Assalamualaikum semua dan apa khabar...
(Erk perlu ke aku menyapa macamni untuk setiap entri blog aku?)..
maafkan di atas kedaifan aku menulis blog, blogging ni experience baru
tau. ramai yang pesan supaya rajin rajinkan lah diri pergi melawat blog
orang lain nak collect ilmu bagaimana cara mereka update blog, tapi tu
la nak harapkan aku membaca dari blog orang lain, kalau kena dengan masa
aku, banyak sungguh la pembacaan aku haritu.
Baiklah sambungan cerita sebelum ni..(
boleh baca di sini)..
Aku dibawa ke hospital berdekatan di daerah itu dahulu, kemudian aku
dipindahkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian. di
situ ada pakar otak..
Sewaktu aku dapat offer sambung belajar
selepas SPM dulu, salah seorang kakak aku menasihati supaya melakukan
solat sunat istikharah agar dapat membuat pilihan yang terbaik. dalam
beberapa tawaran yang aku terima, ada antaranya offer untuk sambung
belajar di matrikulasi di negeri aku menetap, tetapi uitm kelantan ini
menjadi pilihanku. sekarang mungkin ini hikmahnya, kalau tak silap rasanya pakar otak di
Malaysia hanya di beberapa tempat sahaja, antaranya di husm kubang
kerian, HKL dan beberapa tempat lain lagi.. sekurang kurangnya aku di
sini tidak terlambat dirujuk kepada pakar..
Setelah ahli keluarga aku
menerima berita ini, mak, ayah dan salah seorang kakakku dengan segera
terpaksa menempuhi perjalanan yang jauh ini.. perjalanan dari rumah kami
ke kelantan memakan masa 8jam. mungkin itu 8jam terpanjang dalam hidup
mereka!.
3 Oktober: operation kali pertama.
Sekitar jam
1:30 tengahari pada 2 Oktober, mak dan ayah aku dimaklumkan bahawa aku baru
sahaja dipindahkan ke husm Kubang Kerian. tiga orang ahli keluarga aku
yang berkesempatan untuk terus datang setelah menerima panggilan pagi
tadi akhirnya selamat sampai di Kubang Kerian jam 6 petang.
Setibanya mereka di sana, sudah semesti medical officer UiTM turut
berada di sana juga, beliau amat bertanggungjawab menguruskan banyak
perkara dalam hal ini. satu lagi pihak yang banyak membantu keluarga aku
adalah schoolmate aku yang perempuan tu bersama sama dengan kakak
saudaranya. kebetulan juga kakak saudaranya merupakan student master di
husm ketika itu, mereka banyak membantu dari mula lagi. sewaktu ahli
keluarga aku tersesat dalam perjalanan ke husm petang tersebut pun,
mereka sudah mula menghulurkan bantuan.. Terima kasih, baik sungguh
orang orang begini, semoga Allah membalas pertolongan semua orang yang
cuba membantu.
Tepat jam 12 tengah malam, mak dan ayah aku harus
membuat keputusan untuk pembedahan di kepala aku, pembedahan perlu
dilakukan kerana terdapat darah dalam otak aku di bahagian cerebellum.
secara officialnya, aku masuk bilik operation jam 3 pagi, 3 oktober 2011
untuk pembedahan kepala. lebih kurang dua jam aku dalam tu. pada masa
sekarang kakak aku simpulkan secara ringkasnya, segala yang mereka lalui
di awal babak di hospital dahulu tak jauh beza macam dalam drama drama
melayu, yang mana waris si pesakit harus buat keputusan di luar bilik
operation, waktu kemuncak bagi sesebuah drama melayu kan. tapi itu
lakonan, yang realitinya di sini.
4 Oktober: operation kali kedua.
Setelah menjalani pembedahan kali pertama di kepala pada pagi
3haribulan, aku dimasukkan ke unit rawatan rapi (icu). aku bagaikan
patung, kaku tidak memberi respon sekalipun dipegang oleh mak aku, yang
berbunyi hanyalah life support machine. pada keesokkan harinya pula
4haribulan Oktober, sekitar jam 9 pagi sekali lagi aku dimasukkan ke bilik
operation. apa yang diceritakan pada aku pembedahan kali kedua yang aku
jalani ini mungkin untuk menyelesaikan sepenuhnya pembedahan kali
pertama kerana pada pagi 3haribulan tersebut berkemungkinan mereka dalam
keadaan telah letih menguruskan pesakit yang agak ramai sebelum itu.
hmm aku sendiri tak berapa pasti pasal ni. operate kali kedua ni mungkin
juga untuk matikan urat yang masih ada bersimpul.
Yang pasti tengkorak kepala yang ditebuk lebih kurang sebesar duit syiling dua puluh sen yang lama.
Ok yang ni clear sikit, tapi gambar ni setahun selepas pembedahan.
Masa ni potong rambut guna tenaga orang yang jaga aku je, mak dan kakak
aku. disebabkan masa ni aku masih belum mampu untuk melangkah dan
menapak lagi, apatah lagi untuk berdiri sendiri, bergerak pun guna
kerusi roda dan kalau nak laju elok orang yang tolakkan kerusi roda tu,
maka terlalu rumit untuk bawa aku ke kedai gunting rambut. yang termampu
dilakukan, mereka pakaikan aku plastik alas meja untuk menutup badan
semasa kerja kerja memotong dijalankan. seorang sodok je la rambut aku
tanpa peraturan, asalkan berpotong. dan seorang lagi mesti jadi tukang
kipas aku, biasanya tugas mengipas tu digalas kakak aku. tukang kipas sangat diperlukan sebab ketika tu aku memang tak boleh panas langsung. ini 100% homemade lah ni.
5 Oktober: sain minta kebenaran penjaga untuk tebuk leher si pesakit.
Menurut doktor selain mangsa mangsa kemalangan jalan raya, pesakit yang
mengalami koma atau pengsan berpanjangan juga turut terdedah kepada
masalah kesukaran untuk bernafas secara normal di mana penyebab utamanya adalah kerana kecederaan laring (di leher) yang dialami pesakit. oleh sebab itu aku memerlukan alat bantuan pernafasan. seperti kebiasaan
pesakit yang menggunakannya, mereka akan bernafas melalui tiub ini dan
mereka juga tidak boleh bercakap secara normal kerana udara yang masuk
melalui leher yang ditebuk menyukarkan mereka bertutur.
Sedikit info untuk dikongsikan;
* Terima kasih info dari google tu tau..
Antara masalah yang dihadapi pesakit yang menggunakan tiub ini mereka
akan mengalami batuk dan kadang kala batuk tersebut berlendir. maka di sini tekak aku akan dijolok menggunakan seakan akan satu getah tiub
berbentuk straw untuk membuang kahak tersebut..
9 Oktober: pindah katil ( ICU 2 ke HDU 6 ).
Aku masih lagi di tempatkan di unit rawatan rapi (ICU) bilik 2 di wad
delima. ramai yang datang melawat sejak 2 haribulan tempoh hari, ahli
keluarga, kawan kawan rapat dan saudara mara dari luar negeri kelantan,
dari jauh mereka datang. lecturer lecturer tempat aku study, dan aku
diberitahu seluruh coursemate turut menziarahi aku, sungguh tak disangka
sebab aku pun belum tentu kenal mereka semua. khabarnya, 2 haribulan
yang lalu selesai urusan mereka di dalam dewan exam, mereka bergegas
melawat aku, memberi kata kata semangat "aku kuat" dan sebagainya. pasti
terganggu emosi mereka semua untuk exam ketika itu. aku tak pasti
kebenaran cerita tu, yang aku tahu antara perasaan terharu dan malu aku
tu sama banyak je.
Wayar penuh berselirat atas badan aku, ahli keluarga yang bercerita
pada aku pun tak pasti wayar apa semua ni, 20 wayar yang sempat mereka
kira, yang selebihnya tu masih banyak lagi.
Kira kira dua hari yang
lepas iaitu 7 Oktober aku telah sedar sepenuhnya, lebih kurang lima ke
tujuh hari aku koma. wayar di seluruh badan aku yang banyak itu mula
ditanggalkan. yang masih ada hanyalah wayar di dada, wayar di kepala,
kateter ataupun dalam bahasa mudahnya tiub saluran kencing, tiub di
hidung dan bantuan pernafasan di leher (tiub tracheostomy). kemudian
baru aku dipindahkan ke highdependcy unit (HDU) katil 6. masih lagi di
wad yang sama, wad delima.
10 Oktober: pindah wad Delima ke wad Intan, mereka belajar gerakkan sendi aku.
Aku dipindahkan pula dari highdependcy unit di wad delima ke wad intan
yang merupakan wad nuero ketika itu. boleh dikatakan hampir keseluruhan
hari hari aku di wad tu dihabiskan dengan demam, lebih kurang 2 minggu
juga la.
Seperti biasa jadual di hospital, setiap pagi pesakit
harus bersiap sebelum ketibaan doktor melawat wad, nurse nurse akan
menyediakan pesakit dalam keadaan yang cantik bersih. keesokkan paginya,
mereka yang menjaga aku diajarkan untuk menggerakkan tangan dan kaki
aku, aku perlu di fisio. takkan la nak dibiarkan terbaring kaku macam
sudah menyerah kalah. Teringat kata kata dari seorang penulis blog Aku
Kah Itu yang diuji dengan anaknya yang sakit, 'mata yang memandang tidak
akan tahu beratnya bahu yang memikul'.
12 Oktober: kaksu mula membantu.
Kalau tak silap aku, Su Yee(kaksu) ketika ini merupakan student degree
di husm. maaflah kalau aku silap mengeja dengan betul nama insan yang
bantu meringankan beban keluargaku ini. Beliau mula membantu menjaga aku
selepas dipindahkan ke wad intan dua hari yang lepas memandangkan hal
hal berkaitan penjagaan aku sangat berat, meletihkan mereka semua. letih
mental dan emosi mereka. dengan aku yang perlu difisio nya, diberi
minum susu ikut wayar susu, tekak aku perlu dijolok untuk buang kahak.
dan macam macam hal lagi yang aku sendiri tak sempat nak bersoal jawab
dengan mereka. Dari jam 8 pagi ke 8 malam beliau akan menjaga aku.
manakala jam 8 malam hingga 12 tengah malam giliran kakak aku.
seterusnya giliran mak aku pula yang menjaga aku sehinggalah jam 6 pagi.
14 Oktober: aku keluarkan lidah.
Berdasarkan catatan yang sangat ringkas daripada kakak aku disebabkan
sibuk menjaga aku, tiada apa apa perkara besar pun yang berlaku. cuma
dua hari lepas aku cuba untuk bercakap tapi tak boleh keluar suara. aku
sendiri memang tak ingat dan ingin tau apa yang aku mahu katakan masa
tu.. seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, aku tak dapat
mengeluarkan suara kerana tekak aku yang ditebuk.
Untuk 14haribulan
pula, kakakku sekadar ingin menyatakan pada hari tersebut aku sudah
bergerak sedikit, untuk permulaan aku telah mengeluarkan lidah. bukan la seperti dalam ICU yang hanya terbaring je. kaku dan bisu.
16 Oktober: mula buang air besar.
Ini adalah kali
pertama sejak 2 haribulan yang lepas. seperti catatan yang teramat
ringkas dari kakak aku, 2 hari kemudiannya pun perkara yang sama berlaku.
doktor ada memberikan sejenis ubat kepada aku kerana hal ini berlanjutan
walaupun aku telah sedar dari koma dan ini membimbangkan mak aku.
20 Oktober: buat angiogram jam 2:45 petang.
Memandangkan ahli keluarga aku datang dari jauh ke Kelantan dan sudah
hampir 3 minggu mereka bersusah payah tinggal di sini sementara menunggu
aku, mak aku bercadang untuk balik. keadaan aku yang 50-50 ke arah mati
tu di tambah pula permintaan untuk pulang ke tempat kami dapat la
dipertimbangkan. angiogram perlu dibuat untuk report mereka supaya mudah
nak refer kan kes aku ke mana.
Angiogram masa ni aku tak ingat satu
habuk pun. tapi peluang aku untuk merasai 'pengalaman angiogram' ni
datang sekali lagi pada tahun 2014. Pada penghujung tahun 2013 aku kerap
muntah muntah. kali terakhir muntah waktu tu ada sedikit darah (tapi
darah tu doktor kata bukan indikasi apa apa pun, mungkin tekak aku
terluka masa muntah je).
Rentetan itu, mak aku usahakan untuk rujuk
masalah aku di hospital terdekat. setelah berbincang dengan pihak
hospital, mereka aturkan appointment aku di HKL bulan tiga 2014 untuk
menjalani angiogram. Mula mula aku masuk satu bilik khas, mak
aku perlu tunggu di luar. setelah aku baring dan dikelilingi 5 ke 6
orang yang aku sendiri tak pasti apa pangkat mereka, mereka mula
'mengerjakan' aku.. pangkal paha kaki kiri aku disuntik, kemudian tak
lama lepastu ada satu alat macam skrin besar atas kepala aku. dalam
keadaan mata aku yang terpejam, aku dapat lihat cahaya bergerak pada
skrin tu sama macam mesin photostate. dan ada ketika ketikanya, bahagian
pipi aku terasa panas secara tiba tiba, kemudian beralih ke bahagian
mata aku pula panas. takut juga la. masa tu aku ditegur sebab
mengerutkan dahi, jangan buat pergerakan yang terlalu besar katanya.
hehe manalah aku tau. setelah selesai, akhir sekali mereka mencabut
seakan akan satu dawai melalui pangkal paha kiri aku dan tunjukkan ke
arah aku sambil lalu saja, mungkin dawai tu sepanjang paku 5 inci yang
dipenuhi darah. tapi diameternya bukan setebal paku, hanya seperti dawai
besi.
26 Oktober: tekak ditutup.
22 Oktober yang lalu aku
sudah tidak menggunakan bantuan pernafasan. cuma tiub tracheostomy
masih ada di leher aku walaupun tong oksigen sudah tidak digunakan.
beberapa hari selepas tidak menggunakan bantuan pernafasan aku masih
lagi batuk, tapinya hanya batuk kosong tiada kahak. harini tiub
tracheostomy tu pula dicabutkan dari leher aku. leher aku tu kalau tak
ditutup memang berlubang la buat masa ni, jadi menurut cerita kakak aku
dia pun tak sure mungkin ada macam kain atau kapas yang menutupi tekak
aku tu. orang yang bekerja di hospital pasti faham apa yang aku
maksudkan ni.
Maka bermulalah kehidupan aku tanpa alat bantuan
pernafasan, tanpa tiub tracheostomy, tanpa suara. untuk beberapa bulan
pertama ni aku akan menjadi bisu atau mungkin selamanya, eh tapi waktu ni aku memang tak bercakap pun, apa yang aku nak cakapkan? pandangan aku
pun tembus ke dinding, badan aku keras. susah untuk mereka kendalikan
aku.
27 Oktober: pindah ke Wad Selatan, cabut sendiri wayar hidung.
Episod episod terakhir kami di kelantan, aku dipindahkan ke wad selatan
pula kali ini, wad selatan yang merupakan wad biasa sahaja..
Kata kakak aku, aku sangat buas waktu di wad ni. kali pertama aku cabut
sendiri wayar dari hidung, kemudian nurse akan pasangkan semula.
beberapa kali benda ni berulang dan akhirnya wayar susu tadi terus tak
dipasang terus. akhirnya aku tak lagi menggunakan wayar susu di hidung,
sebaliknya makan bersuap saja.
29 Oktober: tak pakai kondom.
Satu malam di wad Selatan mak aku meminta nurse untuk mengikat aku atas sebab kenakalan aku yang tak mahu tidur malam tu, bergerak gerak,
beralih alih, tidur terbalik, aktif sangatlah maksudnya ni.. aku mula buas setelah berpindah ke wad ini sejak
beberapa hari yang lalu. kata nurse lelaki di situ, itu tandanya aku
normal, sihat..
Hari ini juga kateter telah ditanggalkan daripada
badan aku secara rasmi dan diiktiraf, bukan aku yang menanggalnya
sendiri, dan bermulalah kehidupan aku memakai pampers semula di usia
yang hampir mencecah 20an.
30 Oktober: jejak kaki atas lantai.
Dengan bantuan Su Yee dan kakak aku, aku cuba untuk bangun. badan aku
mengiring ke sebelah tepi, aku menggunakan kedua dua belah tanganku
menolak badanku sepenuh tenaga sambil dibantu oleh mereka sehingga kaki
aku dapat diturunkan dari katil. konon je nak bangun tu, itu pun orang
tolong.
Sekitar awal bulan depannya pula aku ditransferkan ke hospital di negeri kami menetap, dekat la sikit..
P/s:
maaf la kalau ada jalan cerita yang kurang betul, tentang pembedahan
ataupun segala fakta berkaitan urusan di hospital yang kurang tepat.
harap pihak yang terlibat tak terasa hati, baik ahli keluarga sendiri
mahupun orang orang yang membantu, macam nak kena reka
fairytale pula.
Akhir kata, kepada seluruh umat Islam selamat berpuasa untuk beberapa hari lagi yang tinggal..