Sunday, October 23, 2016

Jangan pernah jemu mendengar nasihat





Kata orang, iman manusia biasa macam kita kita ni ada turun naiknya. hmm macam tak kena pulak pembuka bicara aku ni.
Ok yang utamanya bukan nak cerita pasal iman pun, tapi nak bagitahu, aku bab nak dengar nasihat/baca kata kata penuh motivasi ataupun nak menerima teguran, kalau aku bukan dalam mood yang boleh 'duduk diam tutup mulut pasang telinga bukak hati', aku sendiri pun malas nak dengar, baca apatah lagi mencari kata kata yang dianggap baik dan positif. jadi kalau kebetulan kau tengah bersemangat mencari quote dan seumpamanya, aku nasihatkan habiskan pembacaan kau, hayati setiap baris dan hadamkan segala yang telah kau baca. jangan sia sia kan mood baik yang datang sekali sekala tu.

Satu masa dulu facebook merupakan satu satunya medium yang aku jadikan tempat mencari benda benda yang positif, kemudian aku salin ke dalam buku (dulu aku takde gadget untuk screenshot quote so kena guna cara manual) untuk dibaca pada masa akan datang ketika mood aku ingin mencari kata kata positif sebagai perangsang. antara status facebook kawan aku Muhaimin, yang bertarikh 5 disember 2013:




Kau boleh pinjam baju aku,

Aku boleh pinjam baju kau,

Tapi selesanya takkan sama.




Sama juga ujian,

Berat bagi aku, mudah bagi kau,

Manis bagi aku, pahit bagi kau,

Kerna

Tuhan uji semampunya kita.

Monday, October 17, 2016

5 langkah mudah lakukan sujud syukur






Orang kata tajuk entri yang ada angka ni mampu menarik viewers, harap harap lepas ni bertambah la pageviews blog ni. hehe.

Ok bismillah..
Sujud syukur adalah sujud yang dilakukan kerana mendapat nikmat daripada Allah swt. tetapi harus diingatkan bahawa hukum sujud syukur hanya lah sunat apabila dilakukan kerana mendapat nikmat yang besar dan jarang jarang berlaku sahaja. contohnya apabila dapat mendirikan rumahtangga atau mendapat pekerjaan, serta contoh contoh lain yang bagi kita adalah satu nikmat yang besar dan jarang berlaku seperti dapat ke Mekah untuk menunaikan umrah atau haji, ditaja percutian ke luar negara 30 hari 29 malam misal kata di Venice Itali. tetapi sekiranya nikmat tersebut biasa biasa sahaja seperti dapat menyuap makanan ke mulut yang memang sebahagian daripada rutin harian atau seangkatan dengannya maka hukum sujud syukur itu tidaklah sunat tetapi bida'ah. hukum sujud syukur menjadi makruh pula apabila dilakukan pada waktu waktu yang dilarang mengerjakan solat sunat seperti selepas solat Subuh atau selepas solat Asar, meskipun pada ketika itu berlaku perkara yang menyebabkan kita mahu lakukan sujud syukur. selain itu juga kita tidak dibenarkan melakukan sujud syukur ketika mendengar khutbah Jumaat.

Firman Allah yang bermaksud:
"Dan sesiapa yang bersyukur, maka sesungguhnya faedahnya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, (tetapi) sesiapa yang kufur (tidak bersyukur)(maka tidaklah menjadi hal kepada Allah) kerana sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji". (Surah Luqman: 12)

Dan juga sabda nabi yang bermaksud:
"Dari Abu Bakrah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. apabila telah datang kepadanya suatu urusan yang menyenangkan atau beliau gembira kerana sesuatu, beliau sujud ke tanah sebagai tanda terima kasih kepada Allah SWT". (Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi)



Firman Allah yang lain di dalam Surah Ibrahim ayat 7 yang berbunyi;

 لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
Maksudnya: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".



Cara untuk melakukan sujud syukur ini taklah susah sangat. malah tak sampai 3 minit atau kurang dari tu lagi. pertama sekali untuk sujud syukur tidak perlu:
  • berwudu' kerana ia dilakukan di luar waktu solat.
  • membaca Al-fatihah atau apa apa rukun solat selain daripada niat, takbir, sujud dan salam.

Gambar sekadar hiasan
 
Manakala cara melakukan sujud syukur adalah seperti berikut:

1. Mengadap kiblat dan niat, "sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala"
2. Takbiratul Ihram / sebagaimana takbir dalam solat
3. Sujud sekali sahaja dengan membaca bacaan sujud syukur ataupun bacalah doa sepertimana doa sujud di dalam solat.

Untuk bacaan sujud syukur:

سُبْحَانَكَ اَللَّهُمَّ اَنْتَ رَبِّي حَقَّا حَقَّا، سَجَدْتُ لَكَ يَارَبِّ تَعَبُّدًا وَرِقًّا. اَللَّهُمَّ اِنَّ عَمَلِي ضَعِيْفٌ فَضَاعِفْ لِي. اَللَّهُمَّ قِنِي عَذَابَكَ يَوْمَ تُبْعَثُ عِبَادُكَ وَتُبْ عَلَيَّ اِنَّكَ اَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ.
Maksudnya: "Maha Suci Engkau. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku yang sebenarnya, aku sujud kepada Mu ya Rabbi sebagai pengabdian dan penghambaan. Ya Allah, sungguh amalku lemah, maka lipat gandakan pahalanya bagiku. Ya Allah, selamatkan aku dari seksa Mu pada hari hamba hamba Mu dibangkitkan, terimalah taubatku, sesunguhnya Engkau Maha Menerima taubat dan Maha Penyanyang.

4. Bertakbir sekali lagi untuk bangun daripada sujud.
5. Kemudian beri salam tanpa membaca doa tasyahud.







Selamat beramal semua, dan sebagai nota kaki: waktu aku form 1 dulu senior senior kat asrama selalu guna ayat إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ , nampak tegas dan memang menakutkan aku.

Tuesday, October 11, 2016

Kisah Nabi Ayub a.s menghadapi ujian Allah





Assalamualaikum..

Kali ni aku nak cerita tentang kisah Nabi Ayub a.s. Salah satu nabi yang terkenal dengan kesabaran dan ketabahan menghadapi ujian Allah

Sebelum Nabi Ayub a.s. mendapat ujian yang berat terdapat malaikat yang berkata, "aku tak pernah melihat seorang manusia yang hidup di atas bumi Allah yang lebih baik daripada Ayub. dia adalah seorang mukmin sejati dan ahli ibadah yang tekun. walaupun mempunyai harta yang banyak, namun sebahagiannya digunakan untuk membantu fakir miskin. hari harinya terisi penuh dengan ibadah, sujud kepada Allah dan bersyukur atas segala nikmat yang ada". para malaikat mengakui kebenaran itu bahkan menyebut lagi beberapa sifat dan tabiat yang lain yang ada pada diri Nabi Ayub. Percakapan para malaikat yang memuji muji Nabi Ayub itu didengari oleh iblis laknatullah. iblis berasa sakit hati dan geram mendengar kata kata pujian para malaikat. mereka tak rela melihat seorang daripada anak cucu Nabi Adam menjadi seorang mukmin yang baik, ahli ibadah yang tekun dan melakukan amal soleh.

Maka iblis pun mendatangi Nabi Ayub untuk melihat sejauh mana kebenaran pujian para malaikat itu. ternyata memang benar Nabi Ayub patut mendapat segala pujian itu, siang dan malam sentiasa berada di mihrabnya untuk melakukan solat, berzikir, bertasbih dan bertahmid. iblis pun menggoda Nabi Ayub supaya asyik kepada dunia namun usahanya gagal. telinga Ayub pekak terhadap segala bisikannya dan hatinya sudah penuh dengan iman dan takwa. cinta dan taatnya kepada Allah merupakan benteng daripada serangan godaan iblis. tetapi iblis masih tak berputus asa lalu menghadap Allah untuk menghasut. ia berkata, "wahai Tuhan, sesungguhnya Ayub yang menyembah, bertasbih dan bertahmid menyebut nama-Mu, tidak berbuat demikian seikhlas dan setulus hatinya kerana cinta dan taat pada-Mu. ia melakukan semua itu kerana takut akan kehilangan semua kenikmatan duniawi yang telah Engkau kurniakan kepadanya".

Lalu Allah berfirman, "Sesungguhnya Ayub adalah seorang hamba-Ku yang sangat taat kepada-Ku, ia seorang mukmin sejati, apa yang ia lakukan untuk mendekati dirinya kepada-Ku adalah semata mata didorong oleh iman yang teguh dan taat yang bulat kepada-Ku".
Seterusnya Allah mencabar iblis supaya menggoda Nabi Ayub a.s. yang terkenal sebagai seorang yang beriman dan bertakwa. setelah itu, iblis pun mengumpulkan syaitan syaitan, pembantunya dan bersepakat untuk merosakkan akidah dan iman Nabi Ayub. caranya adalah dengan memusnahkan ladang dan harta kekayaannya sehingga ia menjadi seorang yang miskin, cerai beraikan keluarganya sehingga ia menjadi sebatang kara. Nabi Ayub juga diuji dengan penyakit kulit yang teruk dan bermacam macam penyakit yang lain sehingga baginda menjadi sangat kurus. isteri yang dikasihinya juga meninggalkannya lantaran termakan pujukan syaitan durjana.

Maka datang lah iblis itu menyamar sebagai lelaki dan mencuba untuk menggoda Nabi Ayub a.s supaya tidak berharap pada Allah. iblis berkata, "Sungguh malang nasib mu wahai Ayub, dulu kamu orang kaya sekarang kamu miskin. kasihan sekali dengan kamu".
Tapi Nabi Ayub a.s menjelaskan dengan penuh ketabahan, "Segala puji bagi Allah, Allah telah mencurah diri ku nikmat, dimana nikmat itu adalah hak milik Allah. dan saat Allah ingin kembali nikmat tersebut diambil. maka Allah layak untuk mengambil nya dan aku sangat bersyukur kepada Nya".

Pada satu saat, Allah menguji lagi ketabahan Nabi Ayub a.s. di mana baginda ditimpa ujian dengan kematian anak anaknya yang soleh, yang selama ini menyokong perjuangan baginda. anak Nabi ayub a.s kesemuanya ditakdirkan mati di dalam sebuah gempa bumi yang dahsyat.
Iblis datang lagi mengambil kesempatan terus menerus menghasut Nabi Ayub a.s, "Wahai Ayub, apa yang ada pada mu? harta benda mu telah pun hilang, anak anak kamu semua nya telah diambil kembali oleh Allah. apa yang ada pada kamu?". lalu Nabi Ayub a.s menjawab dengan penuh rendah hati, "Anak-anak itu adalah milik Allah. Dia yang menghidup kan dan Dia jua yang mematikan. segala puji bagi Allah". Nabi Ayub a.s. tidak putus asa kepada Allah walaupun telah kehilangan segala galanya, tapi baginda redha selagi tidak kehilangan cinta Allah. inilah sifat dan ciri ciri orang yang beriman kepada Allah. tidak putus asa walau apa jua sekali pun, kerana mereka tahu ujian itu adalah satu didikan langsung daripada tuhan. Allah mendidik kita melalui kesusahan, kesenangan, pujian mahupun cercaan.

Iblis tetap tidak putus asa lalu dia berjumpa dengan isteri Nabi Ayub a.s yang setia kepada suaminya, mengurus dan menjaga diri Nabi Ayub a.s , dan isterinya Rahmah telah terpedaya dengan iblis. sebelum isterinya meninggalkan Nabi Ayub, dia mengadu keluhannya kepada suaminya Nabi Ayub a.s, "Wahai suami yang ku sayangi, sampai bila kah Tuhan mu akan mengazab mu! dulu kita senang, kita dikelilingi dengan anak anak yang soleh, kita dikurniakan kesenangan harta benda, kita dipandang tinggi oleh masyarakat. kenapa kau tidak mohon saja kepada Tuhan mu wahai suami ku, agar Tuhan membebaskan kita daripada kesusahan ini". lalu Nabi Ayub a.s memberi jawapan dengan pertanyaan, "Wahai isteri yang ku sayangi, tadi kau sesali anak anak yang telah pergi, dan kau lagi sesali harta yang telah habis dan juga menyesali penyakit yang menimpa suami kamu ini. aku ingin bertanya, berapa lama tempohnya Allah memberikan kita sebuah kehidupan yang senang lenang dengan segala harta, kemewahan, anak-anak, dengan kesihatan?"

"80 Tahun" jawab Rahmah.

Nabi Ayub bertanya lagi, "wahai isteri, berapa lama kita menderita dan sengsara di muka bumi Allah ini?"

"7 tahun" jawab Rahmah.

Lalu Nabi Ayub a.s menadah munajatnya kepada Allah dengan rendah hati dalam pilu dan sedih,
"wahai Allah, aku malu untuk memohon agar Engkau bebaskan aku daripada penderitaan dan kesusahan ini. aku malu kerana nikmat yang telah Engkau berikan kepada kami selama 80 tahun, sama sekali tidak setanding dengan kesusahan yang dialami 7 tahun ini"
"ya Allah, sesungguhnya isteri ku telah dihasut syaitan, andai aku diberikan kesempatan kesembuhan oleh Allah, pasti akan aku sebat isteri ku 100 kali sebatan sebagai hukuman.
Dan untuk mu wahai isteri ku Rahmah, aku tidak akan makan dan minum lagi apa apa dari hasil tanganmu itu mulai pada saat ini! aku tidak akan meminta tolong lagi daripada kamu wahai isteri ku. tinggalkan saja diri ku menerima ketentuan daripada Allah".

Maka tinggal lah Nabi Ayub bersendirian keseorangan. Al Quran menggambarkan munajat Nabi Ayub a.s merayu merintih pada Allah. maka tinggallah Nabi Ayyub sendirian dalam kesakitan namun baginda tetap tabah dan sabar kerana yakin dan beriman bahawa Allah sentiasa bersamanya.


Firman Allah SWT maksudnya, "Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani. Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya, serta Kami kurniakan kepadanya: keluarganya, dengan seganda lagi ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang orang yang taat kepada Kami (supaya bersabar dan mendapat balasan baik)." (Surah al-Anbiya' ayat 83-84).


Allah lalu mewahyukan kepada Nabi Ayub a.s. supaya menghentakkan kakinya ke tanah supaya keluar air daripada tanah tersebut. air yang keluar itu hendaklah diminum dan digunakan untuk mandi agar segala penyakit yang dihidapi nya menjadi sembuh.
Sebagaimana firman Allah di dalam surah Shaad ayat 42, maksudnya "(Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya) : “Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu", (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya) : "ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin)".

Nabi Ayub dipilih sebagai nabi dan teladan yang baik bagi hamba hamba-Nya sehingga dikenali sebagai simbol kesabaran.

Thursday, September 29, 2016

Klinik homeopati di Sitiawan Perak




Sesiapa nak try untuk ke tempat ni sangat digalakkan. bagi yang belum pernah menjejakkan kaki di sitiawan ni, hatta ke Perak pun belum pernah Cuti Cuti Malaysia, bolehlah mencubanya. cuma sedikit pesanan, untuk ke sini nanti tak perlu masuk sampai ke bandar pun, ia terletak di kampung sitiawan, ada signboard tulisan kecil yang tertera 'kampung sitiawan' di tepi jalan.
kemudia selepas dah masuk simpang tu teroka la sikit, pusing pusing dalam kampung tu nanti pasti akan jumpa benda alah ni,


Haa bila dah jumpa benda ni, maknanya tak sesatlah tu.
Lepastu boleh la park kereta di mana mana, kemudian untuk masuk ke klinik tu kena berjalan kaki melalui cafe yang ada di situ sebelum sampai ke main entrance klinik tersebut (pintu kaca).
Kalau dah jumpa pintu tu jemputlah masuk dan terus ke kaunter depan macam yang aku cerita pada seorang brade newbie dulu dalam entri Tempahan Untuk Katering


Kemudian setelah selesai urusan ber-manis-mulut di kaunter dengan nurse nurse yang ada, sila tunggu.

masa untuk pesakit lelaki gunakan gym adalah dari jam 7:30-9:30 pagi, siapa yang nak sangat bangun awal pagi melainkan terpaksa atau ada perkara yang perlu dilakukan.









Ok nah bahagian dalam gym,








Akhir kata untuk entri kali ni, nah aku letak sekali addressnya.












Friday, September 23, 2016

Tempahan Untuk Katering !!




Hari Rabu beberapa hari yang lalu aku ke klinik homeopati di Perak untuk berubat. selesai aku menggunakan gym di situ, difisio dan sebagainya, aku bersarapan di cafe yang ada di bahagian hadapan ataupun di luar klinik tersebut. tengah tengah aku survey makanan yang ada di situ, aku ternampak bussiness card ni. secara tak langsung aku terasa nak promote.


Buat masa ni perkhidmatan yang ditawarkan kat area Perak sahaja.
sedar tak sedar Mahabbah Cafe Catering ni telah wujud sejak 5 tahun yang lepas cuma di Perak ni je baru 2 tahun, jadi soal pengalaman jangan risau, in shaa allah tip top.

Tak sampai beberapa minit lepas aku merenung bussiness card berwarna hitam ni ada pula satu orang brade datang ke arah aku lalu bertanya, "err tumpang tanya, kat mana nak masuk jumpa doktor ye?. aku dengan lagak macam abang kawasan tu pun menjawab dan memberi penerangan agar brade tu faham dan tak tanya dah.

Setelah aku memilih makanan dan duduk tunggu makanan sampai di meja makan, brade tadi keluar. uii sekejap betul dia masuk dah pun keluar, takkan dia datang sini buat lawatan sambil belajar di klinik homeopati kot. mulut aku masa tu ringan pula untuk bertanya, "dah siap berjumpa nurse di kaunter depan tu ke?". oh patutlah, rupa rupanya brade tu datang bukan dia yang nak berubat, dia tolong usha kan untuk membe dia yang berada di cheras.

Mee goreng dan telur mata dah sampai so aku makan dulu, dia pula ntah atas dorongan apa duduk sekali di meja aku makan tu. ahh baru aku teringat aku tak bermanis mulut pelawa brade tu makan.

Borak punya borak sambil aku makan dan dia hanya minum je, brade tu ada cerita sebelum ni dia ada temankan ayah dia ke sini sekali sekala tapi sebelum cafe ni dibina serta beroperasi dan juga sebelum klinik ni dinaiktaraf, patut la brade ni macam newbie. erk

Dia cerita dia, kemudian aku tanya, aku cerita aku, kemudian dia pula yang bertanya, babak ni berlangsung selama lebih kurang 40 minit. akhir sekali di hujung perbualan kami brade ni tanya berapa umur aku, aku pun bagi jawapan yang jujur. kemudian aku tanya pula berapa umur dia, dia gelak dan katanya umur dia 40 lebih (aku tak ingat, yang pasti awal 40an).
Kahkahkah kami berdua rasa tertipu dengan rupa dan perwatakan antara satu sama lain, aku ingatkan dia brade berumur 30 + rupa rupanya pangkat pakcik dah. dan dia pula sangka aku dah level orang berumahtangga padahal aku baru habis dunia mumaiyyiz.


Tuesday, September 13, 2016

Tanda-tanda ego


(Sekadar perkongsian.. copy paste je senang.
Selamat membaca)



Sedikit sangat orang yang memiliki sifat ego, yang dia menyedari bahawa dirinya memiliki sifat keji tersebut. Natijah tidak menyedari adanya ego itulah maka tercetus berbagai perselisihan dan sengketa di dalam masyarakat. Ini berpunca kerana masing-masing dengan sifat ego tersebut bertembung dengan orang lain yang juga memiliki sifat yang sama. Dalam Keadaan mereka sama-sama pula tidak menyedari memiliki sifat ego.


Untuk mengetahui samada memiliki sifat ego atau tidak maka perlulah disuluh dengan ilmunya. Ilmu yang menjelaskan tentang ciri-ciri ego tersebut. Namun begitu bukanlah mudah untuk membuang sifat ego itu biarpun sudah mengetahui ciri-cirinya. Kerana ego adalah sifat keji pada batin. Ego adalah salah satu mazmumah yang bersarang di hati. Sebarang mazmumah bukan mudah hendak dikikis atau dipadamkan. Mazmumah tidak seperti penyakit lahiriah yang mudah diubat. Doktor malah doktor pakar memang bersedia merawat penyakit lahiriah. Penyakit batin atau mazmumah hanya boleh dirawat oleh mursyid yang benar-benar arif. Mursyid inilah yang sangat sukar ditemui. Betapalah pula manusia kini sudah tidak peduli dan tidak berminat untuk mengubati penyakit batin.

Sifat ego adalah penyakit batin. Ianya adalah abstrak atau maknawiyah, yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Namun tetap dapat dikesan melalui tanda-tanda lahiriah pada sikap seseorang itu. Atau dengan kata lain, sifat ego itu ada manifestasi atau implikasinya. Berdasarkan sikap dan tanda-tanda yang terserlah itulah dapat mengenali seseorang itu memiliki sifat ego. Di antara ciri-ciri ego itu adalah seperti berikut :-



Menolak Tuhan. Inilah peringkat paling tinggi keegoan manusia. Tidak mahu mengakui akan kewujudan Tuhan ini yang menjadikan mereka berada di dalam kekufuran.
Menolak kebenaran. Biarpun terdapat golongan yang mengakui kewujudan Tuhan namun mereka yang salah faham akan keliru tentang Tuhan turut meletakkan diri mereka di dalam kekufuran. Turut berada di dalam kategori ini ialah mereka yang menolak kerasulan Nabi Muhammad. Terdapat pula yang mengakui Allah SWT dan kerasulan Nabi Muhammad, namun mereka menolak kebenaran ajaran Allah SWT dan Rasulullah. Mereka yang seumpama ini boleh jatuh kepada murtad atau kufur. Penolakan atas dasar lemah iman dan tidak boleh melawan tuntutan nafsu, syaitan dan kepentingan dunia maka kedudukan mereka sebagai zalim. Andainya berpunca dari kejahilan, namun tidak terlepas juga sebagai mereka yang ego tinggi yang dihukumkan sebagai fasik.
Golongan ini pula sangat meremehkan dosa pahala dan tidak suka memperkatakannya. Apa sahaja yang dibuat tidak mahu dikaitkan dengan persoalan dosa pahala atau halal haram. Keegoan mereka ini seolah-olah mahu bebas. Tidak mahu adanya sebarang keterikatan dengan hukum Allah SWT. Begitu juga dalam kontek kekuasaan Allah SWT, mereka tidak mahu mengaitkan sesuatu peristiwa atau perkara itu dengan bukti kekuasaan allah SWT yang Maha Kuasa. Sesuatu kejadian samada kejayaan, kegagalan mahupun musibah pada mereka lebih nampak kepada sebab atau faktor kejadian tersebut. Dalam soal usaha ikhtiar, mungkin juga boleh diterima sebagai faktor sebab yang terhasilnya sesuatu yang hakikatnya dengan izin Allah SWT. Apa yang anehnya sebagai memperlihatkan ego adalah bencana alam seperti gempa bumi, banjir, kemarau, jerebu, tanah runtuh yang sifatnya tidak ada campur tangan manusia, pun tidak mahu disandarkan kepada kekuasaan Allah SWT. Lantas dengan cepat mereka mengatakan itu semua adalah lumrah alam atau perkara biasa.
Tidak mahu menerima dari orang atau pihak lain. Seolah-olah merasa rendah atau tercabar atau terhina andainya kebenaran itu keluar dari mulut orang lain. Lebih-lebih lagi sekiranya sesuatu yang benar itu datangnya daripada orang bawahannya atau orang yang dianggap status sosialnya lebih rendah.

 
Ego juga dapat dilihat bilamana seringkali menzalimi orang lain apabila seseorang itu memiliki kuasa. Dia akan gunakan kuasa itu bukan sebagai amanah atau tanggungjawab tetapi sebagai peluang untuk menindas atau mendatangkan kesusahan kepada orang lain. Andainya roda pusingan kehidupan menjadikan gilirannya pula berada di bawah atau menjadi pengikut, ketika itu dia akan menjadi orang yang paling sukar untuk taat setia kepada pihak atasannya. Egonya itu membuatkan dia menjadi amat sukar untuk tunduk kepada peraturan dan perintah ketuanya.
Sering sahaja bercekak pinggang sebagai gambaran membesar diri. Sifat egonya itu terzahir dalam perbuatan bercekak pinggang biarpun tanpa disedarinya.

Payah hendak bertegur sapa kecuali kalau orang lain mendahuluinya. Dia merasakan tidak layak untuk menghormati orang lain seolah-olah orang lain yang patut menghormati dirinya.
Isi perbualan atau percakapannya sering saja melebihkan diri biarpun dalam nada tutur kata yang lunak. Apatah lagi bila ada peluang bercakap besar dan lantang.
Selalu berwajah serius dan masam. Ditambah pula dengan sikap yang kurang mesra.
Sangat memilih kawan terutamanya di kalangan orang yang setaraf sahaja. Kadang-kadang lebih suka berada di tengah-tengah orang yang lebih rendah bukan kerana merendah diri tetapi mengharapkan agar dirinya kelihatan lebih menonjol. Dan begitulah sebaliknya cuba mengelak berkawan dengan orang yang lebih atas kerana tidak mahu kelihatan dirinya rendah.
Sangat mudah tercabar oleh kebaikan orang lain. Apatah lagi apabila dicabar maka sangat tidak dapat menguasai emosi. Mudahnya tercabar itu samada akan memberi tindak-balas atau terus merajuk dan membawa hati.
Mudah menjadi marah terutamanya kalau orang lain yang membuat silap, lebih-lebih lagi kalau kesilapan itu tertimpa ke atas dirinya.
Kalau dia terbukti bersalah sangat sukar untuk meminta maaf. Dan apabila orang lain yang bersalah pula sangat sukar memaafkan.
Tidak boleh ditegur atau tidak mahu menerima teguran. Teguran boleh menyebabkan dia sakit hati malah timbul dendam terhadap orang yang menegurnya.
Sangat suka dipuji malah sentiasa menunggu-nunggu sahaja akan pujian orang kepadanya. Kalau dia mendengar pujian terhadap orang lain di hadapannya maka timbul sakit hati kepada orang yang memuji itu dan sakit hati kepada orang yang dipujinya.
Sangat suka berbahas. Dalam perbahasan pula sering meninggikan suara. Berbahas pula bukan hendak mencari kebenaran tetapi hendakkan kemenangan walaupun salah.


Kesan sifat ego ini sangat merbahaya dan dahsyat. Lihat sahajalah Firaun, Namrud dan Hamman, kerana egolah mereka sanggup menderhakai Tuhan. Bahkan sanggup mati di dalam kekufuran. Biarpun berbagai bencana Tuhan datangkan sebagai amaran dan ancaman, semuanya tidak menjadi pengajaran, iktibar dan ingatan. Apalah ertinya mempertahankan ‘kenikmatan’ ego itu sedangkan menanggung seksa dan laknat Allah SWT.

Wednesday, September 07, 2016

Sedikit demi sedikit perubahan yang aku alami




*Ini sambungan untuk entri sebelum ni kehilangan memori jangka pendek (short term memory loss).


Bercerita tentang nikmat tak perlu pantang dalam mengambil sesuatu makanan, banyak sangat benda yang aku tak boleh makan, bukan 'pantang nampak makanan' je rasa nak makan. lagi satu, lebih lama daripada orang berpantang lepas bersalin. kalau aku makan juga tak mendatangkan gatal gatal, bersin, ruam, sakit perut atau apa apa la, tapi kencing aku akan terasa sangat sakit. pedih ya amat, macam ada kaca!
Aku masih ingat lagi sewaktu fasa aku mengalami short term memory dulu, boleh dikatakan setiap kali mak aku nak salinkan pampers aku akan keluar ayat ni,
"eh ada darah ni, call abang zaid". (Abang zaid bukan nama sebenar orang yang merawat aku).
Dialog ni aku kategorikan sebagai 'ingat ingat lupa' macam yang pernah aku ceritakan dahulu, iaitu zaman aku mengalami short term memory. apa yang baiknya sesetengah perkara aku hanya ingat ingat lupa / terasa macam pernah berlaku, bukan tiada memori langsung macam yang berlaku pada Drew Barrymore.


Aku ada terjumpa sebuah blog, katanya movie 50 First Dates lakonan Adam Sandler dan awek ni adalah inspirasi daripada kisah sebenar yang pernah terjadi pada Michelle Philpots, yang meneruskan hidupnya setiap hari disamping seorang lelaki yang akan meyakinkan beliau bahawa mereka telah pun berkahwin. apabila beliau menafikan, suaminya menunjukkan gambar gambar kahwin mereka yang telah disimpan berbelas belas tahun yang lalu kepadanya. selepas itu barulah Mrs Philpots yang menghidapi amnesia mempercayai segala yang suaminya Ian, katakan padanya adalah benar.


Gambar Michelle Philpots bersama sebahagian daripada berpuluh puluh nota yang ditulis beliau kepada dirinya sendiri.


Michelle dan Ian pada hari perkahwinan mereka pada tahun 1997. Beliau kehilangan memori jangka pendek pada tahun 1994 dan setiap hari sejak itu suaminya perlu meyakinkan beliau bahawa mereka telah berkahwin. Kadang kala Ian bertindak menunjukkan gambar perkahwinan mereka untuk membuktikan mereka adalah suami isteri.


Michelle Philpots yang sudah berusia 47 tahun berada dalam keadaan begitu disebabkan kecederaan otak yang dialami dalam dua kemalangan jalanraya. Beliau boleh mengingati semua perkara sehingga tahun 1994 sahaja tetapi selepas dari itu semua perkara yang berlaku dalam satu hari akan dilupai keesokkannya.
Kisah beliau lebih kurang seperti jalan cerita 50 First Dates, movie tahun 2004 yang dibintangi oleh Adam Sandler, dia berusaha untuk memenangi hati Drew Barrymore yang tiada memori jangka pendek berikutan kemalangan kereta.
Mrs philpots bukan sahaja berusaha mengingati orang yang disayanginya, beliau turut mengunakan beratus ratus kertas kecil ataupun sticky notes dan juga reminder di kalendar telefon untuk memastikan beliau sentiasa ingat sebarang temujanji dan tugas harian.
Apa apa urusan yang telah beliau selesaikan mestilah direkodkan untuk rujukan di masa hadapan. dan kadang kala beliau keluar dari rumahnya di Spalding, Lincolnshire, dengan berbekalkan Satellite Navigation (SatNav).
Walaubagaimanapun perkara ini ada baiknya, baginya tiada ulangan di tv dan setiap lawak jenaka tu menghiburkan kerana itu adalah kali pertama beliau mendengarnya.


"Seperti saya hidup dalam satu hari sahaja, dari hari ke hari" kata Mrs Philpots yang menjadi sukarela melakukan kerja amal untuk membantu orang kurang upaya selama 3 hari dalam seminggu.
"Saya gemar menonton EastEnders tetapi saya tidak dapat mengingati sebarang watak atau jalan cerita."
Suami beliau, pemain pedang yang berusia 46 tahun menyatakan rahsia perkahwinan yang berjaya adalah kesabaran. "Ia boleh menjadi sangat mengecewakan saya tetapi saya perlu bersabar dan faham. Saya perlu bertenang kerana saya mencintai dia" katanya.
"Saya telah mengenali dia selama 25 tahun jadi saya bernasib baik kami bertemu sebelum dia terlibat dengan kemalangan kerana dia mampu mengingati saya. Nasib baik kami mempunyai banyak gambar untuk mengingatkan dia, jika tidak dia akan lupa segala galanya."
Mrs Philpots mengalami kecederaan otak dalam kemalangan motosikal pada tahun 1985 dan kemalangan kereta pada tahun 1990. Pasangan ini tidak mempunyai anak.

Kemalangan kereta pada tahun 1990 yang berlaku 5 tahun selepas kemalangan motosikal. kemalangan tersebut menyebabkan beliau kehilangan memori jangka pendek.



Kes Michelle Philpots sama seperti jalan cerita di dalam filem 50 first dates, watak utama yang dilakonkan oleh Adam Sandler dan Drew Barrymore. Drew Barrymore yang memegang watak Lucy, mengalami kehilangan memori jangka pendek dan setiap hari dia lupa orang yang dicintainya Henry, dilakonkan oleh Sandler.


Dr. Peter Nestor, seorang pakar nuerosains di Universiti Cambridge berkata, Mrs Philpots telah menderita anterograde amnesia.
katanya lagi " ia perkara munasabah yang jarang berlaku tetapi ia tetap wujud. kita mampu untuk meneruskan hidup dari hari ke hari dan tidak lupa untuk melakukan sesetengah perkara seperti bercakap. tetapi jika seseorang bertanya apa yang dilakukan semalam, kita tidak akan dapat menjawabnya."


*************


Habis di situ cerita dia. perkara utama yang aku nak sampaikan di sini, bila aku buang air kecil masa aku tengah sakit teruk dulu akan terdapat darah sedikit, bila aku ada sedikit peningkatan dalam mengingati sesuatu, bila aku semakin pulih, kencing berdarah yang aku sendiri tak pasti sama ada mendatangkan kesakitan pada aku waktu tu ataupun tidak telah bertukar kepada kencing tanpa darah tetapi sakit, kadang kala amat sakit. yang jadi 'amat sakit' tu kalau semua benda aku makan.

Hah aku baru teringat di hari pertunangan kakak sulung aku pada bulan Ogos tahun 2012, macam biasalah kalau aku tak duduk di kerusi malas tempat aku bertapa dari mula mula sakit dulu, aku akan dibaringkan di atas tilam ataupun katil, tak mungkin aku akan duduk di beranda rumah sambil bermain catur pula kan. nak jadikan cerita yang aku ingat hingga ke hari ini, dalam pada masing masing sibuk (ataupun sengaja buat buat sibuk) dan aku pulak masa tu tak mampu nak bergerak sendiri walau sehasta jaraknya, ntah macam mana di sebelah tempat aku berbaring ni ada dua bekas muffin. siapa yang letak di sini woi? saja nak goda aku supaya makan benda tu kan, satu muffin coklat dan satu lagi oren. konsep yang aku pegang hingga ke hari ini, sekali sekala nak makan makanan yang mendatangkan sakit biarlah makanan yang betul betul sedap, baru berbaloi. akhirnya muffin yang mampu dicapai tangan aku tu, habis aku makan. aku pilih yang coklat. allahu sedapnya. by the end of the day tau apa yang aku dapat? Ya aku sakit kecing sangat sangat, padan muka siapa suruh makan benda tu.
Berbalik pada topik utama pasal sakit kencing yang aku cuba sampaikan ni, waktu begini satu benda yang aku pasti tentang badan aku; kalau aku jaga pemakanan, kalau aku tak makan pelik pelik, in shaa allah aku selamat dari sakit kencing. kalau aku melantak semua benda, tak jaga makan, aku tau kejap lagi aku akan sakit kencing. waktu ni senang nak faham badan aku, diibaratkan 1 + 1 = 2, tiada pula penambahan DyDx dan sebagainya. masalah berkaitan buang air kecil je la boleh guna teori ni, tidak termasuk masalah pengsan aku dan yang lain lain lagi.

Mereka terus menjaga aku dengan rutin yang sedikit berbeza dari sebelum ni. kalau dulu boleh dikatakan aku bocor pada setiap waktu pagi, tetapi sejak bulan Julai 2012 yang lalu, aku dah jarang bocor di katil pada setiap pagi, eh 'jarang' bukannya 'tiada langsung' tau. salah satu faktor yang boleh jadi kebocoran setiap pagi ni berkemungkinan juga sebab dulu aku tidak mempunyai 'rasa nak buang air kecil', aku hentam melepas je dalam keadaan posisi badan aku yang baring mengiring, dan akhirnya pomm basahlah seluruh alas tikar getah aku tu. tapi sekarang 'rasa nak buang air kecil' tu telah wujud di badan aku dalam bentuk sakit kencing, sedikit sebanyak masalah bocor di setiap pagi dan tidak mempunyai 'rasa nak buang air kecil' tu telah selesai dan digantikan dengan sakit kencing.


***********


Tengah tengah aku google berkaitan telinga dan pendengaran untuk mencari hubung kait antara telinga aku yang selalu tersumbat dengan badan aku yang tak stabil ni, benda ni pulak yang aku terjumpa, alangkah untungnya aku dan kita semua yang masih sempurna pendengaran.

Ini selingan je..


November 2012

Setelah aku mula untuk melangkah sikit sikit ni, walaupun aku masih perlu memeluk dari belakang sementara kedua dua tangan aku memaut pada leher mak aku untuk membantu aku berjalan, tapi sekurang kurangnya ini satu lagi perkembangan baik menandakan aku sudah mula untuk mengangkat kaki dan seterusnya melangkah. walaupun kadang kadang aku ditegur juga kerana masih berjalan tidak mengangkat kaki dan hanya mengheret kaki membiarkan mereka membawa seluruh berat badan aku. begitulah permulaan aku untuk mula berjalan, ada kala aku malas dan mungkin juga penat. yang pasti semenjak dua menjak selepas perkembangan baik ini, seiring dengan itu telinga aku selalu tersumbat.


Secara tak langsung masalah ini telah menggerakkan kaki kami menuju ke sebuah poliklinik di kampung ni untuk berjumpa dengan doktor. dalam keadaan aku yang berkerusi roda, ditambah pula doktor di situ dapat tahu aku masih lagi berpampers, beliau mula mencadangkan pada mak aku supaya mendaftarkan aku sebagai orang kurang upaya. menurut doktor tu lagi aku boleh didaftarkan sebagai orang kurang upaya seawal 6 bulan selepas hilang upaya. tapi maklum la, untuk satu tahun yang pertama ni mereka semua sibuk menjaga aku dan kami semua melalui satu peringkat baru dalam hidup hingga tak terfikir pun tentang kad OKU, tentang mendaftarkan aku sebagai orang kurang upaya dan juga tentang segala yang berkaitan dengan kecacatan.
Dengan apa yang terjadi di poliklinik itu akhirnya mak aku usahakan untuk mendaftarkan aku sebagai orang kurang upaya, selepas lebih kurang setahun sebulan dua minggu aku hilang upaya, pada 19 November 2012 secara officialnya barulah aku menjadi warga kurang upaya yang sah. Eh macam nak dapatkan kewarganegaraan pula.


Bulan November tahun tersebut juga merupakan kali pertama aku ke hospital besar semula, bukan poliklinik, bukan farmasi, dan bukan juga dalam keadaan tidak sedarkan diri ataupun koma, sebaliknya mak aku bawa aku ke sana untuk berfisio. aku tak pasti yang mana satu, sama ada aku menerima kad OKU dahulu ataupun aku dibawa ke hospital untuk berfisio dahulu. Di sana aku diajar membiasakan penggunaan tangan kiri aku yang agak tak teratur pergerakkannya, aku susun cawan kemudian aku telingkupkannya, bermain dengan lego menggunakan tangan kiri aku.
Keadaan tangan kiri aku bukan macam parkinson, tapi sesuatu pergerakan yang dilakukan tangan kiri aku tu macam tak tepat, aku sendiri susah nak kawal. sebagai contoh kalau nak tolak cermin mata, aku takkan guna tangan kiri aku sebab nanti tangan kiri aku akan tersentuh pipi ataupun tersentuh hidung. aku lebih senang gunakan tangan kananku. begitu juga kalau melakukan aktiviti lain, aku akan elakkan tangan kiriku daripada bekerja. pernah sekali aku cakap pada physiotherapists perempuan yang bantu aku melakukan aktiviti di situ, "orang lain umur 19 sibuk belajar, saya pulak tengah main lego" kemudian aku senyum..
Nak buat macam mana, dah ini bahagian aku di dunia ni kan, setiap orang pasti ada menghadapi kesusahan dan ujian masing masing.
Disebabkan aku sudah mampu untuk melangkah sedikit, ada satu ketika physiotherapists di situ tak membenarkan aku gunakan wheelchair. aku perlu berjalan masuk ke ruang rehabilitasi dengan berjalan kaki dan menggunakan walking frame / walking support, tidak dinafikan, untuk masuk ke situ saja sudah mengambil masa yang lama. Lebih kurang sebulan mungkin aku sempat beberapa kali melakukan aktiviti di hospital tersebut sebelum satu peristiwa yang berlaku pada aku sekaligus menyebabkan mak aku berat hati nak bawa aku ke situ semula. ini semua kerana kali terakhir dulu aku hampir pengsan selepas aku berdiri di atas sekeping papan dan bawahnya pula terdapat bola (lebih kurang itu gambaran untuk peralatan tersebut, aku tak tau apa bendanya tu). mak aku paling panik bila aku hampir pengsan tapi tak jadi pengsan, bila aku dah pengsan, bila keadaan aku yang hampir muntah tapi tak jadi muntah, dan bila aku dah muntah.

Ada orang kata walking frame ni macam kandang saksi di mahkamah tu..ceh





27 Januari 2013.

Dalam pada itu aku masih lagi berubat cara alternatif sejak dibawa pulang ke rumah dulu. cumanya kalau mula mula dulu ada ketikanya sehingga kami perlu bermalam di tempat aku berubat tu, sekarang kami tak perlu lakukan hingga ke tahap itu lagi. tapi masih lagi perlu bertolak pagi pagi, macam biasalah katanya "saraf lembut pagi pagi hari". Setelah lebih kurang setahun 4 bulan aku terbaring tanpa mampu berjalan, merangkak ataupun mengesot, akhirnya pada 27 Januari 2013 merupakan hari pertama aku dapat berjalan semula tanpa tongkat. punyalah excited, setelah pulang ke rumah dari tempat aku berubat tu aku terus update status di facebook untuk beritahu seluruh dunia, haha. aku mula berjalan pada hari tersebut bukanlah seperti orang normal yang sihat tu, aku perlu angkat kedua dua tangan aku ke paras dada sehingga menampakkan ketiak macam budak kecil baru belajar berjalan gitu, aku melangkah dengan sangat perlahan, lebih perlahan daripada siput khinzir. tak ingat pula waktu tu aku gayat dengan ketinggian aku ataupun aku lebih takut akan terjatuh, mungkin juga kedua dua nya sekali. kerana dalam masa yang sama aku memang rasa tak stabil langsung, boleh jadi aku tumbang ke sebelah kanan atau kiri, boleh jadi aku tersungkur ke depan, boleh jadi aku jatuh ke belakang.


Sangat susah untuk aku mengimbangkan diri sendiri. ye cerebellum tu punca.






Sekian..terima kasih daun keladi kepada yang sudi meluangkan masa untuk baca..