Wednesday, August 31, 2016

'Bersyukur' bukan ketika musim kemerdekaan sahaja






Merdeka . .
Merdeka . .
Merdeka . .
(Suka hati kau lah nak 3 kali atau 7 kali, yang penting laungkan dengan penuh semangat ye)



Apabila bercerita tentang kemerdekaan, kerap kali dikaitkan dengan nilai sebuah kebebasan, susah payah mencapai kemerdekaan di tanah air sendiri, ataupun boleh jadi bersyukur dengan keamanan@kedamaian@ketenangan yang diperolehi.
Ya kita patut bersyukur(sebut cukuur~) di atas kemerdekaan yang diperolehi. tetapi kali ni aku bukan nak bercerita pasal kemerdekaan pun, cukup aku terjemahkan semangat patriotisme aku kat atas sekeping kertas lukisan ni. di sini aku hanya nak sentuh tentang 'syukur' yang menjadi elemen penting di sebalik cerita kemerdekaan. tetapi dari sudut yang berbeza, lebih kepada apa yang berkait dengan kehidupan seharian kita. Hmm macam pening je ayat aku ni.



....



Mungkin aku ni hujan..
Kadangkala dipuji.. kadangkala dikeji..
Namun aku tetap turun membasahi seisi makhluk
Yang memanggil manggilku..
Saban hari..
Manusia yang beremosi.....
Lebih aku benci dari daun yang sepi.




Aku pernah berkawan di alam maya dahulu dengan seseorang yang berbakat dalam penulisannya pada pandangan mata aku, dan ini merupakan hasil tulisan tangannya, aku admire sangat dengan yang ni so aku simpan.
Nukilan ni tak menceritakan secara keseluruhannya tentang diri si penulis yang diibaratkan seperti hujan. atau tidak juga menceritakan segala bakti dan layanan yang diterimanya semula.
Seperti yang telah dijelaskan pada aku, ini cerita perihal orang orang yang merungut tentang rezeki.
Hujan itu kan rahmat, bila turunnya hujan ada saja yang merungut. begitu juga kalau sebaliknya yang berlaku, berminggu minggu tak hujan, apatah lagi berbulan bulan, pasti ada yang merungut.
Ayat last sekali tu baru menceritakan tentang diri si penulis, cerita akan kebencian terhadap golongan tadi menebal berbanding orang yang hidup susah lagi tidak merungut (diibaratkan seperti daun yang sepi).

Ini nasihat untuk diri sendiri jugak, sama samalah kita.. dan kesimpulannya di sini, tak usah lah kita duk merungut je. kalau memang 'jenis' kita yang suka merunguttt ni / dalam bahasa lembutnya-suka describe secara negatif sesuatu situasi itu, apa kata bila kita mendapat satu benda yang dikira nikmat, ucapkan alhamdulillah ataupun kalau yang bukan Islam tu cuba berterima kasih pada tuhan kau ataupun tunjukkan dengan cara kau 'menghargai'.. Ingat, bila perkara yang tak disenangi berlaku, jangan tahu nak Describe Secara Negatif je. selalukan jugak diri tu nak bersyukur dan menghargai pada perkara baik yang datang kepada kita, biarpun sekecil kecil perkara.


-Satel

2 comments :

  1. Bila baca artikel ni baru GV perasan kadang GV merungut juga dengan hujan turun tetiba. huhu. Tetapi hakikatnya hujan itu adalah rezeki dan rahmat daripada Allah SWT. Betul cakap Mr Cahaya. Kita jangan describe secara negatif saja kerana pasti hikmah disebaliknya dan sentiasa bersyukur walau sekecil-kecil perkara sepertimana Mr Cahaya katakan. Semoga kita semua sentiasa dipermudahkan di dalam semua urasan dan sentiasa berada di dalam keredhaanNya. InsyaAllah.Aamin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ya in shaa allah..
      Bila kita bukak paip, air yg keluar mengalir laju, kita sekadar tersenyum sbb air tu cukup memenuhi kehendak kita.. Bila kita buka paip, air yg keluar mengalir perlahan, kita pun merungut.. Kenapa waktu air yg laju, kita x menzahirkan syukur kita lebih jelas drpd waktu kita merungut?..

      Delete