada mata manusia. bulan puasa tahun 2012 iaitu lebih kurang kira kira 9 bulan selepas aku koma, aku turut berpuasa lebih kurang sebanyak 6 hari dan kesemuanya adalah kerana terjaga ketika mak dan kakak aku bersahur. tahun 2013 pula aku dapat berpuasa sebanyak 10 hari dan kesemuanya adalah kerana Allah. yang paling bermakna apabila tahun tersebut aku berjaya mengalahkan adik bongsu yang berumur 8 tahun sedang aku telah mencecah 20 tahun. tahun 2014, 2015, 2016 dan mungkin juga tahun 2017 aku tak berpuasa langsung gara gara kembung perut. aku mungkin dah pernah sebut tentang perkara ni sebelum ini ataupun belum pernah, maafkan aku sebab yang menulis blog ni pun bukanlah orang yang sihat 100%.
Untuk pengetahuan semua, 10 Mei 2017 yang lalu mak aku berada dalam keadaan yang kurang sihat pada sebelah malam selepas minum air daun bidara (sidr), kebetulan pula masa tu mak aku perlu ke tandas untuk buang air kecil. akhirnya beliau minta pampers aku kerana tak mampu untuk berjalan, dan aku kata 'jangannnnnn'. sebab pakai pampers sendiri dalam keadaan berbaring buat kali pertama bukan semudah melihat aku yang melakukannya setiap hari dalam masa 3 tahun, haaa tahu tak?. kalau dah siap buang air kecil di dalam pampers kemudian nak salin sendiri buat kali pertama, agak agak senang ke susah? akhirnya keputusan yang diambil adalah mengesot ke tandas. hal yang berlaku pada malam tersebut membuatkan aku teringat satu masa dulu ada ketikanya kami semua memikirkan cara untuk aku bergerak dari satu tempat ke tempat lain tanpa bergantung sedikit pun pada wheelchair, mulanya aku memilih untuk merangkak tapi malangnya badan aku berat, bukan macam bayi dan lutut aku akan sakit. kemudian aku memilih untuk mengesot, aku mengesot untuk satu tempoh yang agak lama dulu (baca entri ini, waktu ni aku aktif melakukan aktiviti mengesot), berdasarkan pengalaman aku mengesot dengan hanya memakai pampers tanpa berseluar pendek akan mendatangkan kesakitan pada paha serta menyukarkan usaha tersebut. kesimpulannya kepada sesiapa yang nak mengesot tu disarankan pakai sesuatu yang licin agar mudah bergesel pada lantai, anda boleh juga menggunakan kain atau bantal sebagai alas kepada punggung. ini cadangan daripada aku je, terpulang mengikut keselesaan masing masing untuk mengesot. oh ya, aku lebih suka mengesot atas karpet berbanding lantai semata sebab mungkin buku lali, pergelangan kaki atau sekitar anggota yang aku nyatakan tu terasa kurang sakit.
Oleh kerana entri ni aku label juga sebagai Tips jadi aku nak selitkan cara minum air dalam keadaan baring. selepas segala yang berlaku pada malam tersebut aku tak sangka pula bukan semua orang boleh minum dalam keadaan baring, dan ramai juga yang berfikir minum sambil baring boleh lemas atau tersedak, ya tak dinafikan langsung tapi cuba bayangkan kalau manusia tersebut tiada pilihan melainkan minum dalam keadaan baring?. caranya mudah; jangan ketawa, tahan nafas sebentar, tuang air ke dalam
mulut dan berhenti setelah penuh, kemudian telan sedikit demi sedikit,
jangan teguk air sewaktu sedang tuang air ke dalam mulut, paling penting
minum dengan tenang, haha. entah kenapa aku tulis benda ni.
Malam berikutnya pula (11 Mei 2017) bekalan elektrik terputus sehingga awal pagi di kawasan taman perumahan kami, aku tak tahu apa nasib suami isteri di kawasan perumahan kami pada malam jumaat tersebut sebab aku sedang berjuang menghabiskan makan malam aku. lebih kurang 1 jam 40 minit kemudian pasukan penyelamat TNB tiba di rumah kami dan menghantar genset yang bakal membinggitkan kawasan sekitar rumah kami (terima kasih abang abang TNB!).
'Aku berjuang menghabiskan makanan', kedengaran macam meletakkan nyawa pada kedudukan yang bahaya, kira macam tu lah. kalau ikutkan garis panduan yang aku sendiri tetapkan selepas aku pernah pengsan ketika makan di dapur sambil ditemani kakak aku, apabila elektrik terputus aku sepatutnya menghentikan segala aktiviti yang membuatkan badan aku cepat panas seperti berbual, makan serta kurang melakukan pergerakan, seterusnya aku hanya perlu survive dalam ketiadaan elektrik atau dalam kata lain aku jangan pengsan dan terus bernyawa. tapi rasanya itu garis panduan yang lama, sekarang kalau aku panas ketika elektrik terputus (dalam tempoh yang tidak terlampau lama) aku boleh masuk ke tandas kemudian mandi untuk sejukkan badan, dan mungkin menjadi salah satu sebab aku kadangkala suka perhatikan waktu mula sesuatu perkara, waktu tamat, jam, tarikh, hari dan sebagainya.
Setiap bulan selalunya memang akan ketiadaan elektrik di tempat kami dan setiap kali keadaan tersebut berlaku 4 ke 5 tahun sebelum ni, mak, ayah dan kakak aku akan angkat dan masukkan aku ke dalam kereta yang ber air-cond. 'aku mula resah setiap kali panas' telah menjadi kayu ukur / konsep mudah buat mereka yang menjaga aku sejak dari aku tak mampu bercakap lagi menandakan aku tak stabil berada dalam persekitaran yang panas.
Agaknya sekitar tahun 2013 setelah kakak yang menjaga aku sejak di HUSM telah sambung belajar, penjagaan aku ketika elektrik terputus menjadi bertambah sukar sehinggalah mak aku menghubungi TNB kawasan itu. diringkaskan cerita setelah melalui semua kekusutan yang aku sendiri tak
tahu dan juga setelah mengisi borang tertentu maka rumah kami telah
diletakkan di bawah senarai VIP, ha lebih kurang macamtu lah. sehingga kini jika bekalan elektrik terputus melibatkan rumah kami atas perkara yang tak dapat dielakkan ataupun sebab tersendiri yang hanya TNB saja tahu, genset dari TNB akan dihantar terus ke rumah. mengalahkanputeri lilin kan?
Aku baru perasan ada orang follow blog aku ni. untuk meraikannya aku share something bulat bulat dari blog Buasir Otak. eh kejap, ada juga orang lain follow sebelum ni tapi tak pernah pun appear kat ruangan followers tu.
Manusia bertopeng ataupun dikenali sebagai hipokrik, menipu diri sendiri, talam 2 muka, binatang bernama sesumpah, bersifat seperti duit syiling, ah apa apa jelah. sedap! jemputlah baca penulisan ni.
Manusia itu
Sifatnya bertopeng
Memakai topeng itu
Bukanlah kerana hipokrit
Tetapi kerana sikap
Hormat, santun dan professional
Topeng itu adalah keperluan
Bagi semua manusia
Tiada orang yang terlepas
Dari memakai topeng
Setiap topeng yang kita pakai
Adalah berbeza mengikut keadaan
Dan orang yang bersama kita
Topeng bersama ibu bapa itu berbeza
Topeng bersama adik beradik itu berbeza
Topeng bersama sahabat karib itu berbeza
Topeng bersama guru itu berbeza
Topeng di tempat kerja itu berbeza
Topeng di alam maya itu berbeza
Topeng dengan orang yang lebih tua itu berbeza
Topeng dengan orang yang tidak dikenali itu berbeza
Sebagai permulaan
aku nak bagitahu perbezaan antara chronosphere dengan kronologi. kalau sesiapa
tengok movie Alice Through the Looking Glass dia akan faham apa itu
chronosphere, dan maksud bagi kronologi pula adalah ilmu menyusun peristiwa
menurut turutan kejadian dalam masa. memang takda kaitan antara kedua
dua perkataan chronosphere dan kronologi ni sebab aku cuma nak sampaikan
bahawa mengikut kronologinya, entri ni adalah sambungan untuk entri barang keperluan orang sakit yang nampak remeh tetapi amat penting.
Sepanjang 2 tahun aku Hidup-Segan-Mati-Tak-Mahu ni, secara ringkas perkara yang pernah beberapa kali je terjadi / jarang jarang / kerap terjadi pada aku hanyalah bisu selama 4 bulan, kedua dua biji mata aku bergerak ke kiri dan ke kanan tanpa aku mampu mengawalnya sendiri, ada darah ketika mak aku salinkan pampers aku, nipple kiri aku sakit bila ditekan, air kencing bocor di atas katil pada setiap pagi ataupun di ruang tamu atas kerusi malas, selepas 9 bulan koma setiap pagi mak aku mula ditanya dengan soalan aku yang sama "mak, kita kat mana?", buang air besar dalam pampers di ruang tamu / dalam bilik / dalam kereta
semasa dalam perjalanan ataupun semasa menjalani rawatan fisioterapi, selama hampir setahun lebih tak mengetahui dan tak memahami maksud sebenar Aku-Berada-Dalam-Keadaan-Sakit, telinga kiri aku tersumbat tanpa mendatangkan kesakitan, pengsan akibat panas, hampir 2 tahun yang pertama aku rasa nak mati, kemudian timbul pula masalah baru hanya 2 tahun selepas aku koma, aku mula muntah.
Sekitar bulan 10 atau 11 tahun 2013 mak dan ayah bawa aku bersama ke
majlis pertunangan kakak saudara aku, perkara baru yang boleh dianggap
masalah ni sudah beberapa kali terjadi sebelum ni dan yang terbaru
sekali adalah waktu aku makan tengah hari pada hari tersebut. daripada pemerhatian yang dibuat, aku cepat lapar walaupun baru saja selesai makan, terasa macam kembung perut. oleh kerana lepas makan pun aku dah rasa macam tu hingga aku tak tahu membezakan 'aku kenyang' ataupun 'aku kembung perut'.
Disebabkan aku yang selalu kembung perut kebelakangan ni, aku minta supaya aku tak lagi makan di tempat biasa aku iaitu kerusi malas sebaliknya aku mula nak makan di meja makan dapur kerana aku ada teori aku sendiri;
"Makan di meja makan menggunakan tangan menyebabkan aku akan ke depan dan ke belakangkan badan untuk menyuap nasi ke mulut, secara tak langsung aku dah pun melakukan banyak pergerakan di situ dengan harapan aku akan sendawa. lain pula yang terjadi kalau aku makan guna sudu di kerusi malas beralaskan bantal, badan aku hanya tunggu tangan aku suap nasi ke mulut".
Boleh bayangkan tak?
Yang menguatkan lagi aku untuk tinggalkan cara makan di kerusi malas yang nampak pemalas tu adalah 'sudu'. pada pendapat aku makan guna sudu berbanding guna kelima lima jari tangan kanan banyak kekurangannya, yang menjadi sebab paling ketara apabila ada tulang ikan yang datang menyibuk, bukan tangan aku yang detect tapi mulut aku yang terima bahananya dulu, ngeri tahu tak?. tambah tambah lagi aku ni baru nak hidup semula, aku dah lupa Cara Selamat Makan Guna Sudu Tanpa Tercucuk Tulang Ikan. untuk mula semula buat pertama kali makan menggunakan jari jemari
setelah sekian lama aku tinggalkan cara tu pun rupanya susah macam buat
addmath, ya tak semudah yang disangka.
14 Disember 2013: mula muntah
Kembung perut aku makin menjadi jadi, teori karut aku tu tak tahu sama ada boleh pakai atau tak. yang pasti sejak wujudnya teori tu, hampir setiap kali masa makan memang aku akan makan di meja makan dapur macam orang normal. susulan daripada kembung perut yang makin menggila ni telah menyebabkan aku muntah... muntah muntah. dari dulu sampai ke saat aku tengah tulis benda ni, sangkaannya aku muntah sebab terlampau lamaaaa aku tak berfisio dan kehabisan stok ubat ubatan.
Ternyata aku silap..
28 Disember 2013: muntah lagi & macam menghampiri kematian
2 minggu berselangnya aku muntah lagi dan kali ni terdapat sedikit darah, macam tanda tanda seseorang menuju kematian, sekurang kurangnya aku dulu yang rasa nak mati macam semakin hampir dengan kematian kan?, maka tercapailah apa yang aku hajati waktu tu. dalam keadaan aku yang duduk di birai katil sambil muntah, mak aku pegangkan badan aku sebab frame support yang ada di depan tak terpegang oleh aku, kedua dua tangan aku sibuk pegang besen nak tadah muntah, ikut mulut ikut hidung tak tahu dah cecair apa yang keluar, selesai muntah aku terbaring melengkungkan badan menahan sejuk,
seluruh badan dah menggeletar kemudian aku kata, "takpa mak, ni
menggeletar sebab tengah sejuk je". ataupun dialog tu hanya rekaan dalam minda aku, ntah la yang pasti banyak masa memang aku sendiri yang
perlu cool untuk menenangkan mak aku. mak aku macam biasalah; orang yang paling panik bila aku mengalami keadaan macam ni. sampai sekarang kalau ada apa apa masalah berkaitan kesihatan aku, aku sendiri takut dengan keadaan badan aku yang tak terkawal dan aku jugalah yang perlu menenangkan mak aku (selalunya bila nak muntah, kadang kadang je berkait dengan masalah pengsan ataupun masalah lain).
sejak muntah muntah ni, ke mana saja aku bergerak dalam rumah ni aku
akan bawa satu besen bersama aku memandangkan waktu tersebut aku tak
mampu nak berlari ke tandas semata mata untuk muntah. kalau aku dibawa
naik kereta bersama, besen muntah tu juga memenuhi syarat 'prepare for
the worst' ataupun ketika aku ditinggalkan bersendirian sekejap di
rumah.
Selepas tragedi muntah muntah pada masa tu mak
aku mula rujuk kes aku ke hospital besar berdekatan dengan tempat
tinggal kami, mujur pihak hospital di situ masih menerima surat
follow-up yang lama masa di HUSM pada tahun 2011 dulu. (aku
descharge dulu dan balik ke rumah bukanlah pulang dalam keadaan entah
apa yang akan jadi pada aku nanti, aku perlu ke HKL untuk rawatan
susulan. tetapi memandangkan waktu tersebut aku yang tak ubah macam
mayat hidup dan sekeras anak patung tu, terus dibawa balik ke rumah).
Kemudian dari situ pula pihak hospital aturkan appointment kami pada
penghujung bulan Januari tahun 2014 untuk berjumpa pakar di HKL. hasil
daripada pertemuan dengan doktor pakar tersebut, setelah mak dan ayah
aku berbincang macam macam perkara termasuklah rawatan lanjut yang
MUNGKIN SEPATUTNYA dilakukan, pertama sekali aku perlu dapatkan result
daripada angiogram, tapi sebelum aku 'diangiogram' kan aku admit wad
untuk satu atau dua hari. hari yang bertuah adalah sekitar pertengahan
bulan Mac tahun yang sama, lebih kurang pukul 4 petang aku masuk wad, terasa sedih
macam dulu dulu waktu form 1 nak kena balik asrama, padahal aku masuk
wad mak aku ada je bersama sama. ok diringkaskan cerita, ada ketikanya
mak aku balik ke hotel berdekatan dengan HKL ni dan tinggallah aku
seorang diri dalam keadaan berpampers, tak mampu berjalan sendiri, nak
naik katil wad ni pun pegang tangan mak, fuh aku tengah berdikari ni!
Besen
muntah yang ada aku mention tadi aku tak pening kepala nak kena bawa
sebab di hospital pasti berlambak plastik kuning sebagai ganti besen
muntah. barang keperluan lain pun hanya yang betul betul perlu je ada
bersama; kantung kangroo, penyembur untuk berwudu' dan juga segala kain
yang diperlukan untuk aku solat seperti kebiasaannya.
Lebih kurang
bermula pukul 11 malam aku dah tak dibenarkan makan dan minum langsung
untuk angiogram esok, yang ada hanyalah drip air di tangan. malam tu
aku tidur pun habis kena ratah dengan nyamuk beramai ramai, tidur
mengiring sebab takut terkasar dengan jarum yang ada pada tangan kiri
tu, hah air liur basi pun cantik je terhasil, agaknya nurse yang datang
ambil darah waktu tengah malam mesti perasan keadaan aku tu, habis
hilang macho aku. keesokkan paginya setelah aku selesai mandi sambil mak aku tunggu dalam
tandas yang sama, setelah selesai gunakan pencukur free yang nurse
berikan (kawasan pangkal paha aku diperlukan untuk angiogram nanti),
setelah aku selesai bersiap, agaknya lebih kurang pukul 8:45 pagi
aku keluar dari wad tanpa makan dan minum sikit pun. aku terus dibawa
menaiki wheelchair ke satu bilik yang air-cond nya dipasang
kuat-gila-gila. ya ya aku tau tu tempat angiogram.
Angiogram adalah ujian X-ray yang menggunakan pewarna khas dan kamera
(fluoroscopy) untuk mengambil gambar aliran darah dalam arteri (seperti
aorta) atau vein (seperti vena cava). angiogram boleh digunakan untuk
melihat arteri atau vein di dalam kepala, tangan, kaki, dada, belakang
badan atau perut
Lebih kurang sejam kemudian aku
keluar dari 'peti ais' tu, tak lama selepas dari tu aku mula rasa nak
muntah. sampai sekarang tak sempat pula nak tanya adakah itu side effect
sebab pangkal paha aku yang disuntik sebelum angiogram ataupun sebab
sejak malam semalam aku tak makan dan minum langsung / kembung perut aku dah terlampau sangat. dengan segera aku dibawa ke
wad semula dengan katil yang beroda tu, tiba saja di wad aku pun muntah,
banyak dan lega rasanya. ni first time aku berada di wad kelas ketiga
menghampiri waktu tengah hari dan ternyata memang panas, waktu muntah
pun badan aku dah berpeluh peluh, ditambah pula lepas sakit ni aku cepat
bertindak balas dengan persekitaran panas.
Angiogram dah selesai, detik muntah yang nak dielakkan pun dah
dilalui, sekarang tunggu pahakiri aku boleh digunakan
seperti biasa dan esok baru dibenarkan pulang ke rumah.
Disebabkan
keesokkan hari aku akan discharge, aku nak sentuh 2 perkara iaitu tentang
makanan hospital dan juga nurse. makanan di sini perfect
walaupun hanya hidangan telur rebus berkuahkan sambal yang amat cair.
faktanya:
susah aku nak jumpa makanan yang sedap dan tak menyakitkan
aku. selalunya makanan yang sedap tu MESTI menyakitkan kencing aku,
hatta kicap je pun cukup untuk menyakitkan, jadi selalunya aku akan
tuang air masak sebagai kuah!.
Yang kedua pasal nurse, entah kenapa aku tak perasan kewujudan nurse ni sejak semalam, entah kenapa
baru malam ni aku perasan kewujudan dia, esok aku nak discharge dah woi
(betapa ruginya aku!), aku hanya tahu dia nurse HKL tahun 2014 syif malam
yang mencuri perhatian aku. mula mula dulu aku dengan penuh
semangat ingat satu per satu rentetan permulaan dia menegur aku,
kemudian apa yang berlaku, kemudia apa pula yang jadi, tapi sekarang aku
hanya ingat part conversation pendek aku dan dia pada waktu subuh
sewaktu dia sedang sibuk menjalankan tugas dan aku pula baru siap alas perut
dengan roti.
"Nak panggil nurse apa ni?, nama apa?". Dia jawab "Dayah".
3 April 2014: MRI
Mengenangkan aku yang kebudak budakan dan tak menunjukkan kematangan waktu di HKL tu, rasa macam rugi, lawak pun ada. hakikatnya cerita kewujudan dayah HKL tu habis macam tu je, entah betul atau tidak itu nama dia, yang pasti orang yang bernama dayah selalu muncul kemudian meninggalkan kesan pada aku sejak dulu lagi 😁.
Berselang2 minggu kemudian aku dibawa ke hospital besar yang berdekatan dengan tempat tinggal kami lagi sekali untuk menjalani pemeriksaan Magnetic Resonance Imaging (MRI).
Magnetic resonance imaging (MRI) adalah teknik yang menggunakan medan
magnet dan gelombang radio untuk menghasilkan imej terperinci bagi organ
organ dan tisu dalam badan. terdapat langkah berjaga jaga yang perlu
diberi perhatian sebelum proses tersebut, magnet MRI mungkin bertindak
balas dengan sebarang besi di dalam badan termasuklah perentak jantung
(pacemakers). mesin MRI adalah besar dan merupakan magnet berbentuk
tiub
kebanyakan orang dah pun dapat membayangkan prosesnya tapi saja aku
letak gambar ni sebab masa aku baring dalam terowong kecil dan sempit ni dulu sungguh feelingnya macam
masuk dalam mesin yang akan ubah aku jadi superhero
Pada 23 April 2014 kami datang semula berjumpa doktor pakar yang sama di
HKL untuk berbincang tentang rawatan lanjut berdasarkan hasil angiogram
dan MRI yang baru saja selesai dilakukan. pembuka bicara yang ringkas daripada doktor
pakar tersebut masa kami datang, "I don't expect this". menurut beliau
lagi, otak aku bengkak kerana air dalam kepala aku 5 kali ganda lebih banyak
daripada yang normal. dalam masa yang sama saiz AVM dalam kepala aku
bertambah besar (aku tak tahu nak guna term yang sepatutnya). masalah air yang banyak dalam
kepala tadi perlu diselesaikan dahulu barulah masalah utama dapat
dirawat, so pilihan yang ada hanyalah masukkan 'shunt' dalam kepala aku. patutlah sejak pertengahan bulan dua yang lalu (11 Februari 2014) aku mula sakit bahagian bahu kiri dan berhampiran dengan telinga dalam
sejarah hidup aku lepas koma ni.
Hidrosefalus merupakan penambahan jumlah Cecair Serebrospina (CSF)
yang berlebihan di dalam ventrikel ventrikel otak. cecair ini sebenarnya
melindungi, memberi khasiat serta membersihkan otak dan saraf tunjang. ia
dihasilkan setiap hari di dalam ventrikel otak.
Ketidakseimbangan
berlaku apabila CSF berkumpul dan tidak dapat mengalir dengan biasa
melalui ventrikel dan sistem saraf disebabkan berlakunya sesuatu
halangan. CSF yang berlebihan boleh menghasilkan tekanan di dalam otak
dan mungkin boleh menghasilkan kerosakan pada otak, juga masalah mental
dan fizikal.
Walau bagaimanapun, rawatan awal boleh mengelakkan masalah serius daripada berlaku. rawatan
paling biasa untuk keadaan ini adalah dengan meletakkan tiub yang
dipanggil hidrosefalus untuk mengalirkan CSF berlebihan dari kepala ke
bahagian lain di dalam badan di mana ia boleh dibuang secara semula
jadi. ia terdiri daripada injap untuk mengawal arah dan juga kuantiti
cecair yang akan disalirkan keluar. ia mengandungi 3 bahagian iaitu:
Kateter yang bersambung pada otak yang mempunyai CSF berlebihan
Injap untuk mengawal laluan CSF
Sistem tiub yang membawa cecair dari satu tempat ke tempat yang lain di dalam badan
Kemudian lihat juga video berdurasi 3 minit lebih ni.
Mak dan ayah aku tak perlu buat keputusan dalam bilik doktor ni serta
merta untuk bersetuju memasang shunt dalam kepala aku ataupun tak,
sebaliknya mereka diberi lebih kurang seminggu untuk memikirkannya
setelah kami pulang ke rumah nanti. kata doktor pakar tersebut keputusan
yang perlu dibuat kali ni bukan macam masa di HUSM dulu, 'do or die'.
sepahit mana pun hempedu terpaksa dihadapi demi penawar, itulah realiti
yang dipegang semua orang kan?. tapi mak dan ayah aku tak mungkin dan tak kan. rasanya ini adalah kali terakhir mak dan ayah rujukkan aku ke hospital buat masa ni.
Sekurang kurangnya lepas kami selesai berurusan dengan pakar
nuoro di HKL ni dah jelas tentang aku yang selalu berjaga lewat malam sehingga
koma dan makin berkurangan tekanan yang aku terima, hanya sekali sekala
keluar dari mulut sebahagian-daripada-mereka. kerana ada antara ayat doktor pakar tersebut yang mengatakan tak kira apa pun, AVM dalam kepala aku tetap akan pecah sampai satu peringkat umur.
Ni serba sedikit tentang AVM yang aku nak kongsikan:
Penyebab
cerebral arteriovenous malformation (AVM) tidak diketahui. keadaannya
berlaku apabila arteri dan vein di dalam otak bersambung terus tanpa
urat yang normal diantara mereka.
Arteriovenous malformation dalam
pelbagai saiz dan kedudukan di dalam otak. cerebral AVM boleh berlaku
kurang daripada 1% orang. walaupun keadaanya bermula sejak lahir,
simptom
boleh terjadi pada mana mana peringkat umur. pendarahan paling kerap
berlaku sekitar manusia tersebut berumur 15 - 20 tahun, tetapi boleh juga
berlaku lebih lambat dalam kehidupan seseorang.
Kebanyakan pesakit
tidak tahu mereka mempunyai AVM, dan kebanyakan mereka yang mempunyai
AVM pada peringkat permulaan memang tidak memberikan apa apa tanda yang
buruk. bagaimanapun, risikonya untuk pecah akan meningkat. akibat pecah
boleh jadi agak teruk.
Risiko pendarahan (pecah/rupture) daripada AVM:
10 tahun - 33.5%
20 tahun - 55.8%
30 tahun - 70.6%
40 tahun - 80.3%
50 tahun - 86.8%
Aku suka 2 gambar yang terakhir tu, feeling macam futher study bidang kedoktoran. haha.
Saja aku nak kongsi cara masak nasi tanpa perlu ukur air beras guna jari manis sebab rasanya cara tu sebenarnya bukanlah cara yang agak senang bagi orang yang jarang masuk dapur. lagipun ada baiknya aku kongsi cara ni mana tahu ada abang abang yang terpaksa memasak sendiri sementara menunggu kepulangan isteri yang berpantang di kampungnya selepas bersalin.
oh ya sebelum terlupa, cara ni mak sedara aku yang ajar semenjak aku mampu tinggal bersendirian sekali sekala. lepas aku koma ni, banyak benda yang aku lupa termasuklah Cara Masak Nasi dengan Sempurna. jadi ilmu daripada mak sedara aku ni menarik untuk aku kongsikan walaupun mungkin ramaiiii yang dah tahu cara ni..
aku guna bekas ni
Mula mula perkara yang perlu diambil tahu;
Bekas apa sekalipun yang kita guna untuk tanak nasi, bekas itu juga yang digunakan untuk airnya nanti.
1 pot nasi = 1 setengah air.
1 1/2 pot nasi =1 setengah air + 4/5 air
Aku nak berucap sikit sempena tamat nya drama bersiri Big Little Lies season 1 kat HBO harini walaupun aku terlepas episod 1, 2 dan 3, haha. aku tengok drama ni pun sebab ternampak iklan yang memaparkan 3 pelakon best ni. biasanya kan, orang yang mempunyai hubungan yang dekat / orang yang disayangi / orang yang dicintai / orang yang mendapat tempat dan keutamaan di hati kita, susah untuk kita lakukan sesuatu perkara yang membawa kepada perubahan yang besar (lebih kepada perkara yang negatif) di dalam ikatan antara kita dan orang tersebut.
Hanya kerana 'aku pernah dan masih sayangkan dia' , 'dia tak macam tu dahulu' , 'aku yakin dia akan berubah' , 'aku perlukan dia/tempat bergantung' , 'dia adalah kawan kepada kawan kepada kawan kepada kawan aku' dan lain lain lagi.
Dalam Big Little Lies pun akhirnya Bonnie Carlson yang dari jauh berlari dan tolak Perry Wright sehingga jatuh dari tempat tinggi. sedangkan dua orang kawan rapat kepada Celeste Wright (Nicole Kidman) yang ada berhampiran tak tergamak atau tak terfikir pula nak ambik tindakan agresif macam tu.
Ok aku rasa takda la betul sangat apa yang aku tulis ni so sekian terima kasih..